4

Kisahku sepanjang 2010

Nampaknya 2010 akan meninggalkan kita tidak lama lagi. Kisah 2010 ini sengaja aku muatkan bagi mengimbau kandungan penulisanku sepanjang 2010 di dalam blog ini.  Tahun 2010 ini aku akui aku tidak banyak menulis iaitu hanya memuatkan 110 post, 580 komen dengan 100,219 pengunjung dan 2,811,962 hits.

Entry paling hot sepanjang 2010 di dalam blog ini adalah mengenai projek resepi makanan Bugis iaitu buras, tumbu, ayam masak lengkuas yang senantiasa menarik pengunjung masuk ke blog ini. Menjadi tradisi bagi blog ini akan menjadi pilihan utama bila tibanya masa perayaan hari raya kerana resepi yang aku tulis di sini adalah resepi asli daripada orang tuaku. Lebih menarik lagi, aku persembahkannya dengan paparan gambar yang jelas step by step.

Selain itu, tiga tutorial lengkap membina blog di hosting, tutorial pindah blogspot ke wordpress hosting dan panduan membeli hosting dan domain murah turut menyumbang trafik yang baik ke blog ini sepanjang 2010. Aku sebenarnya bukanlah orang yang tepat untuk mempelajari dunia web design ini, aku sekadar berkongsi ilmu untuk memberi panduan kepada mereka yang baru mahu berbloh di hosting dan domain sendiri. Alhamdulillah, rezeki keyword menjadi.

Memang tidak dinafikan bahawa laman jaringan sosial banyak mempengaruhi click visitor ke blog ini contohnya beberapa entry yang aku rujukkan kepada FB untuk dikongsikan bersama. Ternyata selepas percubaan itu, visitor mencurah-curah datang meskipun mereka memilih untuk menjadi silent readers hinggakan wujudnya baik buruknya silent readers.

Yang menariknya tahun ini terletak pada kenangan setiap kejadian yang aku lalui. Tahun 2010 meninggalkan kesan yang berbaur lewat peristiwa aku dalam konsert double trouble, perjalanan aidilfitri ke Lahad Datu, kisah aku dihire Nuffnang ke Stompin Sabah di Kota Kinabalu, mengikuti pelbagai aktiviti di sekitar Tawau juga pastinya pengalaman ketika menghadapi kemarau bulan Februari-Mac 2010.

Kata orang pengalaman itu boleh mendewasakan pemikiran kita dan itulah yang aku kutip dari setiap peristiwa itu. Sahabat-sahabat yang senantiasa memberi dorongan kepada aku sepanjang berblogging 2010 ini semamangnya amat aku hargai… tanpa nasihat, cadangan atau strict forward word yang memang panas didengar tapi nikmat hasilnya, aku tidak akan dapat meletakkan puadede sebagai blog yang sudah bertahan hampir 3 tahun.

Terima kasih atas segalanya, Selamat Tahun Baru 2011.

Comments

Powered by Facebook Comments

Filed in: 2010, Blog Tags: 

Recent Posts

Bookmark and Promote!

4 Responses to "Kisahku sepanjang 2010"

  1. sankai says:

    2 juta page view setahun.?? fffuuuuu….aku setengah pun ndak sampai kesian..T___T

    Reply

    Maya reply on December 31st, 2010 6:31 PM:

    rezeki ba :)

    Reply

  2. mrs mikko says:

    naaa..
    untuk tahun baru lagi..
    kasi info2 sma tutorial mnarik lg..
    ;)

    Reply

Leave a Reply

Submit Comment

CommentLuv badge

© 2012 Puadede.Com. All rights reserved. XHTML / CSS Valid.
Proudly designed by Theme Junkie.