Nasi Bambong Tawau

Kalau anda warga Tawau, anda pasti mengetahui di manakah lokasi untuk mendapatkan set makanan tengah hari termurah di bandar Tawau. Nasi campur ala bujang atau dikenali di Tawau sebagai Nasi Bambong adalah hidangan paling top di kalangan kami di sini, apatah lagi untuk memenuhi keperluan warga Tawau yang terkenal sebagai warga survival meskipun dihimpit masalah gaji yang rendah.

Sekiranya anda bukan warga Tawau, anda jangan tidak percaya bahawa di Tawau ini ada set makanan tengah hari Nasi Bambong yang hanya berharga RM1.50-RM2.50. Bertuahkan menjadi warga Tawau, hari-hari boleh melantak set lunch Nasi Bambong yang mampu milik, mampu mengenyangkan, mampu membuat anda tersenyum girang kerana perut kenyang dengan kos yang amat murah.

.

Lokasi gerai Nasi Bambong Tawau
Tempatnya agak tersorok dari pandangan, ianya terletak di belakang bundle Sabindo. Anda perlu mengunjungi bundle Sabindo atau melalui jalan belakang menuju gerai makan tenda biru. Kalau masih tidak jelas juga, sila klik imej peta di atas.

Di sini, bila anda duduk di dereta meja yang disediakan, pekerjanya akan bertanya Nasi Bambong ikan atau Nasi Bambong ayam atau Nasi Bambong telur. Maknanya, kalau ikan dan telur itu harganya RM1.50 dan kalau ayam itu RM2 atau RM2.50.

Set makanan Nasi Bambong yang disediakan adalah nasi, lauk pilihan anda, sup (tidak berasa pedas atau masin, kena campur sendiri) dan air minuman sejuk. Anda boleh request limau (kalau stok masih ada) dan self service air kalau anda mahu lebih air sejuk/suam.

Memandangkan ramai kastemer yang akan memenuhi gerai ini pada peak time, anda perlulah bertolak ansur dengan sudi berkongsi meja dan kerusi atau tidak lepak bersembang lama2 untuk beri peluang orang lain pula makan di situ. Itulah resam kami di Tawau, selalu berkongsi dan bertolehransi untuk kepentingan bersama, mengisi perut yang kosong dengan Nasi Bambong.

Masa operasi adalah bermula jam 6 pagi (menu sarapannya juga mantap dan murah) hinggalah jam 3 atau 4 petang, bergantung pada kelancaran bisnes mereka, cepat habis lauk, awallah tutup.

Related Posts with Thumbnails

Komen Rakan FB

comments

Powered by Facebook Comments

Advertisement

10 Responses to “Nasi Bambong Tawau”

  1. Pink diva

    Mar 29. 2011

    Wow!! affordable and filling ..

    Reply

  2. mrs mikko

    Mar 29. 2011

    eeii punya sadap ni barang..
    murah lagi tu..
    kalo ad d kk ni..
    kompom inilaah aku makan jaaa haha

    Reply

  3. sankai

    Mar 29. 2011

    nasik bambong FTW. nanti ada masa kita pegi makan yang rm2 ambil lauk sendiri sama ikan bakar putih rm3..

    Reply

    Maya reply on March 29th, 2011 6:27 PM:

    Sankai: ok pok, roger2 saja… jgn dikasi lama bah, barang bagus tu

    Reply

  4. Maya

    Mar 29. 2011

    Pink diva: just gimme a noted when u reach Tawau soon

    Mrs Mikko: mari melancong di Tawau, bukan ini sahaja yang menanti kedatanganmu, hehehe

    Reply

  5. zaidi

    Mar 31. 2011

    memang bebaloi

    Reply

  6. Sam Mikli

    Mar 31. 2011

    Assalam alaikum

    Tuan Maya dan Tuan-Tuan sekaliannya

    “Nasi Bambong” mengingatkan saya kepada zaman saya masih bambong atau “bujangan.” (Sekarang pun masih bujang aka “bambong” lagi).

    Juadah nasi bambong sememangnya layak untuk golongan yang berpendapatan rendah atau tidak tetap. Syarat yang utama ialah seseorang itu haruslah “bambong” sama ada secara teori mahupun empirikal (seperti saya).

    Sudah lama saya berada di luar negeri. Raya tahun ini Insya-Allah saya pulang sempena Eid Ill Fitr aka Hari Raya. Pada kemungkinan harga pasaran nasi bambong melambung sama ada secara statik mungkin juga tandem.

