3

Maaf aku membencimu

Reaksi aku bila tidak suka sesuatu, aku masih boleh bertolak ansur untuk berkompromi dan berfikir untuk mengikis rasa tidak suka itu… tapi bila aku sudah benci, aku hanya akan diam dan abaikan. Sekarang ini aku mengalami perasaan benci yang mana ia wujud selepas aku tidak suka.  Prosesnya menjengkelkan, serasa mahu sahaja ambil benda itu dan buang atau bakar atau lempar saja ke highway, biar benda itu hanyut dibawa arus agar sampai di Sungai Nyamuk, Tarakan atau Nunukan.

Aku mengenali seseorang, baik, jujur, sopan tutur katanya dan manis senyumannya.  Sejak aku mengenalinya, aku begitu tersentuh dengan sikapnya kerana bagiku dia yang sebaik itu tidak layak mengalami apa yang pernah aku alami dalam proses menjadi dewasa, dalam proses mengenal ilmu, dalam proses mencelikkan akal fikirannya.  Aku melayannya selayaknya aku mengasihi seorang adik lelaki kerana aku kesihan, kerna aku sayang. Tanggapanku, biarlah aku sahaja yang melalui keperitan lalu, jangan ada lagi yang melaluinya kerana tidak semua boleh melalui keperitan tanpa kesungguhan.

Apa yang aku lakukan? Selayaknya seorang kakak prihatin dengan keperluan adiknya, keperluannya untuk mengenal ilmu, keperluannya untuk bermain dengan apa yang dipelajarinya. Kos? Aku abaikan kerana aku meletakkan harapan bahawa jika dia manfaatkan apa yang aku sediakan, dia pasti akan bersyukur dan akan pasti akan lakukan benda yang sama kepada orang lain nanti. Hipotesisku pertamaku adalah dia akan berkembang menjadi seseorang yang ada nilai moral dengan fikiran yang tidak perlu diterjemahkan dengan kata-kata.

Tiba-tiba satu peristiwa berlaku, yang menurut kata pepatah, sekali dilanda ombak, pantai akan berubah. Ya dia akhirnya berubah dari apa yang aku jangkakan.  Aku mula memiliki rasa tidak suka, bukan kerana dia berpaling tapi aku rasa tidak suka dengan alasan demi alasan yang dilontarkannya. Sifat kurang ajar, tidak sedar diri, berlagak, mengaibkan orang dll sudah dilakukannya.

Dalam @pepatah twitter ada nyatakan,  sahabat adalah mereka yg menggenggam tanganmu ketika kamu susah, tapi tahu kapan melepasmu berjuang sendiri tuk belajar dewasa. Ya, semoga ko menjadi dewasa dengan cara yang ko pilih. Semoga aku tidak lagi terlibat dengan kisah hidupmu dan demikian juga sebaliknya.  Kisah antara ko dan aku di masa lalu akan aku lontarkan di highway, aku tidak mahu fikir dan sesakkan hidupku dengan kisahmu lagi.

Maaf aku membencimu.

Comments

Powered by Facebook Comments

Filed in: 2011, Blog, Peribadi Tags: ,

Recent Posts

Bookmark and Promote!

3 Responses to "Maaf aku membencimu"

  1. zaid says:

    Betullah kata2 para huqama’

    “Apabila engkau menyayangi atau mencintai seseorang itu,hendaklah engkau menyayangi atau mencintai dia dengan sekadarnya sahaja.kerana boleh jadi orang yang engkau sayangi itu atau yang kau cintai itu adalah manusia yang paling kau benci dikemudian hari.Begitu jugalah sebaliknya,apabila engkau membenci seseorang itu hendaklah engkau membencinya dengan sekadar kebencian mu sahaja,boleh jadi juga orang yang sangat kau benci itu adalah manusia yang sangat kau sayangi dan kau cintai dibelakang hari.maka berpadah2lah dengan sekadarnya sahaja.” (Kata2 Huqama’)

    Wallahu A’lam Bissawwab.

    Reply

    Maya reply on February 9th, 2011 12:25 PM:

    segalanya mungkin… wallahu a’lam

    Reply

  2. budaini says:

    kereta siapakah itu? dan orang manakah yg dibenci itu?
    :)

    Reply

Leave a Reply

Submit Comment

CommentLuv badge

© 2012 Puadede.Com. All rights reserved. XHTML / CSS Valid.
Proudly designed by Theme Junkie.