McDonalds Tawau

JUMAAT, 20 April 2012… AKHIRNYA McDonalds Tawau dibuka juga hari ini. Penantian yang agak lama untuk anak buahku yang sejak beberapa minggu ini begitu riang mengiringi lagu iklan McD di TV. Dalam hati terdetik juga, kalau aku jadi dorang, di zaman sekarang, aku juga pasti menjadi seperti mereka, mengidam sesuatu yang boleh dianggap sebagai “makanan orang moden”.

.

Bagi aku, tidak ada istimewanya McD di Tawau tetapi di kalangan anak buah aku, ianya saling tidak tumpah sebagai satu tempat makan yang istimewa buat mereka. Membesar di Tawau, membesar di alam pergaulan yang hanya ada KFC, Pizza, Big Apple… kalau Secret Recipe cuma sekali, itu pun untuk membeli kek harijadi. Dengan adanya McD pasti saja topik perbualan sesama rakan-rakannya akan berkisar tentang hebatnya McD, kerana sudah menjadi pengunjungnya di hari pertama operasi McD di Tawau.

Bukan suatu yang asing bagi orang Tawau, asal ada benda baru pasti ramai yang sanggup beratur semata-mata “menjempol” sebagai pengunjung McD di hari pembukaannya… itulah yang berlaku tadi, tidak kira usia, jantina apa lagi bangsa. Memang ramai dan meriah hari pertama pembukaan McD Tawau tadi.

.

Bila beratur lama, mulalah kedengaran keluhan, ada yang excited, ada yang bersahaja dan tidak kurang juga yang sekadar mahu memenuhi permintaan anak-anak mereka. Di lantai aku melihat ada muntah budak yang tidak dibersihkan, patutlah membengkok barisan kami. Selangkah ke kaunter pesanan makanan, aku melihat pekerja keletihan, kelam-kabut dan perkara biasa, casher akan berdepan dengan masalah mesin kira mereka. Kaunter yang aku baris panjang tadi alami kerosakan (casher salah punch order… nak batalkan dia tidak tau) aku tidak berganjak kerana aku tahu ianya bukan masalah yang mengambil 10 jam mahu diselesaikan.

Dalam 5 minit begitu, masalah itu selesai. Aku lega, sebab selepas ini sudah turn aku untuk order. Rupanya tidak, wang tukaran kecil casher itu habis, dia dengan senyum serba salah terpaksa memberitahu amoi depanku, maaf duit kecil kertas tidak ada, wang syiling saja yang ada. Amoi itu merungut dan tidak mahu. Aku offer duit tukaran seringgit2 kepada casher itu untuk selesaikan masalah amoi tadi sebab aku pun sudah lenguh kaki berdiri semata-mata mahu order set burger. Satu yang aku tercari-cari tadi… mana badut McD Tawau ya?

End of story, pembukaan McD Tawau yang turut memiliki drive thrunya sememangnya bertepatan dengan masanya. Ini kali orang luar tidaklah lagi mengata Tawau tidak moden pembangunannya, at least aku boleh cakap:

Kami ada McD, kampung kamu ada?

Info McDonalds Tawau
Lokasi: Batu 3 Setengah Jalan Apas simpang menuju ke Giant Tawau.
Masa Operasi: 24jam

Related Posts with Thumbnails

Komen Rakan FB

comments

Powered by Facebook Comments

Advertisement

6 Responses to “McDonalds Tawau”

  1. budaini

    Apr 20. 2012

    uih… Sudah p merasmikan rupanya… Hehe…!
    budaini recently posted..Cawangan Pertama McDonald’s Tawau Kini Di Buka.My Profile

    Reply

  2. tabekpuang

    Apr 20. 2012

    wOw…hebat bha tawau kan….adakalanya kasiam jugak kn….ketinggalan kasikna…
    tabekpuang recently posted..5 Gadis Cantik Yang Kelihatan Betul-Betul Seperti PatungMy Profile

    Reply

  3. Mus

    Apr 20. 2012

    mau singgah esok.. esok sy ke tawau..
    Mus recently posted..Warna Warni Sambulayang Regatta Lepa SempornaMy Profile

    Reply

  4. sankai

    Apr 20. 2012

    semua pun buat post pasal mcd ka.?? haha..tahniah la..
    sankai recently posted..Pendidikan Percuma Di MalaysiaMy Profile

    Reply

  5. bau ketiak

    Apr 26. 2012

    femes lah tawau lepas ni..hehe

    Reply

Trackbacks/Pingbacks

  1. McDonalds Tawau Kini Dibuka | my.Mustaffa - 24/04/2012

    [...] rujukan: http://puadede.com VN:F [1.9.16_1159]please wait…Rating: 0.0/10 (0 votes cast)VN:F [1.9.16_1159]Rating: 0 (from 0 [...]

Leave a Reply

CommentLuv badge