5

Konsert Double Trouble Tawau

Ikuti kisah aku dan Konsert Double Trouble Tawau yang berlangsung di Kompleks Sukan Tawau pada 24 Julai 2010.

Baru terasa lega lesu badan setelah berehat dua hari.  Penangan Konsert Double Trouble Jelajah Borneo di Tawau, malam Ahad lalu memang berbisa.  Khabarnya, beberapa rakan aku pun turut ambil MC kerana terlalu penat menjadi kru Tawau Bloggers Unity (TBU) yang bertugas menjadi official media konsert.  Terima kasih rakan2 TBUku, apa khabar kamu hari ini.  Pagi tadi, aku sempat membuka laptop himpunan karya TBU dan hasilnya membuatkan aku tersenyum puas hati kerana inilah nilai kepuasan kami bekerja menjayakan Konsert Double Trouble di Tawau ini.

Bila berkumpul beramai2 seperti ini, buat kerja apa pun bersemangat jadinya, walaupun kami bukanlah yang terbaik malah serba kekurangan tapi aku berpuas hati menunaikan janji menjayakan konsert ini hingga ke saat akhirnya.  Konsert dua legasi rock tanahair ini berlangsung aman, tanpa kekecohan, tanpa pergaduhan seperti yang pernah berlaku dalam  sejarah konsert  yang pernah diadakan di daerah ini.  Untuk mengetahui apa sebenarnya yang kami lakukan sepanjang konsert ini, kalian bolehlah merujuk ke laman web TBU.

Aku dan Konsert Double Trouble Tawau.
Honestly dari aku, Konsert Double Trouble Tawau memberi makna yang unik untuk aku. Kenapa? Sebab dari konsert inilah aku menemui rockers2 Tawau.  Aku bukanlah peminat fanatik  Search dan Wings apatah lagi si pengumpul keratan akhbar artis-artis ini tetapi aku membesar dan mengikuti  perkembangan mereka sejak awal2 lagi.

(Aksi Amir -wartawan UB berlatarkan gondrong2 dalam konsert DT)

Kalau zaman 80-an ke 90-an, seluar ketat, sendat dan mampat serta koyak dengan baju tengkorak2, guns n roses yang paling popular akan kita temui di mana2 sahaja.  Lebih kontra lagi, rockers mestilah berambut panjang (gondrong dalam orang Tawau).  Dalam konsert DT ini, mereka yang berpenampilan sedemikian masih aku temui malah siap headbanging bersama alunan muzik  gemuruh, pawana, isi atau kulit, hukum karma, awang trasher… Uniknya, sang ibu dan bapa yang mencintai rock turut turun ke Stadium Kompleks Sukan Tawau bersama anak-anak mereka.  Umpama piknik pun ada sebab ada yang turut membawa tikar dan bakul penuh makanan ke konsert ini…


Ketibaan Search dan Wings
Seperti artis lain yang berkunjung ke Tawau, kedatangan mereka sememangnya amat dinanti-nantikan terutamanya peminat Search dan Wings. Konsert Double Trouble Tawau sebenarnya adalah destinasi kedua selepas DT di Limbang namun keletihan yang mereka tanggung tidak ketara dalam persembahan mereka. Jam 1 petang, flight MAS Wings dari Limbang tiba di Lapangan Terbang Tawau dan aku sempat update status facebook Selamat datang Search n Wing ke Tawau. [via Celcom SMS]. Begitu excited suasananya dan saksikan sahaja reaksi peminat.

Search dan Wings berikan yang terbaik kepada peminat Tawau.
Memang jelas niat dan misi Konsert Double Trouble Tawau adalah mahu menghiburkan rockers Tawau. Sepanjang 2 jam mereka memukau ribuan penonton dengan 20 lagu yang evergreen, dengan mempamer kehebatan ahli band mereka berentap malah begitu menghiburkan lebih2 lagi gelagat Awie mencuit hati peminat.

Ada dua perkara yang begitu menarik buatku ketika konsert ini iaitu detik Amy didukung macam baby sambil menyanyi dan ketika aksi Awie menjulang Amy.  Selain dua moment itu, sapaan Amy “Aga kareba, pok” yang membawa maksud “Apa khabar saudaraku” membuat sesiapa sahaja dalam konsert itu terpaku seketika.  Ditambah lagi ungkapan “aramaiti” turut dijadikan lirik dalam iringan muzik Search Wings yang sudah tentu menyampaikan betapa Search dan Wings mengenali peminat mereka di Tawau dan umumnya di Sabah. Dalam benak, betapa dekatnya mereka ini dengan peminat mereka di Tawau.  Sepanjang konsert yang pernah aku pergi di Tawau, belum ada yang “menackle” peminat mereka sedemikian rupa…

Update: Kisah selanjutnya ada aku tulis di SINI

Comments

Powered by Facebook Comments

Filed in: 2010, Hiburan Tags: ,

Related Posts

Bookmark and Promote!

5 Responses to "Konsert Double Trouble Tawau"

  1. Abdul Rahman Nordin says:

    Tapi malam tu kitaorang yang pegi tengok konset DT ni…….ada tension gak….pasal ape? search nampak dari persembahan mereka takde persiapan langsung kira up jadi je…..sound chek tak mantap jauh beza dengan wings berbanding kid dengan joe wings lebih mantap lagi dengan wings dengan petika gitar joe yang berapi dan mencengkanm….. search berbandingkan waktu sezaman era 88,89 dan 90 sebelum ini yang pernah saya lihat amat mantap sebab say dan kawan2 dari DVras Band memang cukup meminati search berbanding wings sebab search adalah lagenda kedua rock otai selepas sweet charity. Diharap masa akan datang kalau nak buat konsert tu panggil je search bagi back up kembali konsert mereka di tawau. Hidup rock otai malaysia…..Kami kumpulan DVras Band Kunak, Muidin, Mengu, Man,Mie,Ipin,

    Reply

    Maya reply on July 27th, 2010 4:40 PM:

    Insyaallah, saya akan ajukan permintaan dan komen anda ini kepada penganjur konsert DT di Tawau. Terima kasih kerana datang ke DT Tawau.. rock forever and ever

    Reply

  2. Amir Anuar says:

    maaflh sbb baru berkesempatan jln2 di sini.hehe.
    xsangka pl gambar ‘itu’ yg jd pilihan kak maya.kekeke…
    apa2hal pun, tahniah! team twu bloggers mmg best&sporting.
    hrp kita akan terus brkerjasama di dlm menyalurkn info2 terkini kpd warga twu&dlm ms sm mberitahu dunia luar ‘apa itu tawau’ (“,)

    Reply

    Maya reply on August 1st, 2010 12:34 PM:

    Thx to u too…
    Hanya dengan berblog kami berbakti… untukmu Tawau!

    Reply

Leave a Reply

Submit Comment

CommentLuv badge

© 2012 Puadede.Com. All rights reserved. XHTML / CSS Valid.
Proudly designed by Theme Junkie.