Orang lain makan nasi untuk sarapan, kita pun makan nasi tapi yang membezakan orang Tawau dengan orang lain adalah apabila bersarapan, kita akan makan makanan yang di tempat lain tiada atau sukar diperolehi. Kepada anak-anak kelahiran Tawau yang tinggal di perantauan, anda pasti rindukan makanan seperti gambar-gambar di bawah ini.
Ini adalah sebahagian gambar makanan yang selalunya dinikmati seluruh warga di Tawau.
1. Nasi Kuning.

Nasi kuning memang paling dicari ketika mahu bersarapan. Sebenarnya rasa nasi kuning ini simple sahaja tapi aku sendiri tidak tahu kenapa nasi kuning Tawau juga yang aku idamkan setiap kali out station.

2. Gogos atau pulut panggang.

Gogos buatan Tawau terkenal dengan kerisiknya udang yang mengancam. Tidak lupa juga ada yang mencari buras untuk bersarapan mungkin kerana gian untuk berhari raya.
4. Mee goreng.

Mee goreng yang ini agak biasa kan.. tapi aku belum berkesempatan untuk mengambil gambar satu spesis mee istimewa di Tawau. Mee Tauhu namanya, simple rasanya tapi melekat di ingatan rasanya… hehehe
Sebenarnya kesemua menu sarapan ini anda boleh temui di pasar pagi perkarangan bangunan Mara, dekat stesen bas. Kalau kempunan, berkunjunglah ke sana…
Comments
Powered by Facebook Comments











nasi kuning Tawau jg la… nda da smnya d mana2 hheeee btw, Maya, sy sdh link ko pny blog ni ya
Reply
Maya reply on November 16th, 2010 2:44 PM:
aku pun sdh add kamu.. thx ya
Reply
adui….maya,aku rasa mcm mo pitam udah ni,bila baca dan tengok gambar2 yg mengancam selera aku berada nun jauh di tawau tu……mmang la kalau aku pulang tawau,aku mesti beli makan makanan ini dekat bangunan MARA……aku paling suka kalau nasi kuning tu dibungkus dgn plastik,bukannya apa senang dimakan…..pulas pastu bila udah ketat…makan ikut bucunya plastik tu,terbiasa makan cara ini masa sejak di bangku sekolah lagi kih kih kih.
Reply
Maya reply on November 30th, 2010 3:51 PM:
Bawa bersabarbah Zaid, tahan sajabah… mcm manalah respon awek mu bila nampak ko makan cara gigit plastik tu…hehehe
Reply
hahha..di atas tue ada sekolah IAB kan? sekolah ku tue dulu.
klu time rehat syak hari rabu lagi, kompem semua berduyun2 turun p beli makanan..lepas tue ndak tau mau beli yg mana satu….sedap baiitooo
Reply