Tutorial Bagaimana Mahu Menjadi Blogger ini aku akan sampaikan secara bersiri dan kepada sesiapa sahaja di luar sana yang ingin mengikutinya, aku ingin katakan di peringkat awal ini, anda perlu bersabar, tekadkan hati dan senantiasa ada keinginan mahu menjadi blogger.

Banyak tanggapan bahawa menjadi blogger ini perlukan banyak kemahiran terutama sekali dalam pengendalian laman blog dan juga kemahiran menulis. Aku akui hal ini namun janganlah kalian menganggapnya sebagai bebanan atau mahu mengalah sebelum mencuba. Semua kita bermula dari cuba-cuba… Tak cuba mana tau… Kenapa anda perlu mencuba? Kerana apa anda perlu berusaha mencuba?
Menjadi blogger ini banyak kelebihannya:
- Kelebihan dari segi rawatan diri.
Blog ini satu rawatan diri terutama dari tekanan sekeliling. Menulis sesuatu untuk dikongsi bersama memberi kepuasan kepada kita apa lagi jika yang anda tulis itu mendapat komen dari orang lain. Mungkin ianya satu nasihat, satu sarananan atau mungkin apa sahaja yang dapat menenangkan anda. - Kelebihan dari segi menunaikan tanggungjawab kemasyarakatan.
Bagi aku yang memilih konsep penulisan yang mengetengahkan Tawau sebagai tanah tumpahnya darahku, aku berasa puas dapat menghebahkan apa yang ada di Tawau. Ianya dapat memberi informasi kepada orang di luar bagaimanakah Tawau yang sebenarnya. Ada banyak lagi pilihan konsep penulisan untuk memenuhi kelebihan anda sebagai blogger yang dapat menunaikan tanggungjawab kemasyarakatan. - Kelebihan dari segi wang ringgit
Aku bukanlah blogger sepenuh masa yang mengharapkan pulangan kewangan hanya semata-mata menulis blog. Tapi itu tidak mustahil suatu masa nanti kerana permintaan untuk tugasan penulisan yang menghebahkan “sesuatu” sudah wujud di Tawau. Selain itu, blogger juga dapat pulangan dari proses mengiklankan produk orang lain. Lebih mudah lagi, beberapa syarikat pengiklanan turut membayar blogger yang meletakkan iklan mereka di blog. Ini semuanya adalah pulangan dari segi wang ringgit. - Kelebihan dari segi pergaulan.
Blogger hanya duduk depan komputer di rumah? Tidak sama sekali kerana aku sendiri merasakan sejak menjadi blogger, hari demi hari ada saja kenalan baru aku dapat. Kenalan itu bukan sahaja dikenali dari internet malah jangan hairan sekiranya ada disapa:
Eh, kamu ni blogger puadede.com kan? Apa perasaan anda?

Ok itu antara kelebihan menjadi blogger. Sekarang ketahui pula persediaan dan keperluan untuk menjadi blogger.

5W1H Image: AniMaybe
Dalam tulisan aku sebelum ini, aku pernah menyentuh tentang apa beza blogger dan wartawan. Terkini, perbezaan blogger dan wartawan semakin semakin tidak ada jurangnya kerana wartawan terikat dengan etika kewartawanan dan blogger ataupun pengamal media baru terikat dengan AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998. Rujuk di sini dan juga Akta Keterangan (Pindaan 2012) rujuk di sini.
Apa yang ingin aku sampaikan melalui pautan di atas adalah:
- Perkara penting menjadi blogger : Jadilah Diri Anda Yang Sebenar.
Tiada penyamaran, tiada yang berselindung dalam penyampaian dan jadilah diri sendiri dengan idea penulisan anda. Blog ini bukan dunia untuk memporak-porandakan dunia, masyarakat kita, orang lain lebih-lebih lagi diri sendiri. - Perkara penting menjadi blogger: Sampaikan Kebenaran Mengikut Penilaian Berselidik.
Dalam situasi bagaimana pun, anda terugut, anda terdesak, anda mempunyai kepentingan tertentu atau lain-lain keadaan dalam kehidupan seharian anda, anda perlu ingat kebenaran itu tetap akan diketahui juga. Demikianlah dalam menjadi blogger, apa yang disampaikan ianya tanggungjawab kita, sekiranya anda baru ketahui kebenarannya, buat pemberitahuan atau ralat agar anda tidak dibebani lagi di lain hari atas kealpaan anda.
Misalnya ada kebakaran di kawasan anda dan dari pengiraan anda, ada 3 rumah yang terbakar namun mengikut kenyataan Bomba ada 5 yang terbakar. So sumber siapa yang perlu dirujuk? Pastilah bomba kerana sebelum kenyataan itu dikeluarkan, pihak bomba telah membuat rujukan geran tanah dan nombor cukai pintu di kawasan itu. - Perkara penting menjadi blogger: Dalam Penyampaian Ingat Rumusan- Apa, Bagaimana, Di mana, Siapa, Berapa.
5H1H adalah asas penulisan. Sampaikan mengikut panduan itu, ianya pasti menjadi satu pengalaman perkongsian yang menarik dengan gaya bahasa anda yang ada selesa sampaikan. - Perkara penting menjadi blogger: Ingat Sumber, Catit Dan Simpan
Nama tempat, masa kejadian, nama orang, jumlah yang terlibat semuanya memerlukan daya ingatan anda dan menyedari aku seorang yang cuai dalam mengingat nombor, aku senantiasa mencatit fakta penting. Buku nota kecil yang dulunya akan aku bawa ke sana sini kini aku simpan sahaja di dalam handphone aku. Handphone sememangnya banyak membantu apatah lagi dalam merakam apa yang orang lain katakan, onkan sahaja rekod suara, anda boleh dengarnya kemudian. Tapi budaya mencatit fakta itu penting kerana teknologi tetap ada kelemahannya.
Untuk siri pertama ini, aku sudahkan di sini dulu, di lain hari akan menyusul perkara lain bagaimana mahu menjadi blogger. Semoga memberi manfaat, selamat malam.
Komen Rakan FB
Powered by Facebook Comments






Trackbacks/Pingbacks
[...] 8, 2012 0 Assalamualaikum, panduan mahu menjadi blogger sudah masuk siri ketiga. Dalam siri pertama lalu aku menyentuh tentang kelebihan menjadi blogger dan empat perkara penting menjadi blogger [...]