    Sekitar akhir 90an sehinggalah 2006, nasi bambong, harga pasarannya ialah RM2.50. Hari ini mungkin berharga RM3.00 — RM3.50. Sekiranya berlaku kenaikan harga pada nasi bambong, peniaga nasi bambong tidak boleh dipersalahkan. Tahap inflasi sekarang berlegar sekitar 3.0% – 3.5%. Manakala paras Indeks Harga Pengguna untuk tahun ini dijangkan mencecah 3.5% – 4.9%. Jikalau harga pasaran nasi bambong tetap pada kadar RM2.50 per pinggan, bermakna peniaga nasi bambong tidak terkena dengan tempias kenaikan inflasi. Juga mungkin peniaga nasi bambong bertimbang rasa dengan golongan yang berpendapatan rendah atau berpendapatan tidak tetap.

    Makan di warung nasi bambong, di waktu tengah hari, sememangnya indah dan nyaman (berkat nikmat yang Allah SWT turunkan kepada hambanya yang mencari rezeki secara halal walaupun santapannya hanyalah sekadar nasi bambong). Walaupun dilihat dari sudut kebersihan sama ada secara fizikal mahupun klinikal, nasi bambong tidak layak untuk seseorang yang mementingkan kesihatan. Tetapi bagi mereka-mereka yang tiada pilihan lain kesan pendapatan yang tidak seberapa, nasi bambong tetap pilihan utama.

    Walaupun demikian, mereka-mereka yang tiada pilihan lain selain makan nasi bambong, tidak juga terkena penyakit atau terjejas kesihatan mereka. Ini adalah berkat dan nikmat Allah SWT yang anugerahkan. Walaubagaimana pun, kebersihan secara fizikal dan klinikal perlu diterapkan oleh peniaga-peniaga nasi bambong. Islam menitikberatkan kebersihan. Kebersihan adalah kunci sihat sepanjang hayat.

    Sewaktu masa saya dahulu, peristiwa yang tidak menyenangkan di warung-warung nasi bambong ialah, Pegawai Kesihatan dan Majlis Perbandaran Tawau (MPT) “turun padang” untuk membuat tinjauan demi penjagaan kebersihan bandar Tawau. Tetapi Bandar Tawau tidak juga bersih. Taman Tikus-nya masih lagi “teratas.” Bukan sahaja “Taman Tikus” tetapi di tempat-tempat lain. Apakah Pegawai Kesihatan dan MPT hanya menjaga warung-warung nasi bambong sahaja atas faktor “mencacatkan keindahan Bandar Tawau?

    Apapun, Nasi Bambong perlu terus kekal seiringan dengan kekekalan Bandar Tawau. Setahu saya, hanya Bandar Tawau yang ada Nasi Bambong. Murah dan sederhana. Di tempat-tempat lain pun paling sederhana dan murah berharga sekitar RM5.00 (melainkan di kawasan-kawasan perdesaan Cottage di Scotland, England, Wales dan Ireland). Tetapi Nasi Bambong Tawau lagi murah!!!.

    Kepada Majlis Perbandaran Tawau (MPT). Tuan-tuan terhormat MPT, canaikan minda anda. Cari jalan penyelesaian bagaimana hendak menaiktarafkan warung-warung nasi bambong di seluruh Tawau. Bantulah pengusaha-pengusaha nasi Bambong dengan seboleh mungkin. Walaupun pendapatan cukai perbandaran yang dihasilkan melalui perniagaan nasi bambong tidak seberapa, tetapi ia tetap mendatangkan “Plus Cukai” kepada MPT, bukannya “Minus Cukai” dalam jangka masa panjang.

    Adieu…

    Reply

  7. matatelingakaki

    Jul 09. 2011

    aduh yaAllah . mw jak ak blek ne malam p tawau oh . padahal baru bulan lalu ak blek . hha

    Reply

  8. hana Tawau

    Jul 18. 2011

    duina..sukaknya aku baca entry nie…bagus owh,
    biar tebuka mata MPT..jangan asyik menindas, tapi cubalah bantu menaikkan taraf perniagaan nasi bambong nie..huhuhu
    aq crita harga nasi bambong nie ngan member2 semenanjung dowang mcm ndak pecaya..
    hahaha, baru tebuka biji mata dowang kan….

    Reply

  9. si pikar

    Dec 27. 2013

    hak3.dlu lpas sklh msti pg sni dgan kwan2…hak3.kalu kna sambalnya bepeluh jgak mkan…minta copy gmbrnya ya bos…mhu bg ingat kwan2…hihi…mhu pg sni tme cuti…hak3.

    Reply

Leave a Reply

CommentLuv badge