Konsert Fenomena Search 30 Tahun di Tawau.

Kisah 1

Membuka laman Metro sebelum ini mengejutkan aku kerana Yazit, pemain drum Search mengalami masalah kesihatan. Metro melaporkan “Yazit yang tetap bersemangat tinggi sekalipun menjalani proses dialisis dan tidak membawa ubat penahan sakit sewaktu konsert itu.” Mungkinkah ini konsert yang terakhir untuk kumpulan rockers lagenda tanahair ini? Jawapannya, tiada siapa yang tahu apatah lagi aku di kalangan peminatnya di Tawau ini.

Konsert Fenomena Search 30 Tahun di Tawau ini sesuatu yang aku anggap begitu berharga yang perlu semua peminatnya di sini manfaatkan. Apa tidaknya, dapat bersua dan mengabadikan potret kenangan bersama Amy, Nasir, Kid, Din atau Yazid boleh dihitung dengan jari… baru berapa kali. (melainkan di youtube, anytime pun boleh).

Seingat aku, Search hanya pernah datang ke Tawau pada 2004, Dewan Masyarakat Tawau full dengan rockers Tawau dari seluruh pelusuk tempat, rambut mengerbang panjang, seluar ketat koyak tengah dan bukan hanya lelaki tetapi sebilangan wanita juga berani menampilkan fesyen rocker itu. Tidak lama selepas itu, hanya selang beberapa minggu sahaja di bulan Disember itu, Search turun lagi ke Tawau tapi kali ini menjadi penghibur fun fair. Masa itu ekenomi sedang merundum, semua pun gawat… dan Search mendapat sambutan, peminat dari seluruh pelusuk Tawau juga turun. Aku rasa kerana kesetiaan dan kehangatan sambutan Search di Tawau inilah yang membuatkan Search terus memberi penghargaan kepada peminatnya di Tawau.

Apa taknya, pada 24 Julai 2010, sekali lagi Search disambut penuh makna dihati peminatnya di Tawau lewat jelajah Konsert Double Trouble bersama Wings. Kenangan terindah terukir lagi dengan pelbagai aksi istimewa untuk tatapan peminatnya, setiap bait lagu-lagu Search dinyanyikan bersama, memberi erti istimewa yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.

Istimewanya Search di Tawau.
Aku tidak pernah melihat mana-mana artis di Tawau yang boleh berkomunikasi sebaik Amy Search ketika berkunjung ke Tawau. Dia artis lagenda namun itu tidak menghalangnya untuk berlegar-legar di sini malah mengunjungi rombengan (bundle) semata-mata untuk mencari barang istimewa terutamanya pakaian dan jeans. Semua penjual disapanya, dibawanya berhibur, maka si punjual yang rata-ratanya adalah golongan makcik terasa begitu terharu dengan kesudian artis sepertinya menemui mereka.

Aku masih ingat sesuatu yang istimewa juga pernah dikatakan oleh Amy sendiri di atas pentas dalam konsertnya, dia dengan begitu mesra mengetahui siapa peminatnya di Tawau. Aga kareba Tawau… itulah perkataan keramatnya yang diucapkannya di hadapan peminat. Aga kareba Tawau bermaksud “Apa khabar Tawau” dalam bahasa Bugis kerana Amy tahu di Tawau ini peminatnya rata-rata adalah Bugis.

Sejarah Search padaku

Aku membesar dengan irama lagu rock, lagu-lagu Search dari album Cinta Buatan Malaysia hinggalah Gothik Malam Edan begitu segar dalam ingatan, dengar intro saja sudah standby untuk perasan menyanyi seperti Amy Search. Hari ini, meskipun pelbagai genre muzik meresapi jiwa anak muda di Tawau, namun itu tidak menghalang perkembangan kaloni muzik rock di Tawau. Diungguli dengan slot khas dalam Tawau FM, Janji Rock, irama rock sering berkumandang di Tawau, rock tetap rock meskipun pelbagai tanggapan pernah dilemparkan kepada mat rock.

Kalau berjalan santai hari Sabtu (di sini digelar hari remaja di Tawau) pasti ada yang menggayakan imej rock. Imej rock hari ini bukan seperti tanggapan zaman sebelumnya, imej rock hari ini berstatus rock bersih. Ini semua hasil pengorbanan yang bermakna Search yang sanggup memotong rambut mereka secara langsung di TV1 pada di oleh arwah Tok Mat

Pada November 1992, Search & Wings mencipta sejarah yang tidak dipinta apabila rambut mereka (Amy sahaja sebenarnya, termasuk Awie) digunting oleh Menteri Penerangan, Tok Mat, dalam satu siaran langsung oleh saluran RTM1. Lupakan pasal imej, sekarang siapa pun sudah pandai menggayakan imej Rock.

Related Posts with Thumbnails

Komen Rakan FB

comments

Powered by Facebook Comments

Advertisement

No comments.

Leave a Reply

CommentLuv badge