Kepada pengguna jalan raya yang setiap hari akan menyesakkan kawasan bandar Tawau, ini satu pembaharuan yang kamurang perlu ketahui. Lampu isyarat baru di Jalan Dunlop Tawau perlulah anda patuhi kalau tidak, pasti ada saman ekor membubut kamurang. Di mana letaknya lampu isyarat baru Jalan Dunlop Tawau?
Petang tadi masa dalam keadaan demam, aku mengagahi diri untuk ke bank, selain menyiapkan urusan yang ada, dapatlah aku mengeluarkan keringat. Bila lalu di hadapan bangunan Majlis Perbandaran Tawau yang kini dalam persiapan menyambut tahun baru, langkahku tidak ke sana kerana kemungkinan ada paku atau benda lain yang menantiku di sana. Then aku menuju ke perhentian bas. Tiba-tiba aku terpandang ada sesuatu yang berlainan dari yang biasa… ya Jalan Dunlop kini ada lampu isyarat baru.
Seperti yang semua maklum jalan ini sememangnya berbahaya kepada pejalan kaki yang mahu melintas jalan ke sabindo squere atau sabindo plaza jadi dengan berfungsinya lampu isyarat ini kelak, ianya akan menyelesaikan masalah tersebut.
Mungkin juga langkah mendirikan lampu isyarat di Jalan Dunlop ini juga akan menjadi penyelesaian kepada kesesakkan jalan raya yang sememangnya teruk di kawasan ini, almaklum sajalah, Jalan Dunlop adalah laluan utama keluar masuk kenderaan di bandar Tawau ini.
Apa pun tahniah kepada pihak yang terlibat dalam menstrukturkan pembangunan Tawau kerana perubahan ini sudah pasti telah dikaji dan diteliti keberkesanannya.
Komen Rakan FB
Powered by Facebook Comments








BlueGene
Dec 27. 2010
Assalam alaikum
Tuan Maya & Tawauian “fellow”
Bandar Tawau merupakan sebuah bandar yang tidak seberapa susun aturnya walaupun ia antara bandar di Malaysia yang amat strategik letakan lokasinya berdasarkan perkiraan geografi.
Susun ataur bandar Tawau yang tidak seberapa itu adalah kesan daripada pembangunan yang dilaksanakan tidak dirancang dengan sebaik mungkin. Maka sebab itu Tawau memerlukan lampu lalulintas yang sinonim dengan panggilan lampu trafik atau lampu isyarat yang banyak.
Selain mengelakkan kesesakan lalulintas atau kesesakan trafik, jalan-jalan utama bandar Tawau memerlukan kehadiran pihak berkuasa seperti Polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Bergantung sepenuhnya kepada lampu isyarat sahaja tidak mencukupi terutamanya diwaktu puncak trafik.
Seterusnya, selain lampu trafik, jalan-jalan utama bandar Tawau memerlukan laluan khas untuk penunggang motorsikal, pejalan kaki dan laluan khas untuk pemandu kenderaan Orang Kelainan Upaya (OKU). Ini adalah untuk mengelak berlakunya aniaya trafik seperti langgar.
Untuk pejalan kaki, jalan-jalan utama seperti Jalan Dunlop yang mana menjadi laluan utama pejalan kaki perlu ada jejantas atau jejambat. Jejantas amat berjasa sewaktu trafik mengalami puncak. Ia juga dapat mengelakkan kemalangan maut di kalangan pejalan kaki.
Bagi mengatasi kesesakan lalulintas di bandar Tawau, selain lampu isyrat ialah pemanduan yang berhemah, pemantauan pihak berkuasa, Polis dan JPJ. Tanpa pemantauan, lampu isyarat bakal menjadi “mangsa langgar” pemandu liar atau pemandu yang kurang tahap kesedaran siviknya.
Apa yang saya harapkan ialah pihak Majlis Perbandaran Tawau (MPT), pihak Polis, pihak JPJ, pihak NGO seperti Rotary Club Tawau, memainkan peranan dalam memupuk “Cintailah dan Sayangilah lampu isyarat kita.” Maka lampu-lampu isyarat yang baru dipasang ini tidak mengalami kerosakan akibat vandalisme orang-orang Tawau yang tiada tanggungjawab sivik.
Lampu isyarat-isyarat di bandar Tawau juga perlu dipantau dari semasa ke semasa oleh pihak yang berwajib. Untuk memastikan ia dapat berfungsi dengan baik atau tidak berdasarkan prinsip “safety first.”
Adiue…
P/S Saya lebih gemarkan polis trafik dengan isyarat ayunan tangan selain berupaya menyaman pesalah lalulintas.
Reply
Maya reply on December 27th, 2010 10:46 PM:
Setiap komen yang tuan karang wpon panjang saya tetap seronok membacanya, sama jugalah dengan blog tuan, wpon sinis tapi saya teliti positifnya.
Berkenaan lampu isyarat ini, tidak banyak yang perlu diperkatan kerana bagi saya, berdirinya lampu isyarat itu di kedudukan itu mempunyai sebab2 yang telah dikaji oleh pihak yang bertauliah lagi berpendidikan. Sebagai penggunanya kelak, saya cuma berharap ianya dapat berfungsi dengan baik dan tiada lagi upacara pecut ketika mahu melintas jalan di sana.
Oh ya kalau di bandar2 lain selalu tinguk JPJ saman pejalan kaki.. tapi di sini belum ada lagi.. atau sayakah yang tidak perihatin dalam hal ini?
p/s: saya suka tinguk adegan JPJ dgn pesalah
Reply
Gen2Merah
Dec 27. 2010
wahhh.. bagus lah kalau macam tu. at least kita boleh menyeberang dari Sabindo dan Fajar dengan mudah. Tau lah, kawasan situ kereta laju2… huhuu
Reply
Maya reply on December 27th, 2010 10:48 PM:
yabah kan… bikin takut bah ni kawasan. sama2 kita manfaatkan pembaharuan ini nanti demi kebaikan bersama.
Reply
mastura s. ayed
Dec 28. 2010
ia…bagus juga tu, kalau tambah buat jejantas lagi bagus..
Reply
zaid
Dec 29. 2010
bagus tu pasang lampu isyarat di jln dunlop, untuk kebaikan pejalan kaki melintas…
Reply
han
Feb 09. 2011
bila mo buat jejantas d islamiah ni?
Reply
miesa
Feb 12. 2011
ok la tu
jd x sdh kita takut2 mo limpas
keta laju btl ba d ctu
lau da ada lampu tu ok la
Reply