Malam Konsert Mini Stacy & Friends

Malam Konsert Mini Stacy & Friends

<p style=”text-align: center;”>

Makcik catwalk, kanak2 diajak menari, beraksi sebagai rockers, menari ala hip-hop dan dapat bersalam-salaman, kiss2 pipi (F to F ja), peluk2 pun ada… itulah antara yang berlaku dalam Konsert Mini Stacy And Frenz di Dewan Masyarakat Tawau, semalam. Lagu “Aku Stacy” dan “Makhluk Tuhan Paling Seksi” seperti yang dinanti-nantikan, mendapat jeritan histeria ala Akademi Fantasia, rancangan tahunan Astro yang mengangkat Stacy sebagai juara musim ke-6.

Bukan sahaja tagline “alamak, telebih sudah” yang menjadi identiti pada perwatakan Stacy yang agresif, namun ucapan terima kasih banyak2 pada setiap ucapannya…. membuatkan penonton berasa begitu dihargai dan disayangi, ditambah lagi aksi flying kissnya dan lambaiannya yang begitu seksi dan menawan.  Setiap artis yang datang membuat konsert di Tawau pastinya memberi sesuatu yang dipakai di konsert untuk peminat dan Stacy malam tadi memberikan topi “No One” nya (serupa yang dipakai semasa konsert AF lagu No One)…. hehehe bertuahnya siapa yang dapat tu kan….

Persembahan artis AF yang lain juga tidak menghampakan orang Tawau dengan penampilan Yazer “Rock Steady”.  Yazer sempat menjanjikan sesuatu untuk Tawau iaitu.. “Kali ini betul2 sudah, albumku keluar lepas raya”… Hehehe, sememangnya sudah terlalu lama album Yazer diwar2kan keluar tapi itulah yang disuarakan sebelum dia memberi persembahan. Kalau dulu, Yazer pernah ditegur mengenai identiti seorang rock di atas pentas dan dia pernah menggayakan aksi mencangkul dalam akademi, namun Yazer yang ada semalam sememangnya meresapi jiwa rock yang dibimbing sifu M.Nasir.

Candy dan Stainley tidak kurang hebatnya malam tadi, tanpa mereka, agak pincanglah persembahan semalam.  Terima kasih kepada nyanyian dan aksi lakonan dalam lagu mereka.  Paling best masa Stainley dan Candy menyanyikan lagu “My Heart” hinggakan MC malam itu menggosipkan mereka sebagai couple.  Selamba saja Candy mengakuinya… “Ya, saya memang sayang dia… saya sayang dia sebagai seorang kawan”

Terima kasih kepada penganjur konsert, Impact Zone, Maestro, Bumi Team, Khazanah Muzik yang memberi laluan percuma kepada TawauBloggers.

Related Posts with Thumbnails

Ditulis Oleh Maya

Hasil tulisan saya ini adalah buah fikiran dan pendapat saya melalui pemerhatian dan penelitian saya sahaja. Sekiranya ada yang tidak kena, maafkan saya dan anda boleh Email Saya untuk keterangan dan pertanyaan lanjut.
Categorised under Blog, Event, Slide
Bookmark the permalink or leave a trackback.

7 Comments

  1. ada cadangan tawaubloggers akan menganjurkan poco-poco and kedo-kedo nanti…huahua….cari penaja dulu laa

    Reply

    angriani reply on August 23rd, 2008 6:42 AM:

    waaaa bagus tu cadangan
    sambil menari poo2
    boleh kuruskan badan aku ni
    =))

    Reply

    Maya reply on August 23rd, 2008 9:31 AM:

    Wohohoho… kalau semua kurus, ndak laku tu saiz XL di pasaran.

    Reply

    angriani reply on August 23rd, 2008 9:37 AM:

    biarlah ndak laku maya…saiz xl ni mahal bah…
    kalau baju kicik2 murah2 di pasaran…
    heheheheheheheeeee =))
    kalau kurus lagi senang kedo2…diangkat lagi
    asyikkkkk lorrrrrrrrrrrrrr :p
    =)) =))

    22/08/2008 @ 8:55 PM
  2. wo wo wo.. banyak la mau kedo kedo… hahahahaha…

    Reply

    23/08/2008 @ 3:55 PM
  3. ramai yang datang ambil bahagian nanti,,kalo aku,,loby bahagian pasar,,kompom ..penuh dewan.

    Reply

    23/08/2008 @ 7:33 PM
  4. hai……………………………

    Reply

    23/08/2008 @ 9:42 PM
  5. how come i didn’t know this?

    Reply

    29/08/2008 @ 1:15 PM
  6. lilou

    gondrong jgak c yazeer ni…

    Reply

    07/09/2008 @ 12:06 AM
  7. Assalamu’alaikum Maya.

    Apa khabar?

    Akhirnya seorang lagi blogger Tawau berjaya dijejaki. Yeeeeeeeeehaaaa!

    Reply

    08/09/2008 @ 5:56 PM

Post a Comment

Your email is never published nor shared. Required fields are marked *

*
*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv Enabled

or