LAGU Ramadan dari El-Suraya, sebuah kumpulan nasyid dari Medan, Indonesia sememangnya begitu sinonim dengan Ramadan. Menariknya lagu ini, ianya kekal segar dan sedap didengar kerana irama dan liriknya berkait.
Sebentar tadi, aku membaca komen di FB yang bertanyakan tajuk lagu tersebut. Cara dia bertanya dan jawapan dari user lain itu yang membuat aku tertawa (automatik ketawa). Apa tidaknya, soalannya dan jawapannya seperti ini:

Aku faham apa kemahuan si Arms ini dan aku mula mengirim mesej kepadanya beserta info lagu tersebut. Kepada Arms, lagu ini untuk kamu… salam perkenalan.
Selepas meletakkan pautan youtube di status FBku, abang Azlan memaklumkan aku bahawa kumpulan ini pernah membuat persembahan di Tawau sekitar tahun 1970-an. Kumpulan nasyid El-Suraya ini adalah antara pelopor muzik irama Arab di Indonesia dan banyak lagu popular dihasilkan antara yang aku selalu dengar : hidup ini bagai lampu dinding, bila izrail datang memanggil (selimut putih), bula haji kini tiba lagi… dan banyak lagi lagu mereka.
Lirik Lagu Ramadan : El-Suraya
Ramadan bulan yang suci.. (teooot- bunyi biola)
Rahmat berlimpah dari Ilahi
Banyakkan amal di bulan ini
Wajah Muslimin selalu berseri
Pintu syurga Tuhan bukakan
Pintu neraka Ia tutupkan
Dirantai hina segala syaitan
Ikhlas ibadat kepada Tuhan
Di bulan ini nuzulnya Quran
Lailatul qadar harus dicari
Amal mulia seribu bulan
Jangan lalaikan setiap diri
Hikmah puasa alangkah indahnya
Ingatlah nasib umat sengsara
Zakat fitrah tunaikan segera
Bersihlah diri orang berpuasa
Ramadhan bulan yang suci
Rahmat berlimpah dari Ilahi
Banyakkan amal di bulan ini
Wajah Muslimin selalu berseri
Klik icon untuk download lagu ini
![]()
Komen Rakan FB
Powered by Facebook Comments






Mus
Jul 26. 2012
dah jadi trend setiap kali bulan puasa..
kalau iklan kain mewah.. pun sama..
Mus recently posted..14 Bangunan Baru Yang Bakal Wujud Di Kota Kinabalu, Sabah
Reply