Recent Comments
Melayu.
20/03/2009
<center>
Aku tertarik dengan satu rencana yang diterbitkan Utusan 15 April tahun lalu yang bertajuk Jaga kepentingan Melayu. Penulisnya, Herman Hamid, menulis dengan pendekatan yang amat menarik dan aku ingin berkongsi bersama isi kandungannya.
Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya.
Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu,
Minangkabau memang Melayu,
Keturunan Aceh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah mualaf bertakrif Melayu
Dari petikan rangkap puisi tersebut, penulisnya Allahyarham Usman Awang telah memberi satu takrifan tentang siapa itu Melayu yang disusunnya dalam baris-baris ayat yang cukup indah.
Takrifan sasterawan agung ini juga sebenarnya tidak lari dengan yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan berhubung maksud Melayu.
Justeru tidak ada polemik yang harus dipanjangkan tentang takrifan Melayu kerana sesiapa yang beragama Islam di negara ini juga merupakan Melayu dalam konteks yang luas.
Namun sedihnya, masih ada lagi yang keliru apabila menyentuh soal Melayu hinggakan sesetengahnya menganggap perbincangan berhubung Melayu adalah suatu asabiah sempit.
Justeru dapat dilihat bagaimana suara-suara ke arah penyatuan Melayu masih tidak disambut dengan satu keghairahan yang diharapkan.
Datuk Nakhaie Ahmad ketika mengulas soal ini ternyata kesal dengan suara-suara sinis mempertikaikan kepada usaha-usaha penyatuan umat Melayu.
“Golongan ini kata, mengapa perpaduan Melayu, dan bukan perpaduan Islam? Sebenarnya Islam sebagai agama tidak perlu disatukan lagi kerana ia risalah kekal abadi yang dipelihara Allah.
“Maka yang perlu kepada perpaduan ialah orang Islam yang berpecah belah dan untuk menghimpunkan seluruh umat Islam di dunia ini tentu di luar keupayaan.
“Jadi di Malaysia kalau tidak Melayu, siapa lagi yang harus disatukan kerana rebah Melayu maka rebahlah Islam,” ujar ulama tersebut.
Sebab itu apa yang dikatakan Nakhaie memang benar, Islam mungkin terjejas di Malaysia jika Melayu selaku pendukungnya rebah bila melihat keputusan pilihan raya umum lalu yang jelas menggambarkan kaburnya survival Melayu.
Bukan soal UMNO hilang sokongan semata-mata, sebaliknya jika dilihat dalam pembangkang sendiri, Pas mempunyai jumlah kerusi paling sedikit antara parti pembangkang yang lain.
Sedangkan Pas adalah parti pembangkang utama Melayu sama seperti mana sandaran orang Melayu kepada UMNO di pihak kerajaan atau Barisan Nasional (BN).
Soal Parti Keadilan Rakyat (PKR) mungkin boleh diketepikan kerana masih banyak tanda tanya walaupun penerajunya adalah pemimpin Melayu.
Ini kerana sikap ‘membujur lalu melintang patah’ pemimpin mereka seperti yang terbukti dalam tindak-tanduk mereka, menguatkan lagi kesangsian itu.
Mungkin boleh difahami walau apa sahaja alasan, parti pembangkang tidak berminat atau tidak berani menunjukkan minat kerana mereka baru sahaja mendapat sokongan ‘luar biasa’ bukan Melayu pada pilihan raya yang lalu.
Namun biar apa pun halangan daripada orang Melayu sendiri, ia tidak harus menjadi sebab mengapa gerakan penyatuan Melayu tidak boleh diusahakan.
Setidak-tidaknya ia penting untuk meniup kesedaran dan keinsafan bahawa masa sekarang cukup mendesak untuk mempertahankan segala perkara yang membentuk ketuanan Melayu.
Atas sebab itu, beberapa pertubuhan Melayu Islam bergabung menubuhkan Barisan Bertindak Penyatuan Melayu (BBPM) yang selesai mengadakan perhimpunannya Sabtu lalu di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
Perhimpunan bersejarah itu walaupun sebahagian besarnya dihadiri ‘orang-orang lama’ namun impak kepentingannya tidak boleh dinafikan.
Paling tidak, generasi lama membangkitkan bagaimana perkara-perkara yang menjadi asas ketuanan Melayu terutama agama Islam, hak istimewa Melayu, raja-raja Melayu dan bahasa Melayu kini jelas terancam.
