Konvensyen Media Sosial 1Malaysia di Tawau Rungkai Isu-Isu Di Sabah

Ada persamaan tetapi ianya tetap berbeza kerana Konvensyen Media Sosial 1Malaysia Sabtu lalu di Tawau merungkai lebih lanjut isu hangat politik Sabah. Ianya disampaikan Pembantu Menteri Kewangan Negeri yang juga Ketua Barisan Nasional Bahagian Tawau, Datuk Tawfiq DSP AB Titingan. Intipati isunya dipersembahkan dalam bentuk tayangan slide dan aku ingin berkongsi dengan anda apa yang disampaikannya.

1. Isu Royalti Petrolium Di Sabah.
Janji PR menaikkan royalti minyak petrolium dari 5% menjadi 20%. Manakala STAR pula berjanji akan naikkan ke 50%

Hakikatnya…

PELABURAN PETRONAS DI SABAH
Huluan: Berpuluh-puluh bilion RM telah dilaburkan oleh Petronas dan Syarikat Petrolium asing untuk meneroka dan mengeluarkan sumber minyak dan gas dari perairan Sabah.

Hiliran: Sipitang dan Kimanis telah dikenalpasti sebagai hab industri hiliran minyak dan gas di Sabah.

ANTARA PROJEK-PROJEK HILIRAN .

Projek Sabah Ammonia & Urea (SAMUR)
Kos RM4.5 bilion yang akan mengeluarkan 1.2 juta tan metrik setahun urea dan 740,000 tan metrik setahun cecair ammonia. Projek ini dijangka siap tahun 2015 dan memerlukan antara 3,000 – 5,000 pekerja yang terdiri daripada 80% anak-anak Sabah.

Projek Loji Tenaga Menggunakan Gas Kimanis 300mw bernilai RM1.5 billion dijangka siap 2013.

Sabah Oil & Gas Terminal (SOGT) bernilai RM2.4 billion dijangka siap 2014.

2. Isu Tanah Adat di Sabah.

Isu tuntutan tanah adat hangat diperkatakan apabila beberapa NGO dan parti politik turut sama mendebatkannya.

Persepsi masyarakat seakan-akan kerajaan negeri tidak peka terhadap isu tuntutan tanah adat anak negeri Sabah, sedangkan kerajaan neheri sentiasa proaktif untuk mencari jalan bagi membaiki hak milik tanah yang tersedia untuk anak negeri yang layak.

Takrifan Hak Tanah Adat Anak Negeri Sabah (NCR) – Di bawah Seksyen 14 Ordinan Tanah Sabah:

Seorang anak negeri boleh mengemukakan tuntutan tanah adat anak Negeri secara bertulis kepada PPHT di Daerah mana tanah kerajaan dimaksudkan terletak.

7  Kriteria Hak Tuntutan Tanah Adat Anak Negeri di Bawah Seksyen 15 Ordinan Tanah Sabah:

  1. Pemilikan yang sah melalui pendudukan atau pengusahaan tanah selama 3 tahun      berturut-turut,
  2. Tanah yang telah ditanam dengan pokok buah-buahan sejumlah 50 dan keatas pokok      dalam sehektar,
  3. Kawasan yang mempunyai pokok buah-buahan tumbuh berselerak, dan sago, rotan atau      apa-apa tumbuhan yang mempunyai nilai ekonomi dan dapat dibuktikan bahawa ianya      telah ditanam atau dijaga serta dinikmati hasilnya seolah-olah harta peribadi anak negeri      tersebut,
  4. Kawasan padang ragut yang aktif,
  5. Tanah yang telah ditanam atau dibangunkan dalam tempoh masa 3 tahun,
  6. Tempat-tempat penyembahan atau kuburan, dan
  7. Kawasan yang telah dijadikan laluan manusia atau haiwan dari sungai-sungai, jalan-jalan      atau rumah-rumah kemana mana kawasan yang disebut di atas.

GRAF PEMILIKAN TANAH DI SABAH

Berdasarkan statistik terkini, sejumlah 834, 399.61 Hektar (36%) telah diberi hakmilik kepada anak negeri Sabah samada dalam bentuk tanah hak milik MT/FR atau dalam bentuk ekuiti berbanding dengan 1,483,281.00 Hektar (64%) yang telah dikeluarkan hakmilik tanah melalui geran CL dan PL.

