Berada di tahun 2012 ini, aku membayangkan semuanya mahu tampil bergaya lebih-lebih lagi dengan pelbagai gadget yang serba bermodel baru. Aku tidak kisah apa cara kamurang untuk online sebab aku mahu cerita benda lagi best untuk menjadi penjana trafik dan pengunjung tegar blog anda.
Lagi best memang sinonim dengan MyVi tapi bagi aku yang tidak mampu ini, aku pinjam dululah tagline itu untuk aku gunakan dalam memperkenalkan Lagi Best Tweet Old Post. Apa Tweet Old Post ni? Apa kegunaan dan kebaikan kalau menggunakan Lagi Best Tweet Old Post di dalam blog? Jangan bosan, mari aku jelaskan.
Tweet Old Post atau dalam bahasa Melayunya Menghantar Post Lama ke Twitter adalah satu plugin yang membolehkan anda mengwar-warkan follower twitter anda yang beribu-ribu itu mengenai blog post anda yang tiga empat tahun lalu. Ini semua dilakukan oleh plugin ini secara automatik, jadi tidaklah membazir masa dan tenaga untuk paste satu persatu link blog anda ke twitter.
Almaklum sajalah kan, twitter semakin ramai penggunanya, aku seorang di antaranya. Nak find aku mudah sajabah… twitter.com/puadede atau search @puadede… kalau nama puadede itu Maya Wahida, ya akulah orangnya. So, ada peluang, manfaatkanlah untuk berkongsi post anda yang lama itu kepada “rakan baru” anda di Twitter.

Cara installnya mudah:
- Download plugin itu di Tweet Old Post
- Upload dia ke file plugin
- Aktifkan di dashboard Wp plugin anda
- Masukkan twitter login
- Ubah setting ikut kemahuan anda
- dan try cuba testlah si Lagi Best Tweet Old Post ini.
Selamat mencuba.
Komen Rakan FB
Powered by Facebook Comments





