1

Longkang di Jalan Persisiran Tawau dibaiki

Aku pernah menulis tentang keadaan longkang di Tawau di blog ini pada 5 Disember 2010 yang yang aku olah penyampaiannya secara monolog yang cukup bersahaja.  Aku sebenarnya ketika menulis post itu dalam keadaan sedih kerana apa yang aku lihat hanyalah longkang terbiar tanpa pengurusan yang betul malah ianya membahayakan keselamatan orang ramai.

Petang tadi apa yang aku saksikan sudah berbeza, ianya cukup membuatku berasa lega kerana selepas ini tidak timbul lagi kerisauan aku untuk menggunakan Jalan Persisir yang menghubungkan pejalan kaki dari Sri Tanjung ke Warung ABC.

Inilah yang aku maksudkan, longkang di kawasan Jalan Persisir sedang diselenggara dan sudah pasti dalam beberapa hari lagi pemandangan di sini pasti akan berubah. Apa yang aku impikan selepas perubahan ini adalah akan muncul pula lanskap indah kerana kawasan di tepi itu amatlah luas dan terbiar kosong.

Ini adalah bukti kita di blog ini bukan sekadar omongan kosong, paparkan kisah yang benar-benar berlaku di depan mata dan lontarkanlah sebaiknya dengan niat kita mahu laksanakan tanggungjawab kita sebagai warga Tawau. Bukannya hanya memaki menyalahkan itu ini di laman sosial tanpa bukti sekadar sesedap jari yang menekan keyboard.

I love Tawau.

Comments

Powered by Facebook Comments

Filed in: 2010, Aduan Tags: ,

Recent Posts

Bookmark and Promote!

One Response to "Longkang di Jalan Persisiran Tawau dibaiki"

  1. budaini says:

    alhamdulillah…. terima kasih kepada pihak yg bertanggungjawab….

    Reply

Leave a Reply

Submit Comment

CommentLuv badge

© 2012 Puadede.Com. All rights reserved. XHTML / CSS Valid.
Proudly designed by Theme Junkie.