Statistik di atas belum mengambil kira keluasan 88,000 hektar tanah yang telah diwartakan di bawah Seksyen 78 Ordinan Tanah Sabah untuk tujuan simpanan kampung dan padang ragut dan begitu juga dengan keluasan 32,000 Hektar lagi tanah kerajaan yang telah dikenalpasti dan dirancang untuk pengeluaran geran Komunal pada tahun 2012 hingga 2013.

3. Isu Tanah Felda di Sabah.

Isu ini timbul dan dimainkan oleh pihak pembangkang berikutan dengan penyenaraian Felda Global Ventures Holding (FGVH) kononnya peneroka di Sabah akan kehilangan tanah rancangan mereka apabila proses penyenaraian ini berlaku.

Sebenarnya, penyenaraian FGVH tidaklah melibatkan tanah-tanah yang berpeneroka tetapi hanya melibatkan tanah-tanah komersil milik Felda Plantation di Sabah dengan keluasan 78,400 Hektar (Geran CL 115353314 di Tungku, Lahad Datu) dari jumlah 124,389 Hektar.

Isu-isu lain yang dibangkitkan termasuklah janji pembangkang bahawa tanah Felda di Sabah yang belum berpeneroka akan diberikan kepada anak-anak Sabah:

  1. 1979, Kerajaan Sabah berikan tanah seluas 209,393 Ha kepada FELDA untuk rancangan Peneroka Sawit
  2. FELDA hanya bangunkan 124,389 Ha dan selebihnya dikembalikan kepada Kerajaan Sabah.
  3. Tanah FELDA berpeneroka hanya 10,956 Ha dengan 1,647 peneroka.
  4. Mula 1 Jan 1990, FELDA tidak lagi ambil peneroka berikutan perubahan Dasar Kerajaan Malaysia yang memberhentikan pembiayaan kewangan kepada FELDA.
  5. FELDA wujudkan Ladang Komersil untuk membiayai kos pengurusan, pembangunan dan kebajikan FELDA.

Sebagai pampasan menukar status tanah di Sabah FELDA bayar pampasan berjumlah RM 306 Juta meliputi RM 153 Juta kepada Kerajaan Negeri Sabah ( 2006 – 2010 ) dan RM 153 Juta lagi disalurkan kepada SDO/FELDA Sabah.
Dana pampasan ini digunakan untuk Program Pembasmian Kemiskinan dan Program PPRT di Sabah.

Manfaat Penyenaraian FGVH Kepada Sabah.

Kerajaan Negeri Sabah bakal menjadi pemegang saham di dalam FGVH. Maknanya keranaaj Sabah juga mempunyai ekuiti tidak langsung terhadap ladang-ladang komersil Felda yang ada di Sabah. Pelabur-pelabur daripada Sabah termasuk Bumiputera juga boleh melanggan saham dan FGVH dan mendapat keuntungan dari hasil operasi Felda di Sabah.

Rakyat Bumiutera yang memiliki pelaburan dalam institusi amanah seperti Tabung haji, PNB dll yang seumpamanya juga berpeluang mendapat hasil dari operasi Felda apabila institusi tersebut diberi keutamaan untuk menjadi pemegang saham dalam FGVH.

Datuk Tawfiq juga ada menyentuh tentang Latar Belakang Politik dan Ekonomi Sabah dalam majlis tersebut yang menjelaskan kenapa ekonomi Sabah berubah dari kegagalan sistem penggiliran dan bila ekonomi Sabah berubah menuju kemakmuran.

Graf Simpanan Negeri Sabah Tahun 1963 hingga 2010

Graf Hasil Dan Perbelanjaan Negeri Sabah Tahun 1963 hingga 2010

Untuk mendapatkan salinan asal penerangan dari Datuk Tawfiq, anda boleh mendownloadnya di SINI

Related Posts with Thumbnails

Komen Rakan FB

comments

Powered by Facebook Comments

Advertisement

No comments.

Leave a Reply

CommentLuv badge