Baca tajuk pasti sudah tahu kan… aku sudah lama tidak berblog atas banyak sebab dan ada diantaranya sebab2 itu tidak munasabah bagi blogger tegar. Di sini aku bukan mahu beri alasan kenapa lama tak berblog, tapi aku sebenarnya mahu mencatatkan apa yang mengembirakan aku this lately.
Cewah macam happy ja kan ayat aku… Bukan apa, benda2 yang best pasti kita nak share, kalaupun ianya tidak memuaskan hati orang yang membacanya (macam kamu yang tengah membaca ini), yang paling important, aku happy, kerana aku mencatatkan sesuatu untuk aku baca di masa akan datang.
Aku happy bila adik aku dah balik menetap di sini. At least ada orang kedua yang akan menjaga mak bapa aku bila aku terlepas pandang, bila aku perlu memberi komited yang lebih pada perniagaan aku. Cerita pasal adik aku, dia sebenarnya telah berhenti kerja untuk mencapai apa yang dia mahukan dalam hidupnya. Minatnya mahu berniaga dan kami sekeluarga sememangnya memberi sokongan 100%. Kerja makan gaji sememangnya sedikit sebanyak menghalang potensi diri seseorang untuk maju apatah lagi komited kerja yang selalunya terbeban kepadanya…biasalah, bila dah kerja, macam2 kena jaga dan macam2 yang mengikat, terutamanya masa dan etika kerja. Nampaknya dik aku sudah mengikuti jejak aku…
Adik aku ni minatnya banyak tapi yang paling ketara dia suka masak… walaupun tidak semuanya sedap, tapi dia bersungguh2 melalui saat “try and errornya” tu. Pernah skali tu, dia masak mee bandung… guest mee bandung biasanya rasa macam mana? Tapi bila sudah 3-4 cubaan, mee bandungnya sudah mantap, terangkat lidah bila merasanya… hahaha so skarang ini, aku boleh makan mee bandung ala Muar dengan jayanya, sambil menambah lagi kapasiti tayar kat perut aku ni… hehehe!
Mak bapa aku happy dengan perkembangan kami adik-beradik. Bila sudah berkumpul, pasti terungkit semula kisah silam zaman kanak2 kami. Hidup kami sekeluarga sememangnya susah, mak bapa dulu kerja ladang di BAL dan kami empat adik beradik membesar dengan gaji hasil titik peluh mereka. So bila tiba Hari ibu tempoh hari, kami collect2 beli mak almari baju besar, sebesar yang dia impikan selama ini dan juga meja makan, muat untuk kesemua kami duduk makan semeja. Aku happy dan mampu tersenyum puas melihat mak gembira dengan semua itu. Alhamdulillah…
Cerita selanjutnya, aku mahu announce, aku kini sudah sah menjadi seorang NENEK… yaaaa aku sudah memegang status NENEK! Anak abang aku (yang suatu masa dulu dikatakan telah meninggal dunia) kini sudah dapat dijejak dan sudah berkeluarga yang mempunyai seorang cahaya mata (cucu aku lah tu kan). Abang aku yang telah berjaya mendapatkan nombor telefon anaknya itu begitu terharu dengan kejayaannya. Tidak habis di situ, seisi rumah aku pun turut berduka tapi dalam suasana gembira. Satu2 handphone berpindah tangan, habis kredit ganti pula telefon lain… dan mangsa paling enak ialah adik aku, sebab talian dia berdaftar! Apa pun, sekarang ini, semuanya tidak sabar menantikan detik untuk bertemu, Insyaallah dengan izinMU ya Allah.









Comments
Powered by Facebook Comments