Aku dapat merasakan pilihanraya semakin menghampiri kita. Jentera sudah pun dibariskan cuma perlu on lampu hijau, maka berlumbalah kesemuanya di litar masing-masing. Mungkin ada yang akan berlanggar, sengaja melanggar, tercabut tayar, break tidak makan dan tidak kurang juga terbabas di tengah jalan. Itu sudah lumrah orang politik bersaing.
Tapi apa yang berlaku, belum sempat menyaksikan apa-apa kemalangan, truck kontena irobot sudah berada di depan litar. Apa peranan irobot itu? Siapa mereka? Apa yang irobot ini lakukan nanti akan menjamin keselesaan dan ketelusan setiap kereta lumba itu beraksi di litarnya?
Ntahlah…

Cuma aku sebagai penonton yang telah membeli tiket, mahu menyaksikan aksi kereta lumba di litar itu beraksi dengan hebatnya. Aku boleh telefon, sms, tweet ketua team kereta itu kalau pemandunya kurang produktif, tidak handal mengawal keretanya atau mungkin sudah tua untuk bersaing. Yang aku tahu, aku mahu kereta itu beri kepuasan dan keriangan kepadaku yang sedang lenang duduk di kerusi dan berpayung.









Comments
Powered by Facebook Comments