Selesai di Tawau, kini giliran Kuching pula digegarkan dengan kehangatan ulang tahun ke 30 Search. Peminat rock dari setiap pelusuk daerah Sarawak malah yang dari Brunei dan Kalimantan Indonesia sudah mula heboh dengan perancangan mereka untuk ke Stadium Negeri Sarawak. Segala persediaan telah dilakukan dengan teliti pihak penganjur, Universal Credential Sdn Bhd.
DUA hari lagi, segala yang dirancang bakal dipersembahkan kepada peminat. Search yang dibarisi Amy, Nasir, Yazid, Kid dan Din serta Firdaus keyboardist jemputan sudah berada di Hotel Riverside Majestic sebagai penginapan rasmi mereka awal pagi tadi. Aktiviti mereka pada hari pertama dipenuhi dengan sesi promosi, akan ke konti Cats FM juga ada sesi bertemu peminat.
ESOK, Search akan ke Masjid Jamek, Sarawak untuk menunaikan solat Jumaat dan selepas makan malam akan bergerak ke Stadium Negeri untuk sound check.
Pada 31 Disember, konsert akan dimulakan pada 8 malam dengan persembahan pembukaan oleh Masterpiece dan Tysha Tiar. Pukul 9 malam Search akan memulakan persembahan mereka dan dijangka akan berakhir pada 11.30 malam.
Komen Rakan FB
Powered by Facebook Comments

















Mus
Jan 16. 2012
menarik sekali pose gambar pertama tu..
Reply