0

Menjejak Silimpopon Yang Hilang Siri 2

21 hari sudah berlalu, Silimpopon masih menghuni setiap ruang kepalaku. Mungkin aku yang terlalu memikirkannya namun apa yang aku rasakan selepas menemuinya, hatiku tidak senang. Perasaan ingin tahu dan tahu lebih mendalam mengenai Silimpopon begitu kuat dalam diri aku. Mujurlah aku masih punyai kawan yang menjadi tempatku untuk menceritakan maklumat Silimpopon yang aku temui, kalau tidak ianya pasti akan berbuku di kertas nota atau mungkin ianya tidak dapat dikembangkan.

Ok masuk kepada kisah Silimpopon, yang aku temui kini adalah sebuah jawapan pada misi pencarian ekspedisi ini. Itu yang aku dapat katakan sepanjang aku meneliti, membanding, berfikir logik dan kaedahnya. Itu belum lagi masuk pada bahan artifak yang ditemui (ditemui sahaja, tidak diangkut bawa balik rumah).

Penemuan Silimpopon dan persoalannya.

Bagaimana rupa bentuk terusan pada asalnya, kenapa ianya dibina, siapa yang membinanya. Bagaimana terusan ini dapat selesaikan masalah Silimpopon, apakah kaitan terusan ini kepada aktiviti melombong batu arang di Silimpopon?

.


.

Seorang rakan, sedang menyiapkan sebuah buku berkenaan Tawau dan sejarahnya, juga turut tersenyum bila mengetahui keadaan aku dan beberapa rakan lain yang menemui kebuntuan dalam pencarian. Di sampaikannya kepada rakanku, dia menasihatkan agar aku tidak terlalu memikirkannya, perlu sibukkan dan fikirkan hal lain juga dan bukannya menumpukan sepenuh perhatian mengenai apa yang dikaji.

Aku protes dengan nasihatnya pada mulanya, tapi sepanjang tiga minggu ini rupanya aku menemui kenapa dan mengapa aku harus menerima nasihatnya. Menghadap buku rujukan hasil kajian orang lain, membandingkan dengan penemuan yang ditemui baru-baru ini mengisi setiap hari-hariku. Rakaman video dengan pelbagai maklumat aku tatapi berulangkali, kalau gambar-gambarnya, rasanya aku sudah boleh menghafal posisi dan objeknya.

Apa lagi yang menjadi “benda” dalam kepala aku adalah sepanjang aku di Silimpopon itu, aku mempunyai suatu perasaan yang buntuh tentang bagaimana harus aku mengisahkan Silimpopon ini di blog aku. Di mana harus aku mulakan, di mana harus aku gemparkan kisahnya dan di mana endingnya. Kebuntuhan itulah yang mengganggu aku hinggalah ke hari ini. Ini bukan kerana fakta, bukan kerana bukti, bukan kerana “kepala jem” juga bukan kerana mahu sembunyikan “sesuatu” tetapi ianya … (aku sendiri tidak tahu)

Banyak kejadian yang aku alami sepanjang aku menunggu dan berusaha untuk ke sana lagi termasuklah gangguan mimpi yang bolehlah aku anggap sebagai satu ilusi, satu keadaan dimana aku terlalu memikirkannya atau entah apakah itu…

Hari ini, petunjuk dan bahan yang aku temui hampir menemukan aku pada sesuatu tapi ianya masih lagi kabur dan penjelasan mengenainya masih aku perlukan, masih aku perlu “menerokanya” baik dari pembacaan buku-buku lama mahupun perkongsian sesama rakan yang sama minat dengan aku. Semoga bila tiba masanya, aku boleh mengisahkan Silimpopon sebaik dan selengkap yang diharapkan oleh pembaca samada kepada keluargaku, kepada orang sekelilingku atau untuk warga Tawau. Aku lalui ini untukmu Tawau yang tercinta kerana aku anak jati Tawau.


.

Hanya jauhari mengenal manikam.

Comments

Powered by Facebook Comments

Filed in: 2011, Sejarah Tags: , , ,

Related Posts

Bookmark and Promote!

Leave a Reply

Submit Comment

CommentLuv badge

© 2012 Puadede.Com. All rights reserved. XHTML / CSS Valid.
Proudly designed by Theme Junkie.