2

Latihan Industri di Tawau

Petang tadi aku dikunjungi Sally dan Nonong yang dahulunya aku gelar pelajar nakal terhebat di Tawau. Aku gembira, meskipun masa 3-4 tahun berlalu dengan pantasnya mereka masih mengingati dan mengunjungi aku, bersenda-gurau denganku, bercerita laksana tiada apa yang berlaku dengan kehilangan mereka yang 3-4 tahun itu.

Al-kisahnya, Sally si pelajar nakal terhebat di Tawau ini berhajat mahu aku menerimanya membuat Latihan Industri di Tawau di premisku. Dia memilih tempatku bukan kerana aku adalah pilihan terakhir gara-gara tidak laku, tapi Sally si pelajar nakal terhebat di Tawau ini mahu mempraktikkan apa yang dibelajarnya in the right place.

Kenapa Sally si pelajar nakal terhebat di Tawau ini mahu Latihan Industri di Tawau?

Sally si pelajar nakal terhebat di Tawau ini memberitahu aku dia mahu Latihan Industri di Tawau kerana:

  1. Jimat kos (tempat tinggal dan makan minum ditanggung keluarga),
  2. Dia mahu hilangkan status pelajar nakal terhebat di Tawau,
  3. Dia mahu test job market Software Engineering di Tawau

So setelah menilai 3 reason di atas, aku dengan berat hati menjelaskan 3 perkara kenapa dia tidak boleh Latihan Industri di Tawau, di premisku:

  1. Aku kurang arif dengan Software Engineering,
  2. Aku tidak melihat dari aspek yang macam mana  aku boleh memperkembangkan ilmu yang dia ada,
  3. Aku bukanlah the right place untuknya.

Dengan perasaan yang sedikit hampa, dia terpaksa akur dengan keputusan aku. Tiba2 aku terkenang kenakalan Sally ini 3-4 tahun yang lalu, pernah mengheret maknya semata-mata mahu kenalkan aku dan premisku sebagai  tempat yang dia selalu habiskan masa selepas balik dari sekolah. Maknya pun pernah berkata, kalau ada apa-apa yang tidak baik berlaku, maknya akan cari aku.

Jadi atas kesedaran aku sebagai orang yang pernah dipertanggungjawabkan maknya sebagai “pembimbing” satu masa dulu, aku tidak mahu Sally si pelajar nakal terhebat di Tawau balik dan memberitahu berita hampa itu kepada maknya.  Aku tahu, memang susah untuk mencari the right place dalam bidang yang dipelajarinya kerana berapa keratlah syarikat ataupun badan kerajaan yang boleh dia melengkapkan Latihan Industrinya.

Pastu aku call beberapa kawan, then she so lucky, dia akan melaksanakan tugasan Latihan Industrinya di Klinik Famili yang dikategorikan sebagai klinik yang sukses atas sokongan dan kerja keras IT department yang amat praktikal sistem pengendalian kliniknya.

Good luck Sally, lepas ni ko bukan lagi si pelajar nakal terhebat di Tawau tapi sudah pasti ada gelaran baru akan kuberikan padamu bila tiba masanya. Thanks Zul, thanks Azmi, thanks Klinik Famili.

Comments

Powered by Facebook Comments

Filed in: 2010, Berita Tags: ,

Recent Posts

Bookmark and Promote!

2 Responses to "Latihan Industri di Tawau"

  1. Kreatifbuzz says:

    eh! sama! Plajar IT juga..cuma baru lepas dr praktikal..

    Gud luck dr saya jugak! wink2*

    Reply

  2. sankai says:

    mungkin secara sedar atau tidak sedar, kita punya ramai contact yang boleh di harap kan sis.?? hehhehe..

    btw, kirim salam sama sally. incase dia perlukan pertolongan, abang sankai sentiasa ada..hehhehe…

    Reply

Leave a Reply

Submit Comment

CommentLuv badge

© 2012 Puadede.Com. All rights reserved. XHTML / CSS Valid.
Proudly designed by Theme Junkie.