Seperti kata bekas Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Datuk Dr. Hassan Ahmad, ancaman ini juga sebenarnya bukan hanya kerana perkembangan politik semasa yang menyaksikan suara-suara menuntut hak sama rata semakin jelas kedengaran.
“Tetapi kelemahan jati diri Melayu itu sendiri antara puncanya sedangkan selama 450 tahun Melayu dijajah tidak ada pun umat terdahulu menganut Kristian atau bangga bertutur dalam bahasa penjajah berbanding sekarang,” katanya.
Biarpun wujudnya ancaman globalisasi yang menghakis kemelayuan, namun dalam masa yang sama tidak ada sesiapa boleh menidakkan bahawa perkembangan selepas pilihan raya lalu adalah ancaman terdekat yang mampu meruntuhkan ketuanan Melayu.
Ini seperti mana titah Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra ketika merasmikan perhimpunan tersebut yang pada baginda, jika tidak dilakukan sesuatu, tidak mustahil ketuanan Melayu di negara yang Melayu sendiri adalah penduduk asalnya, akan lenyap.
Sehubungan itu gesaan yang dibuat oleh Tengku Mahkota Kelantan supaya semua pemimpin Melayu Islam bermuzakarah secara tertutup dan bijaksana harus diberi perhatian serius.
Ini kerana yang tinggal pada Melayu kini hanyalah kekuasaan politik biarpun ia semakin terhakis.
Maka inilah amanah terpenting yang dipikul pemimpin politik Melayu sekarang bahawa mereka memikul tanggungjawab besar untuk memastikan kelangsungan ketuanan Melayu di negara ini.
Seperti mana kata tokoh budayawan, Tan Sri Abdul Aziz Tapa pada perhimpunan tersebut, masa depan Melayu bergantung ke mana arah tuju yang dibawa oleh pemimpin kerana akar umbi hanyalah ibarat gerabak.
Untuk membawa ke jalan yang sepatutnya, maka pemimpin politik Melayu harus sepakat pada perkara-perkara pokok membabitkan kepentingan bangsa. Tetapi mencari kesepakatan ini hanya boleh dilakukan jika ada muzakarah.
Oleh itu, perbezaan ideologi harus diketepikan dan sebaliknya secara berlapang dada menyahut seruan penyatuan dengan mengikis sebarang rasa bimbang tidak mendapat sokongan pengundi bukan Melayu kerana yang mustahak adalah memelihara kepentingan agama, bangsa dan tanah air.
Seperti yang diingatkan oleh Tengku Muhammad Faris, biar apa pun, pemimpin Melayu harus tahu jangan berpolitik ‘hingga menang sorak kampung tergadai’.
Tambahan mengenai Melayu.
Melayu merujuk kepada mereka yang bertutur bahasa Melayu dan mengamalkan adat resam orang Melayu. Perkataan Melayu mungkin berasal daripada nama sebuah anak sungai yang bernama Sungai Melayu di hulu Sungai Batang Hari, Sumatera. Di sana letaknya Kerajaan Melayu sekitar 1500 tahun dahulu sebelum atau semasa adanya Kerajaan Srivijaya. Sehubungan itu, dari segi etimologi, perkataan “Melayu” itu dikatakan berasal daripada perkataan Sanskrit “Malaya” yang bermaksud “bukit” ataupun tanah tinggi. Ada juga sumber sejarah yang mengatakan bahawa perkataan “Melayu” berasal dari “Sungai Melayu” di Jambi.
Sumber: http://ms.wikipedia.org/wiki/Melayu




9 Comments
Melayu Mudah Lupa, Melayu Mudah Lupa, Melayu Mudah Lupa, Melayu Mudah Lupa, Dulu bangsanya dipijak, Melayu Mudah Lupa, Dulu bangsanya retak Melayu Mudah Lupa, Dulu bangsanya teriak Melayu Mudah Lupa, Dulu bangsanya kelas kedua
Melayu Mudah Lupa, Dulu bangsanya hina Melayu Mudah Lupa, Dulu bansanya sengketa Melayu Mudah Lupa, Dulu bangsanya kerdil Melayu Mudah Lupa, Dulu bangsanya terpencil tiada daulat,tiada maruah,tidak bebas,
Melayu Mudah Lupa, Melayu Mudah Lupa, Melayu Mudah Lupa, Sejarah bangsanya yang lena tanahairnya yang merekah berdarah, ingatlah,ingatlah, wahai bangsaku, jangan mudah lupa lagi kerana perjuanganmu belum selesai.
