2

Misi Kenalkan Keindahan Tawau

Aku mendapat SMS daripada sahabatku Lisa Ali yang meminta cadangan untuk ke mana perlu dibawa kawan adiknya melancong di Tawau ini. Aku mula garu kepala dan suggest dia beberapa tempat yang dekat dan mudah untuk dikunjungi. Sebenarnya apa yang ada di Tawau untuk dikenalkan kepada pelancong tempatan dari dalam negara kita? Ramai yang tidak sedar bahawasanya Tawau ini mempunyai keindahan malah keunikan yang lain daripada yang lain di Malaysia ini.

Di manakah destinasi pelancongan yang aku maksudkan di Tawau ini?


Setelah segala urusan selesai, akhirnya dengan masa yang terluang aku join bawa pelancong itu ke beberapa destinasi yang bagiku unik untuk dikunjungi. Lebih-lebih lagi aku punyai sedikit pengetahuan mengenai sejarah destinasi pelancongan itu.

Taman Air Panas Tawau (Hot Spring)
Ini adalah destinasi pilihan pertama aku kerana beberapa bulan lalu aku ada membacanya di dada akhbar mengenainya. Taman Air Panas Tawau ini merupakan tempat yang pernah aku kunjungi semasa zaman kanak-kanak aku lagi, namun setelah dinaiktaraf, aku belum lagi mengunjunginya. Malangnya, setelah sampai ke destinasi yang dituju, Taman Air Panas Tawau ini rupanya belum dibuka untuk kunjungan ramai. So beralih ke destinasi kedua…

Batu Payung atau Tinagat.
Destinasi ini sememangnya mempunyai kaitan dengan sejarah pembukaan Tawau kerana di sanalah tersebutnya kisah bagaimana bijaknya orang Inggeris dulu menanda kawasan jajahan mereka daripada dicerobohi Belanda. Selain itu, mitos batu yang berbentuk payung juga boleh dikisahkan kepada pelancong yang ke sana. Sesampainya di sana suasananya amat berbeza dari yang sebelumnya. Kali terakhir aku ke sini adalah semasa aku di Tingkatan 6, infrastrukturnya pun sudah diupgrade, tidak lagi suram tanpa jagaan. yang menariknya, di sana terdapat beberapa amaran yang berbahasa tempatan yang anda boleh jelaskan penggunaannya.

.

Teluk Cowie, Pelabuhan Batu Tawau.
Kawasan ini juga disebut sebagai highway dan di sini kita boleh menghabiskan masa menyaksikan suasana senja yang cantik. Dengan menggunakan sedikit kekreatifan, adik Lisa mencadangkan agar satu bot disewa untuk memberi lebih keseronokan ketika menghabiskan masa menyaksikan senja di sana. Bot yang boleh disewa semurah RM1 seorang itu telah membawa kami merasakan aksi “roller coster” di laut kerana ombak ketika itu besar. Memang seronok dan pelancong kami terhibur. Satu kepuasan dan pengalaman yang menarik, kan? Hehehe.

Bawa makan makanan tempatan yang hanya ada di Tawau.
Kalau soal makan memang Tawaulah syurganya. Itulah ayat pertama yang cuba dijelaskan kepada pelancong kami ini. Sebelumnya, kami telah membawanya merasa Nasi Gondrong, tadi kami mahu bawanya untuk merasakan ABC versi Tawau (namun gerai di ABC tutup 15hb). So bawalah dia makan di lokasi lain yang pastinya murah dan berbaloi. Misi ini akan lebih berjaya esok, bukan kali ini.

.

Nikmati suasana malam yang tenang di Tawau.
Di mana? Kami sepakat untuk lepak di Times Squere Tawau. Ianya memang menarik meskipun Times Squere Tawau itu belum siap, tapi gurauan kami mengandaikan kami sedang lepak di Times Squere Tawau. Misi mengecapi suasana malam yang tenang lebih mencapai sasaran kerana sekumpulan kereta Audio System Blasting menghampiri kami dengan lagu yang lebih fresh, berjiwa anak muda sekarang.. wah!

Kesimpulannya, siapa kata Tawau itu tidak indah? Meskipun kita maklum dengan kekurangan yang kita ada, tapi kita sebagai warga Tawau perlu kreatif dan cabarlah diri sendiri untuk memperlihatkan betapa indahnya dan uniknya Tawau ini. Tiada yang lebih tahu mengenai keindahan Tawau melainkan kita warga Tawau. Siapa lagi yang mahu jana pelancongan daerah ini kalau bukan diri kita sendiri.

Misi kenalkan keindahan Tawau akan bersambung esok.

Comments

Powered by Facebook Comments

Filed in: 2011, Pelancongan Tags: , , , , , ,

Related Posts

Bookmark and Promote!

2 Responses to "Misi Kenalkan Keindahan Tawau"

  1. Ali ridha says:

    nak pergi pun jauh.
    masa aku suntuk seharian.

    Reply

Leave a Reply

Submit Comment

CommentLuv badge

© 2012 Puadede.Com. All rights reserved. XHTML / CSS Valid.
Proudly designed by Theme Junkie.