Nota 18SX 18SG zaman sekolahku

Nota zaman sekolahku sudah berusia 18 tahun dan jika nota ini adalah orang, dia sudah akil baligh, pandai segala hal termasuk 18SX dan 18SG. Ala… tajuk saja aku buat seksi-seksa sebegitu walhal yang aku mau kisahkan tidaklah semacho lelaki idaman masakini Ombak Rindu, Aaron Aziz ataupun Julia Perez penyanyi dangdut hot si Sankai.  Kisah nostalgia zaman sekolah, zaman kita dikelilingi dengan buku teks dan nota buatan sendiri.

Kisahnya bila aku mula membongkar stor dan aku menemukan tompokan kertas yang kotaknya sudah koyak. Bila kegiatan membongkar bermula, barulah aku tahu mak aku tidak pernah membuang segala buku dan nota-nota zaman sekolahku. Happy memang happy kerana dapat melihat semula apa yang aku buat di zaman sekolahku.  Yang tidak bestnya, lipas and the gang yang kemaruk nafsu gajah itu telah menggigit dan merobek kesucian helaian kertasnya.

Ok… ini adalah nota yang aku maksudkan berusia 18 tahun. Nota Sastera dan Sejarah Tingkatan 6 semasa aku bersekolah di SMK Kuhara, Tawau.  Dalam nota ini aku temui banyak perkara yang mengingatkan aku kepada Cikgu Mariah yang sememangnya garang tapi berhati mulia.  Ada banyak perkara yang aku belajar dari beliau terutamanya dalam merangsang keinginanku mengenali Hang Tuah melalui Hikayat Hang Tuah.

Nota sejarah itu pula terselit kisah keteguhan Kerajaan Thailand yang licik dan licin dengan teknik menelobos minda fikir penjajah yang mahu memanipulasikan minda akal pemerintah Thailand. Thailand bermaksud tanah yang bebas… itu aku masih terngiang-ngiang di telingaku ajaran cikguku. Indahnya zaman sekolah.

Related Posts with Thumbnails

Komen Rakan FB

comments

Powered by Facebook Comments

Advertisement

2 Responses to “Nota 18SX 18SG zaman sekolahku”

  1. Mus

    Feb 08. 2012

    pasti teringat kembali kenangan semasa di zaman persekolahan..
    Mus recently posted..Senarai Perkhidmatan Kereta Sewa Di SabahMy Profile

    Reply

    Maya reply on February 9th, 2012 1:57 AM:

    Tataps :)

    Reply

Leave a Reply

CommentLuv badge