KL! Jawab soalan anak buahku…

KL! Jawab soalan anak buahku…

Aku masih lagi di Kuala Lumpur dan ini kali kedua ku tatap web blog ini sejak aku bercuti 3hb Julai.  Dengan mood seronoknya bercuti, ada lagi yang ingin aku kongsi untuk simpanan dan tatapan rakan pengunjung web ini.

Ini bukanlah kali pertama aku berada di sini, cuma yang berlainan adalah kali ini aku bersama ahli keluargaku termasuklah anak buah aku, darjah 5, yang mempunyai pengalaman kali pertama ke sini.  Aku ingin kongsikan beberapa pertanyaan dan ayat penyata yang membuat aku terfikir, kenapa dia perlu bertanya/ berkata seperti itu…

Pada mulanya, aku menganggap pertanyaan dan kata-kata anak buah aku ni sebagai hal yang remeh tapi semakin aku diasak pelbagai karenahnya, aku mula berfikir.  Anak buah aku ini rupanya kejutan budaya, dia baru merasa berada di tempat orang dan yang paling ketara, betapa banyak benda lagi yang belum diketahuinya.

  1. Kenapa lambat malam ni.
  2. Banyaknya kereta.
  3. Bestnya jadi orang sini kan, semuanya ada.
  4. Tingginya bangunan di sini, warna-warni.
  5. Rupanya keretapi tadi tu tidak ada drivernya.
  6. Kenapa naik bas perlu ada tiket?
  7. Kenapa orang di sini jalan macam berlari-lari? Apa yang dikejar?
  8. Kenapa ada orang tidur berdiri dalam bas?
  9. Ada TV di tengah jalan.
  10. Ramainya ninja (wanita Arab berjubah)
  11. … banyak lagi sebenarnya, tapi tak sanggup nak taip semua!

Kepada rakan-rakan yang tercari-cari hinggakan ada yang telefon, sms, sorrylah aku tidak inform kamurang awal-awal aku mahu ke sini.  Insyaallah, 14hb ni aku balik semula ke Tawau… ndak sabar aku mo makan sanggar Tawau.

Related Posts with Thumbnails

Ditulis Oleh Maya

Hasil tulisan saya ini adalah buah fikiran dan pendapat saya melalui pemerhatian dan penelitian saya sahaja. Sekiranya ada yang tidak kena, maafkan saya dan anda boleh Email Saya untuk keterangan dan pertanyaan lanjut.
Categorised under Am
Bookmark the permalink or leave a trackback.

5 Comments

  1. hehe.. welcome to KL maya.. waaa.. mmg percutian ba ni.. pigi genting, melaka dan siap naik jejantas KLCC lagi tu.. skrg ni mmg ramai ‘ninja’ di KL ni sebab bulan 7-8 adalah arab season.. aku kemarin p sunway piramid pun ‘terkejut’ sbb nampak ramai makhluk Allah berpakaian serba hitam berpeleseran d situ.. cuma yg aku pelik kan.. kaum wanita punya la tutup semua.. tapi lelakinya ramai yg pakai shorts.. knp tu ya?
    jgn lupa appointment kita ni malam ya.. aku spend makan.. bawak anak buah ko sekali..

    Reply

    Maya reply on July 12th, 2008 4:04 PM:

    Yabah kan, tu ninja ada yang pegang tangan juga aku nampak dengan lelaki hidung tinggi pakai seluar pendek.

    Ndak bah aku lupa budi… soal makan bah ni, mana boleh lupa… hahah

    Reply

    12/07/2008 @ 9:32 AM
  2. balik tawau nanti maya mau belanja makan sanggar…..

    kan maya kan…

    hehheehehe…

    Reply

    Maya reply on July 12th, 2008 4:05 PM:

    Tunggu jak sankai, aku rindu sanggar Tawau.

    Reply

    12/07/2008 @ 11:54 AM
  3. mayaaaaaaaaaaaa
    bestnya berjalan2 di sana
    ndak goyang2 ka?
    hehehehehehe
    ingatkan bercuti sendiri2
    rupanya satu family
    so bisnes di sini tutp buat sementara waktu ka?
    hepi holiday
    and selamat kembali ke tawau!! :d

    Reply

    Maya reply on July 15th, 2008 11:29 AM:

    Goyang2 rules…. Tatap goyang punya… Hahaha
    Aku dah balik Tawau, biz dah jalan macam biasa…

    Reply

    14/07/2008 @ 11:02 AM
  4. lagi satu maya, sis mau minta tulung past edit comment tu
    sis dah intalled tapi nda jd mcm maya pun
    nt tolong ya

    Reply

    Maya reply on July 15th, 2008 11:28 AM:

    Bisa diatur…

    Reply

    14/07/2008 @ 11:04 AM
  5. Lama jugak ko mengambur d kl ne…

    Reply

    Maya reply on July 17th, 2008 4:29 PM:

    Manada lama, 11 hari ja bah

    Reply

    15/07/2008 @ 2:34 PM

Post a Comment

Your email is never published nor shared. Required fields are marked *

*
*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv Enabled

or