Minggu lalu, aku berkesempatan berbual panjang dengan Mas AF2 (Asma Ghani) di sebuah cafe dalam suasana tenang dan santai. Aku sendiri tidak menjangkakan bahawa dia yang bergelar artis masih mengenaliku dan masih mengingati bila kali terakhir dia bertemu denganku. Alhamdulillah Mas AF2 begitu mempunyai daya ingatan yang kuat lagi murah dengan senyuman.
Duduk semeja dengan teman akrab aku LisaAli dan Mas AF2 yang ditemani sepupunya, kami memulakan bual bicara santai, bertanyakan khabar, bergosip-gosipan… ketawa? jangan nak sangkal, suara dari meja kamilah yang kuat pada masa itu.

Mas bila nak kahwin? Ha… kahwin? Insyaallah ada jodoh gua nak juga kahwin. Buat apa sekarang? Gua bantu ibu gua berniaga satay. Ni gua datang ke sini pun mahu bincang pasal bisness dengan owner cafe ni. Oh baguslah tu Mas. Ya kak, rezeki kena dicari, kalau tidak dicari mana dia mau datang sama kita. Show? Adalah juga, kalau kakak ada majlis, jemput2lah gua ya
Itu adalah antara perbualan aku dengan Mas AF2. Aku cuma tersentuh apabila Mas mengatakan bahawa dia begitu merindui ramai kawan-kawan artis yang akrab dengannya, rakan-rakan yang pernah bekerjasama dengannya.
Kebetulan kakak ni penulis blog, bolehkah kakak beritahu yang gua betul-betul rindu dengan kawan-kawan artis yang lain, semua yang pernah bekerjasama dengan gua. Ke mana semua mereka? Sebenarnya gua tidak dapat hubungi dia orang semua sebab handphone gua ini rosak dan semua nombor hilang!
Kepada rakan-rakan artis Mas AF2 di luar sana yang membaca coretan ini, hubungilah Mas, dia kelihatan begitu merindui kalian. Kalau tidak, tidaklah dia merayu untuk memuatkan hal ini di blog ini.
Untuk sesiapa yang mahukan perkhidmatan Mas AF2 dalam apa-apa majlis, silalah email beliau di asmaghaniaf2@gmail.com
Comments
Powered by Facebook Comments









sedih juga dia ni…susah mau struggle jadi penyanyi di Malaysia ni
Reply