1

Merajuk kalah undian pilihanraya

Kerana aku kalah dalam undian pilihanraya, maka aku dengan rasminya merajuk. Dorang kata, siapa suruh masuk calon kalau tidak boleh menerima kekalahan. Cermin-cermin diri tu dulu, barulah maju offer diri jadi calon… aku capai cermin, elok saja semuanya… aku ada rupa, ada telinga, ada mulut dan aku ada wang.

Rupanya tak cukup pakej agaknya, yalah dorang minta sogokan yang over budget… sudahlah perut kamurang tu boroi, umur pun sudah lanjut, masih mahu minta sogok! Apa? hidangan ala di raja!

Lebih baik aku merajuk… biarlah dorang anggap aku marah dan minta pujuk… hakikatnya siapalah yang mau pujuk aku lagi. Aku on suis, cucuk broadband. Taip www.facebook.com/tawaurian dan aku login.

Perlukah aku sambung merajuk atas sebab yang sama? Adui.. sampai bilalah kamurang ni sibuk dengan pernikahan dan persandingan Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor dengan Dr Halina Mohd Yunos.

Tahukah kamu aku merajuk gara2 aku kalah undi untuk tengok rancangan TV… Dalam rumah ni semua sepakat mahu tengok wedding of the year 2010 Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor dengan Dr Halina Mohd Yunos… sedangkan aku mahu lihat aksi atlit komenwell :(

Comments

Powered by Facebook Comments

Filed in: 2010, Politik Tags: , , ,

Recent Posts

Bookmark and Promote!

One Response to "Merajuk kalah undian pilihanraya"

  1. sankai says:

    hahaahha..sabarla…lain kali cari penyokong yang kuat sikit…kewkwkekwekwe..
    sankai recently posted..Tembak AnarkisMy Profile

    Reply

Leave a Reply

Submit Comment

CommentLuv badge

© 2012 Puadede.Com. All rights reserved. XHTML / CSS Valid.
Proudly designed by Theme Junkie.