2

Kuasa Facebook di Tawau

Hanya dengan menulis aku berbakti adalah antara tagline yang pernah aku pegang untuk mengangkat dunia penulisanku di blog ini untuk aku persembahkan kepada rakan2ku di Tawau, adik2 yang mahu mengenal dunia blog di Tawau juga sebagai koleksi peribadi aku sebagai bloggers di Tawau.

Aku berblog kerana aku ingin berkongsi sesuatu yang berguna untuk orang di sekitarku terutamanya Tawau, tanah tumpahnya darahku.

Terlebih dahulu, aku ingin mengucapkan selamat berpuasa dan selamat beramal ibadat di bulan Ramadhan, bulan yang penuh dengan keberkatan yang tidak terdapat di dalam bulan-bulan yang lain. Saat entry ini aku tulis, puasa sudah menjangkau 20 hari dan insyaallah dalam 9 atau 10 hari lagi, maka kita akan berhari raya aidilfitri.

Ok, melalut panjang2 pun tidak guna, nanti sesiapa yang membacanya akan bosan tanpa menemukan apa Kuasa Facebook di Tawau yang ingin aku perkatakan. Siapa di antara kita yang selalu online tidak mempunyai akaun Facebook? Kalau ada, mungkin anda adalah antara seorang daripada jutaan pengguna laman sosial itu yang rutin hariannya adalah menyampaikan sesuatu peristiwa, keluhan, penghargaan, kelucuan, kesunyian dan sebagainya untuk dikongsi dengan kesemua senarai rakan anda. Itu belum lagi termasuk kumpulan yang disertai, tentu lebih banyak yang diperkatakan dan diperuntukkan masa untuknya.

Untuk tajuk ini, aku ingin menyentuh kuasa Facebook di Tawau melalui kumpulan yang disertai sahaja kerana apa yang aku mahu ceritakan sekiranya aku menumpukannya pada satu2 akaun personal warga Tawau yang berFaebook… terlalu ramai dan tentunya berjela2 panjangnya.

Kumpulan Facebook Mytawau.
Kuasa kumpulan ini amat luar biasa pengaruhnya, pelbagai citra warna suara warga Tawau boleh ditemui di sini. Ianya kini menghimpunkan 14, 791 orang dalam satu komunitu facebook. Apakah kuasa2 magic yang pernah dilakukan oleh kumpulan itu? Antara yang terhit adalah isu papan iklan wajah Perdana Menteri, Datuk Sri Najib Tun Abdul Razak yang disimbah cat, himpunan gambar banjir di Kampung Pasir Putih, ejen ads4buks dll… Kumpulan komuniti ini selalu mendapat perhatian dari semua pihak terutamanya para pemimpin Tawau, pegawai kerajaan dan semestinya kepada golongan belia.

Kumpulan ini diasaskan oleh Farock dan dibantu oleh admin yang kesemuanya dari Tawau Bloggers Unity dan lately seorang daripada mereka telah dikeluarkan dari senarai itu. Kumpulan itu kini diperkuatkan dengan kehadiran pengendali popular dan berpengaruh yang telah membawa Tawau.My sebagai laman radio online broadcasting untuk memperluaskan keberkesanan penyampaian maklumat melalui kumpulan mytawau itu.

Kumpulan Tawau Bloggers
Namanya sudah biasa dalam blog ini dan sebagai salah seorang admin di kumpulan ini, aku suka untuk mengatakan ianya sebuah kumpulan yang bertujuan menyampaikan sesuatu maklumat yang terkini untuk ahli2nya. Ianya juga menjadi medan alternatif yang terbaik untuk mencari trafik pengunjung kepada setiap ahli TBU. Dalam kumpulan ini juga turut dimuatkan gambar2 aktiviti TBU. Kini TBU mengusahakan kumpulan baru iaitu Tawaurian.

Kumpulan Kaki Outing Tawau.
Yang ni gempak skit, walaupun baru saja dimulakan, ianya menjadi medan perbincangan jurugambar pro, semipro mahupun langsung tidak tahu apa2 pasal photography di Tawau. Aktiviti di sini tentunyalah untuk berkongsi maklumat dan skil photography. Ianya menarik dan semoga maju jaya.

Kumpulan Media Tawau.
Seperti namanya, ianya mengumpulkan pengamal media samada wartawan tempatan dan nasional, DJ dan senangkatannya untuk berdiskusi dan berkongsi maklumat. Ianya sememangnya jalan terbaik untuk golongan ini berkongsi maklumat apatah lagi kongkongan masa yang selalunya membataskan pergerakan mereka… Tahniah.

Kuasa2 Facebook di Tawau yang aku nanti-nantikan.
1. Setiap pemimpin TELUS dalam mengendalikan laman facebook mereka.
Apa yang aku perhatikan, hanya sebilangan sahaja yang menjadikan FB sebagai medium terbaik untuk mendekati rakyat. Rata2 yang aku perhatikan hanya sekadar menerima jemputan menjadi rakan. Selepas melaksanakan satu2 program, ada “orang suruhan” yang akan uploadkan. Ada juga aku perhatikan, ianya dikendalikan oleh “orang suruhan”… Commonlah, FB ni semudah ABC123… Bukankah dari FB, pemimpin2 boleh menjawab mesej kebuntuhan rakyat meskipun hanya meluangkan masa yang sedikit setiap hari. Now everyoone has FB!

2. Untuk yang kedua ini, kalian cadangkanlah sebab aku masih mencari apa yang aku inginkan sekali dari kuasa FB di Tawau ini…

Update (1) 10 September 2010
Yb di Tawau semakin aktif berfacebook dengan meletakkan segala aktiviti mereka. Ianya perkembangan positif untuk warga Tawau.

Update (2) 10 September 2010
Menjelangnya hari raya telah memeriahkan lagi aktiviti facebookers dalam page mytawu dan tawaurian. Ianya ditambah lagi dengan pelbagai insiden menyedihkan yang berlaku di Tawau iaitu kebakaran di Pasir Putih dan 3 kemalangan jiwa.

Update (3) 10 September 2010
Puadede melalui entry Buras Bugis melonjakkan trafik dan bandwith web ini.

Comments

Powered by Facebook Comments

Filed in: 2010, Teknologi Tags: 

Related Posts

Bookmark and Promote!

2 Responses to "Kuasa Facebook di Tawau"

  1. brainwash says:

    tq maya… :-( . lidah dah terkunci,
    hanya mampu mengiyakan keadaan. yg pelik itu selalu mendapat perhatian dan pandangan berbeza2. terima kasih TBU

    Reply

Leave a Reply

Submit Comment

CommentLuv badge

© 2012 Puadede.Com. All rights reserved. XHTML / CSS Valid.
Proudly designed by Theme Junkie.