0

Laman Sosial Sebagai Jentera PRU13

Sebelum ini aku ada menulis mengenai pilihan jentera penggerak kempen untuk pilihan raya ke 13 yang semakin terasa kehadirannya tahun ini.  Dalam entry tersebut, aku ada mengkisahkan tiga pilihan iaitu medium Blog, Facebook dan juga Media. (boleh lihat di sini). Rupanya getar 3 pilihan ini dijawab satu kenyataan Adun Sedili, Johor, YB Rasman Ithnain dalam Sinar Harian keluaran 6 Mac 2011.

Katanya, peranan laman sosial bakal membentuk 60-70 peratus kegiatan berkempen parti-parti politik dalam pilihanraya 13 akan datang ini. Maknanya kekuatan pengaruh laman sosial bakal menentukan penyampaian maklumat sepanjang musim kempen nanti. Dalam kempen pilihanraya kecil Merlimau dan Kerdau, senario ini sudah berlaku.

Pengumuman penggunaan laman sosial itu juga dimuatkan dalam akhbar di mana calon BN dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Merlimau, Roslan Ahmad, melancarkan akaun Facebook peribadi dalam usahanya mendekati masyarakat.

“Saya melancarkan Facebook untuk membolehkan pengunjung rakan-rakan Facebook yang berminat mengetahui aktiviti sepanjang tempoh berkempen terutama golongan belia yang aktif menggunakan media baru itu,” katanya.

Kalau di Tawau ini, kesemua pemimpin memiliki akaun di laman sosial cuma malangnya ada yang aktif dan ada pula macam suam-suam kuku. Mungkin mereka belum melihat potensi ini dan mungkin juga masih sedang membuat kajian sambil mempelajari kemudahan ini.

Petikan akhbar Sinar Harian

Peranan besar media sosial

SENAI – Wadah Internet dijangka memainkan peranan lebih besar dalam bidang politik, malah sebahagian besar pemimpin tempatan meramalkan ia bakal membentuk 60 hingga 70 peratus kegiatan berkempen parti-parti politik dalam pilihan raya umum akan datang.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sedili, Rasman Ithnain berkata, kempen menerusi media tradisional seperti radio, televisyen dan akhbar serta sesi bertemu rakyat masih dikekalkan dalam perancangan kebanyakan strategi kempen.

“Namun kita tidak dapat menafikan bahawa penggunaan Internet boleh meningkatkan keterampilan ahli politik dalam memancing sokongan dan undi, baik menerusi laman berita alternatif dan blog mahupun media sosial,” katanya.

Beliau berkata, pengaruh media sosial dalam arena politik Malaysia tidak harus diperkecil, sebagaimana disaksikan pada beberapa pilihan raya lalu.

“Pilihan raya akan datang sangat panas dan saya akan mengatakan bahawa 60 peratus daripada kempen politik di daerah-daerah bandar dengan sambungan Internet tinggi akan menerusi media sosial.

“Kebangkitan parti pembangkang sejak beberapa tahun lalu adalah disebabkan Internet, khususnya laman blog. Walaupun ketika itu penggunaan media sosial baru semakin meningkat dan orang ramai masih berada dalam laman Friendster dan bukan Facebook, mereka sudah menggunakan media sosial secara meluas untuk menerima dan menyebarkan maklumat,” katanya.

Sementara itu, ADUN Maharani, Dr Mohamad Taslim berkata, wadah media sosial itu boleh membawa kesan mendalam terhadap pergerakan politik masa kini di Malaysia kerana ahli-ahli politik di negara ini sedang berlumba- lumba mendekati rakyat melalui rangkaian sosial itu.

“Rakyat akan lebih peka untuk melihat pandangan-pandangan pemimpin -pemimpin ini melalui (laman) rangkaian sosial, dan ia juga akan menjadi medium penentu dalam keputusan pengundi semasa pilihan raya umum ke-13 nanti,” katanya.

Comments

Powered by Facebook Comments

Filed in: 2011, Politik Tags: 

Recent Posts

Bookmark and Promote!

Leave a Reply

Submit Comment

CommentLuv badge

© 2012 Puadede.Com. All rights reserved. XHTML / CSS Valid.
Proudly designed by Theme Junkie.