Puisi : Datuk Seri Mahathir Mohammad
Reply
Satu lagi Melayu dlm bahasa Jawa refer to pelarian untuk yg dari indo. Suku Bajau berasal dari perkataan berjauhan yang merujuk kepada bahasa Taosug dan Tagalog iaitu Malayo, malayu… Malaysia sendiri bererti “Tanah Melayu” dan “Indonesia” = “Tanah Hindu”
Aj’s Terkini di blog…Adam Lambert of American Idol Is Gay
Reply
kalu tengok situasi sekarang,aku cuma mampu menggeleng kepala…nemau cakap pasal nanti ramai yang tersinggung…
sankai’s Terkini di blog…padaidi yang x top
Reply
bugispun melayukah?? kenapa melayu itu bukan bugis
Reply
gagaukon reply on March 22nd, 2009 8:09 PM:
Good point!
Reply
3star reply on March 24th, 2009 8:47 AM:
tapi geng, di sabah, tiada istilah ‘melayu’ utk semua suku dan etnik. tiada melayu utk bugis di sabah. bugis tatap bugis
Reply
Dalam surat lahir aku Melayu… hehehe
Adry’s Terkini di blog…Watchmen review
Reply
takan melayu hilang didunia..
doa combi melayu yg kekal nnt biarlah melayu yg bertamadun
combi’s Terkini di blog…bayu menyapa ku lagi..
Reply
bugis adalah bugis bukan melayu.peradaban bugis lebih tinggi drp org melayu.kalau kita mempelajari sejarah bugis baru kita tahu betapa pada zaman dahulu bugis adalah satu bangsa yang agung, kuat, dan disegani bukan saja di rantau ini tapi juga di barat.jadi kenapa kita harus menganggap bugis itu melayu.anggapan ini membuatkan bugis itu satu bangsa yang “kecil” pd pandangan orang.orang melayu adalah pemalas tapi orang bugis adalah pekerja yang rajin dan kuat berusaha.melayu adalah bangsa yang selalu di jajah tp bugis adalah bangsa penakluk.bugis pernah menguasai beberapa kerajaan di tanah melayu pada zmn dahulu.kesultanan selangor yang ada pd hari ini adalah berasal drp kesultanan bugis.bugis mahir dlm pelayaran dan mereka telah belayar ke setip penjuru dunia.kapal phinisi yang dicipta oleh orang bugis menunjukkan betapa ilmu pelayaran orang bugis adalah begitu tinggi.bangsa melayu tidak mempunyai sistem tulisan yang sendiri (tulisan jawi adalah berasal drp tulisan arab bukan tulisan yang di cipta oleh org melayu)tetapi orang bugis mempunyai sistem tulisan nya sediri yang di panggil lontara….ini semua menunjukkan betapa bangsa kita lebih bertamadun drp bangsa melayu.jadi kenapa kita harus menganggap bugis itu melayu.tp kalau menganggap melayu itu bugis mungkin jugak… he..he..ridzky_cinta@yahoo.com
Reply
romc reply on March 25th, 2009 3:40 PM:
romc’s Terkini di blog…Two adsense Account from same IP or Computer
Reply
Aslkm,erm nice blog ler,erm sye nk jmput tuan rmh atau sesape je dtg ke kenduri blog sye ni di http://chipmunk18.blogspot.com ,n jgn lupe letak link blog ni yer di sini,ok bye
Reply
Salam
dalam soal melayu ke bugis ke, semua itu sedarah, sedaging, seagama…hubungan melayu dengan bugis bkn berlaku 2 hari.. dari dulu lg selepas kejatuhan empayar melaka masyarakat melayu berhijrah ke merata tempat di nusantara dan juga ke sulawesi. bangsawan di sulawesi mempunyai sulur galur keturunan dari patani dan johor, ini ditulis dalam web, melayu online….yang byk bekisarkan kisar keturunan bugis.
kerana itu digelar melayu bugis, yang datang menjadi pahlawan adalah melayu bugis, kerana itu digelar daeng….campuran anak bajau melayu dengan bugis melayu menghasilkan pahlawan dan bangsawan melayu bugis….
ini info yang telah melayu online kaji…
maka marilah kita berbincang dengan baik… setiap bangsa dan kaum itu mulia.. yang tidaknya kita, kerana berasa megah hingga berani mengatakan kita lebih mulia.. maka jadilah kita seperti yahudi, yang hanya menganggap mereka bangsa terbaik di muka bumi… jauhilah sifat megah diri dan takabbur, InsyaAllah kita akan selamat.
Salam
Reply
One Trackback
[...] Credit: Puadede.com [...]