
WARGA facebook di Tawau hari ini dikejutkan dengan khabar pasukan bomba sedang berada di Flat Sri Titingan Tawau untuk mengeluarkan mayat lelaki yang ditemui di tangki perumahan PPR itu. Setelah membaca infonya, aku berasa loya dan bersimpati dengan nasib penduduk flat itu yang beberapa hari lalu telah menggunakan air yang ada mayat.

Aku bersetuju dengan beberapa pendapat yang diluahkan warga FB yang mengatakan ini bukanlah masanya untuk menyalahkan si mayat tetapi perlu cepat bertindak mengatasi masalah bekalan air di situ. Alhamdulillah tindakan segera telah diambil YB Datuk Tawfiq Titingan dengan mengarahkan agar bekalan air perlu disegerakan penghantarannya. Dalam berita juga ada mengatakan Jabatan Kesihatan dan Jabatan Kimia perlu sentiasa memeriksa tangki simpanan air di kawasan perumahan.

Mayat Lelaki Hampir Reput Dijumpai Dalam Tangki Simpanan Air
TAWAU: Mayat seorang lelaki bogel dan hampir reput dijumpai di dalam sebuah tangki simpanan air di Projek Perumahan Rakyat Sri Titingan dekat sini pagi Sabtu.
Mayat dijumpai oleh seorang kakitangan pengurusan perumahan berkenaan kira-kira 8.30 pagi setelah mendapat aduan penghuni bahawa air yang mereka gunakan sejak seminggu lalu berbau seperti bahan pencuci dan busuk.
Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Ibrahim Chin mengesahkan penemuan mayat berkenaan.
“Siasatan awal kita mendapati tiada unsur jenayah dalam kes ini namun siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya.
Pembantu Menteri Kewangan Sabah yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Apas, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan mahu Jabatan Kesihatan dan Jabatan Kimia sentiasa memeriksa tangki simpanan air di kawasan perumahan. – BERNAMA
Komen Rakan FB
Powered by Facebook Comments






Mus
May 12. 2012
menjadi tanda tanya.. mcm mana si mangsa boleh jatuh ke dalam tangki..
Mus recently posted..Ada Beca Di Kota Kinabalu?
Reply
Maya reply on May 12th, 2012 11:18 PM:
byk tanda tanya kejadian ni.
Reply
Feerdaus
Sep 21. 2012
Mohon share info ni…
Reply
Maya reply on September 21st, 2012 8:07 PM:
boleh.. add backlink skali ya
Reply