2

Nas Ahmad buat aku menangis

SATU lagi pertemuan yang tidak diatur lewat tugasanku bersama Tawau Bloggers Unity, aku dan LisaAli bergegas ke Airport Tawau untuk menjemput rombongan penceramah motivasi untuk Sekolah Kebangsaan Bukit Quoin, Tawau. Mohd Nasir Bin Ahmad mungkin tidak ramai yang kenalinya tetapi bila sebut Nas Ahmad, sure ramai yang kenal. Ya, dialah Nas Ahmad yang menghiasi pendedahan demi pendedahan di Melodi TV3 pada setiap Ahad suatu masa lalu. Kini dia sudah sinonim dengan tag line Terjah.

Tiba pagi yang dinanti-nantikan, Nas Ahmad dan Datuk Jamhuri Abdul Rahman tiba di sekolah dengan kehadirannya dinantikan lebih kurang 250 orang pelajar, ibu bapa dan guru-guru SK Bukit Quoin. Penampilannya tetap sama, tetap kekal dengan imej Rockers, duduk di kerusi VIP mungkin agak tidak menyelesakan buatnya namun itulah yang dia perlu lalui untuk memenuhi jemputan sekolah.

.

Siapa Nas Ahmad.
Bagi aku, Nas Ahmad seorang yang merendah diri, mudah bergaul dengan sesiapa sahaja dan mempunyai jatidiri yang hebat. Kenapa aku katakan hebat kerana dia sehebat yang aku jangkakan. Sebelum ini, aku ada membaca artikel mengenai Nas Ahmad namun mungkin sikapku yang belum jumpa orang sebenar, aku belum boleh katakan apa-apa lagi. Sampailah dari telinga aku sendiri dengar Nas Ahmad berulangkali mengatakan:

“Saya tidak hebat, saya ini bukan siapa-siapa, saya juga seperti kamu, saya lakukan apa yang yang suka, yang saya minat,”

Mulanya tertanya-tanya juga kenapa dan mengapa… hinggalah dia mula mengisahkan kisah dirinya di hadapan lebih kurang 250 pasang mata dan telinga.

Kisah hidup Nas Ahmad jadi motivasi pelajar.
Mulanya aku anggap kisah yang bakal dikisahkannya hanya yang biasa-biasa sahaja, tetapi kerana minat mahu mengikutinya, aku mula duduk di kerusi yang disediakan, meninggalkan kerja-kerja mengambil gambar aksi audiens.

Nama penuhnya, Mohd Nasir Bin Ahmad. Bekerja di Media Prima, menjadi penerbit, wartawan penyiaran, penulis lirik, jurukamera, penulis novel, kartunis, penulis skrip dan terkini dia menerbitkan rancangan Galaksi TV9. Dia tidak nyatakan umurnya, statusnya namun aku tahu dia tidak bujang lagi. Nas Ahmad dulu bersekolah di SRK Ayer Molek dan SM Tasik Utara, Johor. Nas Ahmad dilahirkan dalam 11 adik beradik dan merupakan anak yang ke 10.

Motivasi segulung ijazah tidak menjanjikan kerja yang senang.
Nas Ahmad hanya memiliki SPM. Dia tidak pernah malu atau kesal akan nasib pendidikannya malah berasa bertuah kerana dengan rasa rendah diri itu dia menjadi orang yang kuat berusaha dan senantiasa mahu memberi yang terbaik dalam setiap yang dilakukannya.

Motivasi lakukan apa sahaja untuk mencapai impian.
Nas Ahmad sejak kecil menyimpan cita-cita mahu menjadi wartawan. Kerana kesempitan hidup keluarga dia tekad TIDAK meneruskan pengajiannya namun ianya tidak memadamkan cita-citanya. Meskipun susah, menempuhi ujian bekerja yang perit, dianggap serong segelintir masyarakat tapi itu bukan penghalang kerana dia melakukan tugasnya.

Motivasi hidup susah tidak selamanya susah.
Untuk keluar dari kongkongan kemiskinan, perlu kuat berusaha, tidak cepat berpuas hati dengan kejayaan dan senantiasa ingat Yang Maha Esa. Doa kepada Tuhan juga penting kerana Tuhan itu mendengar setiap doa hamba-hambanya.

Kenapa Nas Ahmad buat aku menangis.

  1. Aku hidup susah dan aku tahu peritnya hidup susah.
  2. Aku tahu bagaimana perasaan kecewa tidak dapat melanjutkan pelajaran kerana masalah keluarga.
  3. Aku juga pernah kehilangan orang tersayang dalam keluarga.
  4. Aku juga pernah alami cabaran getir dunia wartawan. Bermula dari kosong berjuang demi cita-cita.
  5. Aku tahu semangat untuk melakukan apa yang aku minat
  6. Aku melepaskan dan mengorbankan mengorbankan banyak perkara yang sepatutnya aku lalui diusiaku yang lalu.

Yang paling aku ingat sekali, Nas Ahmad ada mengatakan satu ungkapan kata-kata yang begitu membuat aku tidak tahan sebak… Kata-kata itu sama dengan apa yang selalu aku sampaikan kepada anak-anak buahku:

Biar kesusahan yang lalu, aku saja yang tahu peritnya, jangan ada lagi orang lain dalam keluargaku turut merasainya.

Comments

Powered by Facebook Comments

Filed in: 2011, Hiburan, Peribadi Tags: , , , , ,

Related Posts

Bookmark and Promote!

2 Responses to "Nas Ahmad buat aku menangis"

  1. Abdullah Bin Bedu says:

    Assalamualaikum…

    Sebak aku jadinya kak….

    Reply

  2. enny mulia says:

    kami satu flight tuh kak time ni.dia duduk d belakang kerusi kami.pemurah dgn senyuman n tidak sombong.heran jugak dia turun tawau ,ingat mau meerjah artis mana sampai ke tawau hehehr rupa2 nya ada motivation.

    Reply

Leave a Reply

Submit Comment

CommentLuv badge

© 2012 Puadede.Com. All rights reserved. XHTML / CSS Valid.
Proudly designed by Theme Junkie.