6

Maksud Puadede.Com

Assalamualaikum, salam persaudaraan daripada saya, di posting pertama saya ini…

Memulakan sesuatu perkara sememangnya yang paling sukar. Rasanya semua pun rasa sebegini dalam kehidupan seharian apatah lagi dalam penulisan blog. Mungkin yang membezakan kita hanyalah usaha, keberanian, kesungguhan dan keseriusan kita mengendalikan blog sendiri.

Sebelum ini, saya melihat beberapa rakanku yang berblog dan saya sendiri enjoy dengan setiap enty mereka yang mengungkap pelbagai isu, peristiwa dan tentunya memberi pengetahuan. Saya sendiri tidak mengetahui ke mana hala tuju blog ini, namun apa yang saya harapkan, ianya memberi kepuasan kepada saya dan ada feedback yang boleh membina diri saya, pengetahuan saya di masa akan datang.

Kenapa saya memilih nama domain Puadede.Com?

Puadede adalah satu perkataan yang berasal dari perkataan “puapuadede” yang dipendekkan menjadi “puadede” sahaja. Puapuadede adalah perkataan bugis yang membawa maksud perbuatan menidurkan atau menyusukan anak dengan botol susu di pangkuan kaki yang diluruskan.

Rasanya anak-anak sekarang sudah jarang dipuapuadedekan kerana sudah ada ayunan dan katil baby untuk ditidurkan. Reason lain kenapa saya memilih nama ini kerana ianya melambangkan diri saya yang bersuku Bugis Bone yang pada saya, siapa lagi yang boleh mengangkat kesenian dan kebudayaan melainkan diri sendiri.

Hal-hal perkauman sila jangan diungkit kerana saya amat anti mereka yang memburukkan suku kaum lain sedangkan kita menghirup udara yang sama, di tanah yang sama, bendera negara yang sama.

Cukup sampai di sini dulu.

Comments

Powered by Facebook Comments

Filed in: 2008, Blog Tags: ,

Recent Posts

Bookmark and Promote!

6 Responses to "Maksud Puadede.Com"

  1. budihermawan says:

    masa aku kecik bapak aku selalu puadede aku… heehehhe

  2. admin says:

    Ada bah tu lagu puadede, tapi aku lupa. Kena tanya mak lepas ni. hehehe…

  3. Peter says:

    Very Nice! Thanks!

  4. Aromat says:

    Nice Site! Thanks!

  5. baguslah ada blog ni..sekurang-kurangnya tau perkembangan di tawau jgk..:-)

  6. hery says:

    aq taw.. aqtaw…” pua..pua de de..
    de de mak ce puru..” hahahaha.. x nahan aq..
    btol ka jgk tu… kuang3…

© 2012 Puadede.Com. All rights reserved. XHTML / CSS Valid.
Proudly designed by Theme Junkie.