Majlis Perbandaran Tawau (MPT) sejak akhir-akhir ini sedang giat melakukan beberapa kerja-kerja pembersihan, pembaikan dan penambahbaikan beberapa infrastruktur di bandar Tawau. Pekerja kontrak lantikan MPT kini sedang giat mengendalikan kerja pembaikan longkang-longkang, parit, membersihkan tangga-tangga bangunan, pemotongan rumput dan mengurus lanskap di sekitar bandar Tawau. Pekerja-pekerja membersihkan sampah pun semakin ramai yang keluar di waktu pagi dan lewat petang.
Adakah anda perasan bahawa MPT kini sedang membina satu lanskap baru yang bakal menjadi mercu tanda Tawau di bulatan Jalan Dunlop menghala ke Pasar Tanjung Tawau?
Kalau diperhatikan, lanskap yang bakal dibina ini agak unik dan tidak salah untuk aku mengatakan bahawa lanskap baru ini bakal menjadi mercu tanda baru Tawau bila ianya siap nanti. Kenapa aku mengatakan sedemikian adalah kerana lokasi lanskap ini menjadi laluan utama kerana berdekatan dengan lanskap ini letaknya Pasar Tanjung Tawau dan Pasar Ikan Tawau. Boleh tanya pakcik Google Map kalau nak detail lokasinya.
Setakat ini Tawau, hanya mempunyai lanskap bulatan di Jalan Apas Batu 4 yang meletakkan keris objek hiasannya. Di bulatan menuju Kampung Titingan juga terdapat bulatan sebegini yang menempatkan sebuah jam sebagai hiasan utamanya. Tapi apakah agaknya objek yang bakal dibina di bulatan Jalan Dunlop ini?
- Koko,
- Kelapa Sawit,
- Udang,
- Tongkolok,
- Amplang,
- Buaya,
- Piring Duralex.
Imagine saja,beginilah keadaannya:
Anything happen… I still love Tawau.
p/s: Kakak Adry cakap mungkin biawak
Comments
Powered by Facebook Comments

















yang piring duralex tu ndak bisa ku terima! hahahaha…
Reply
napa ada piring duralex?? boleh myn tau??
Reply
Maya reply on December 18th, 2010 10:59 AM:
sebab di Tawaulah paling terkenal piring Duralexnya
Reply
myn reply on December 21st, 2010 10:26 AM:
heheh yah kan wkwkwk… dakda tempat len …
lau buaya n tengkolok pulak??
Reply
Maya reply on December 21st, 2010 12:00 PM:
kalau yg tengkolok, itu kesinambungan kisah dari keris di batu 2, macam set persalinan di raja
Amplang !
Reply
Mercu tanda nya adalah IKAN BAULU.. hahaaaaa..
Reply
semuanya ndak ngam…yg paling sesuai simbolnya nasi kuning dalam bentuk bukit,barulah mercu tanda tawau yg dikatakan lain dari yang lain.:-)
Reply
cantikynyaaaaaaaaaaaaaa…
Reply
Assalam alaikum
Mercu tanda? Itu sesuatu yang bagus. Tetapi mercu tanda yang hendak bakal dibina itu perlu mempunyai erti dan makna, atau “pengisian falsafah.”
Jika kita berjalan-jalan santai di Persiaran Traulsen, rasanya banyak “mercu tanda” yang tidak “bermercu.” Tidak terurus, kotor dan menyakitkan mata apabila dipandang. Duit tentulah banyak ditabur. Tetapi hasilnya tidak seberapa.
Adalah bagus sekiranya mercu tanda yang hendak dibina itu berkonsepkan Tawau sepenuhnya – budaya dan seni masyarakat Tawau yang serba unik.
Saya amat tersentuh apabila kawan perempuan saya dari luar negara melawat Tawau, katanya, Tawau kotor! dan tidak terurus. Tiada mercu tanda yang boleh dijadikan ikon Tawau. Nasib baik Tawau ada alam sekitar semulajadi yang boleh dibangga syukurkan.
Oho, aku lebih suka mercu tanda replika kapal layar. Kapal layar-sudah semestinya “Bugis Schooner” yang terkenal itu!
Tidak kisah apa sahaja mercu tanda. Apa yang penting ia bermakna dan berharga untuk tatapan generasi abad ke-31 Tawau pada masa akan datang.
Wassalam
Adieu…
Reply
Oh ya, saya cadangkan kapal layar sebagai mercu tanda Tawau yang sesuai. Jika ada sesiapa yang hendak tahu mengapa saya mencadangkan sedemikian, jadikan Puapuadede sebagai platform untuk kita berforum. Saya bersedia untuk menerangkan secara asas dan falsafah.
Adieu…
Reply
lama dah tak ke Tawau..
tak sabar melihat hasilnya..
Reply
haha..kalau biawak, xtau la pa macam design-nya tu nnt..
Reply