Live Concert At Tawau Lefthanded Comeback 2012

KAMI tidak pernah berpecah dan sejak ditubuhkan pada tahun 1979 kami kekal sebagai Lefthanded. Live Concert At Tawau Lefthanded Comeback adalah satu konsert jelajah Lefthanded dan kami memilih Tawau sebagai lokasi pertama jelajah konsert kami ini sebagai memberi penghargaan kepada peminat Rock di sini khususnya dan di negeri Sabah amnya. Demikian kata Man Kidal dalam Sidang Media konsert ini semalam.

Lefthanded masih kekal dengan line-up mereka iaitu Nash sebagai penyanyi, Man Kidal (gitar utama) Yan (Gitar Bass) dan Man Dayak (drum). Menurut Yan, Live Concert @ Tawau Lefthanded Comeback juga adalah konsert untuk mengenang kembali kenangan Lefthanded di Tawau yang ketika itu masih bersama-sama dengan arwah Samad. Kumpulan Lefthanded pernah membuat dua konsert di Tawau pada 1987 dan 1989.

Dua band pengiring akan turut menjayakan Live Concert At Tawau Lefthanded Comeback iaitu The Point Band dan sebuah band Tawau, Neolithic.

Taiko Media dan PM Studio adalah Penganjur konsert itu.

Info Live Concert At Tawau Lefthanded Comeback.
Lokasi: Dewan Masyarakat Tawau.
Konsert bermula: Jam 8 Malam
Harga Tiket: RM20
Mechandise : TShirt (RM25) Badge
Hotline: 0176116686 & 0128347727

Related Posts with Thumbnails

Komen Rakan FB

comments

Powered by Facebook Comments

Advertisement

2 Responses to “Live Concert At Tawau Lefthanded Comeback 2012”

  1. hafizaiman95 @ fizs

    Apr 30. 2012

    Tom? Kenapa bukan Man Dayak??
    hafizaiman95 @ fizs recently posted..Perhimpunan BERSIH Tetapi KOTORMy Profile

    Reply

    Maya reply on May 1st, 2012 3:19 AM:

    Terima kasih Hafiz, awak sudah perbetulkan kesilapan saya… Tom tu drummer lama mereka bah kan. Correction sdh dibuat.

    Reply

Leave a Reply

CommentLuv badge