Luahan hati seorang blogger Tawau baru aku bermula hari ini meskipun sudah 4 tahun berblog di sini. Kisah pertama, kisah permulaan aku berblog dan bagaimana aku memilih dan mengekalkan konsep blog yang mengisahkan Tawau. Aku akui, mulanya aku juga agak tidak selesa dengan konsep ini tapi aku teruskan juga kerana aku tidak melihat satupun blog yang memilih konsep ini di Tawau. Kalau ada pun ianya on-off, mungkin penulisnya tidak berada di Tawau.
Ok terlebih dahulu, aku mahu jelaskan kenapa pentingnya memilih pengkhususan dalam penulisan, ini aku belajar dari guru karangan aku masa sekolah. Apabila kita mengkhusus dalam mengarang fokus kita hanya tertumpu pada usaha kita mengembangkan idea itu. Aku pilih menulis isu semasa, soal pembangunan ekonomi, sosial, budaya, sejarah dan yang berkaitan dengan Tawau kerana aku selalu ingin tahu apa yang berlaku di sekelilingku, sumbernya mudah dan semestinyalah banyak yang perlu aku perkatakan mengenai Tawau.

Di awal aku berblog dulu aku juga tidak terlepas dengan penyakit “syok sendiri” kerana masa itu kurang pergaulan, rakan-rakan tidak ramai apatah lagi mereka bukanlah di kalangan mereka yang minat berblog. Hinggalah sampai satu masa aku mula chat YM dengan Budi, rakan yang sealiran denganku. Dia juga berblog dan aku dapat melihat konsep yang dipilihnya adalah berkaitan dengan teknologi dan maklumat komputer, internet. Dia merancang untuk balik bercuti kerana dia bekerja di Kuala Lumpur dan aku yang tidak pernah berjumpa dengannya mahu mengatur pertemuan santai.
Idea tercetus mahu mengatur perjumpaan di kalangan penulis blog di Tawau dan Alwis, Sankai, Mia Angriani, Romzi, Agus adalah rakan yang aku kenali di internet semata-mata akhirnya berjumpa di sebuah restoran. Di sanalah permulaan komuniti Tawau Bloggers yang mula berkongsi maklumat terutama sekali mengenai bagaimana mahu menjana pendapatan melalui blog. Trik dan tips adsanse serta nuffnang kami kongsi tanpa berkira masa dan tempat.
Setelah berkenalan dengan ramai kawan inilah fokus aku untuk menulis mengenai isu semasa di Tawau berkobar-kobar. Bermula dari aktiviti makan-makan hinggalah aktiviti review restoran pilihan, berkelah, shopping, berhari-raya dan banyak lagi aktiviti semuanya aku blogkan mengikut kesesuaian konsep blog aku.
Hari ini, moto “blog anak Tawau” menepati pilihan konsep yang aku inginkan. Aku sedar koleksi penulisanku masih belum cukup untuk menceritakan apa yang berlaku di Tawau setiap masa namun aku sayang blog aku kerana hanya dengan cara ini aku berbakti untuk tanah kelahiran tumpahnya darahku, Tawau.
Komen Rakan FB
Powered by Facebook Comments





