Lee Chong Wei Tetap Wira Olimpik 2012 Kami

KALAH dalam perjuangan memberi erti kemenangan bermaruah buat pejuangnya. Biarpun hakikat kekalahan sememangnya pahit untuk diterima namun perlawanan akhir badminton lelaki Olimpik 2012 antara Datuk Lee Chong Wei menentang Lin Dan tidak mengisahkan tentang kekalahan.

Bagi aku dan juga rakyat Malaysia yang mengenali Datuk Lee Chong Wei, perlawanan yang berakhir dengan kekalahan apatah lagi dalam temasya sukan antarabangsa itu mengisahkan tentang perjuangan tanpa henti dengan melakukan yang terbaik untuk negara. Sememangnya ada nada kekecewaan dengan kekalahan Datuk Lee Chong Wei tapi nilai perjuangannya bagi aku, melebihi dari pingat yang dimenangi Lin Dan, musuh tradisinya.

Apa tidaknya, aksi yang dipamerkan begitu cemerlang… itu semua akui bukan. Pungutan mata 21-15; 10-21; 19-21 boleh menterjemahkan persembahannya dan itu bukanlah kisah mencalar maruah negara di gelanggang antarabangsa.

Apa kata Datuk Lee Chong Wei selepas perlawanan?

“I apologise to all the Malaysian people. I wanted very much to win the first ever gold medal for my people,”

“I wanted to win so much that it became too much pressure. Everyone at home wanted me to win.

“I worked very hard but what is done is done.”

Tawau juga bersama Datuk Lee Chong Wei.
Setiausaha Politik Ketua Menteri Sabah, Haji Nizam Ab Titingan

Ketua Pemuda Umno Kalabakan, Mohd Gasing Saling.

Tan Sri Liew Yun Fah.

Tawau Magic.

Sudirsuichi.com

Related Posts with Thumbnails

Komen Rakan FB

comments

Powered by Facebook Comments

Advertisement

No comments.

Leave a Reply

CommentLuv badge