1

Layakkah aku sertai Projek DJ2B

Baru sebentar tadi aku mengunjungi blog Cikgu Dahlia dari pautan facebook wasaber.  Aku tertarik dengan usaha Cikgu Dahlia untuk mempelbagaikan trafik ke blognya dan mahu pengunjungnya mendapat kebaikan untuk dikongsi bersama.  Bagi aku, projek DJ2B yang dibuatnya amat baik untuk bloggers termasuklah aku yang baru bangkit dari hibernasi blog yang panjang.

Persoalan yang wujud sekarang adalah, layakkan aku menyertai projek DJ2B anjuran Cikgu Dahlia ini? Lebih parah lagi, hari ini adalah hari tearkhir hantar penyertaan. Dari yang tertera dalam syarat-syarat penyertaan projek itu, dia meletakkan kriteria calon perlulah mempunyai blog berumur 3 bulan ke atas (yang ini aku pass) tapi yang kedua tu  buat aku 50-50… kenapa?

Reasonnya kerana aku baru mengetahui blog cikgu dahlia ini atau mungkin aku tidak perasan pernah berkunjung tapi sekadar menjadi silent reader blog cikgu dahlia itu. Cikgu, aku betul-betul tidak pasti ni, layakkan aku sertai Projek DJ2B itu? Apa pun jawapan cikgu, aku tetap optimis… biar gagal asal optimis (sankai aku copy kejap ya ayat penyedap hatimu ini).

Abaikan dulu kelayakan di atas, yang penting jangan mengalah sebelum mencuba.. belum cuba belum tau layak atau tidak. Bagaimana mahu menyertai projek DJ2B cikgu Dahlia ini… Katanya, perlu sertakan analisis trafiknuffnang selama seminggu dan terkini blog aku. Kalau yang ini mudah sangatlah kan… ok gambar di bawah adalah screenshoot trafik blog aku.

Memang dah ciput pengunjung blog aku, ni baru naik sedikit sebab baru mula aktif balik selepas aku berhibernasi dari blog. Lagipun sudah lama tidak “berclubbing” (blogwalking malam-malam)… Banyak lagi alasan kenapa kejadian ini boleh berlaku tapi senang cerita, aku tidak mahu kaya dengan alasan tanpa mahu berubah untuk maju.  Cikgu, aku perlu manfaatkan projek DJ2B ini untuk kembali ke track asal aku yang dulu dan mencipta lagi banyak kejayaan berbanding yang dulu, insyaallah.. amin.

Soal trackback tu, cikgu jangan bimbang, you deserve to crown it.

Comments

Powered by Facebook Comments

Filed in: 2010, Blog

Recent Posts

Bookmark and Promote!

One Response to "Layakkah aku sertai Projek DJ2B"

  1. Kreatifbuzz says:

    Itu yang terbaik! semoga berjaya :)

    Reply

Leave a Reply

Submit Comment

CommentLuv badge

© 2012 Puadede.Com. All rights reserved. XHTML / CSS Valid.
Proudly designed by Theme Junkie.