Kisah2 hari raya 2008

Hari pertama online selepas berhari raya, terlalu banyak yang terlintas difikiran untuk dikongsi bersama… sepanjang 8 hari 1001 macam cerita yang ada, dan tentunya tentang kisah-kisah berhari raya bersama keluarga, rakan-rakan, tetamu yang berkunjung dan sebagainya…

Kisah satu.
Alkisahnya seminggu sebelum raya, gara-gara mengelak dari terpijak kucing kesayanganku, Pengkong, mak aku tergelincir lalu jatuh di lantai dan akibatnya, kaki mak aku cedera terseliuh lalu susah untuk berjalan. Untuk meringankan bebanan kerja di musim raya, aku mengambil keputusan untuk menyembelih menempah hidangan wajib raya, buras dan tumbuk. Alhamdulillah, hal ini setel dengan bantuan mak kepada rakan baikku. Mak aku siap puji buras dan tumbuk itu enak dan sedap dan berjenaka mahu berpura2 sakit kerana mahu tahun akan datang, buras dan tumbuk mahu ditempah sahaja.

Kisah dua.
Ini kisah shopping di Tawau untuk persiapan berhari raya. Entah dari mana kesemua manusia yang ada di depanku muncul, tiba-tiba kesemua shopping complex padat, gerai makan padat, jalan raya padat, lorong jalan kaki padat, bank padat, pasar sayur, ikan dan daging jangan ceritalah memang padat sendat.  Letih beraksi dalam kepadatan manusia itu, aku cuba berdiam dan memerhati, oh betapa ramai orang yang berada di Tawau, memang inilah muka sebenar orang Tawau. Rasanya di tempat lain tidak semeriah sambutan hari raya berbanding menyambutnya di tanah kelahiran sendiri. Kepada anak Tawau yang telah bersesak-sesak ketika beraya di sini, ketahuilah sesungguhnya… kerana suasana yang sesak itulah yang akan mengingatkan kita betapa meriahnya berhari raya di sini.

Kisah tiga.
Mulanya aku berhasrat untuk membeli nikon d40 sebelum raya, dah siap intip2 kedai yang jual, harga pun dah cun. Tapi apa yang berlaku? Aku terbeli barang lain yang akhirnya terpaksa menunda lagi hasrat untuk memiliki nikon itu. Insyaallah rezeki tetap ada.

Kisah keempat.
Raya ketiga aku jemput kawan2 terdekat untuk ke rumah. Mulanya 2 yang datang, kemudian 6, kemudian 2, kemudian… wah semakin ramai. Aku mula panik sebab hidangan terhad, dahlah cuaca panas, freezer tak boleh dah supply ais batu, huhu.. mujur ada buras & tumbuk also sambal terpedas di dunia itu… Aku cuma ingat pesan mak bapa aku ja kalau tamu terlalu ramai datang, kata dorang semakin ramai yang datang semakin bertambahlah rezeki kamu, insyaallah… amin.

Kisah kelima.
Hadiah raya memang menyeronokkan. Hadiah yang aku dapat tahun ni bukanlah berupa duit raya atau hamper2 dan jauh lagi untuk dapat tiket melancong percuma… tapi Mr Google bagi aku hadiah raya. Hehe aku tak sangka tak sampai usia setahun web ni dah naik ke PR2… now im going to reach PR3 pula. Selain itu Mr Nuffnang juga menghadiahkan aku cek… walaupun jumlahnya tidak banyak, tapi bila kumpul2 banyaklah tu…

Kisah keenam.
Banyak sms pelbagai rupa ada yang motifnya tidak lain wishing me hari raya also minta maaf… Kepada yang sms tu, terima kasih. Aku tak dapat nak balas semuanya, kredit tak cukup pok.

Kisah yang selanjutnya akan bersambung dilain hari…

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin.

8 Comments »

  1. avatar friendly Says:

    wah….. dapat adiah dari google yer…. heheeeee….. bila nak blanja cek nuffnang tuh…. heheheeee…..

    [Reply]

  2. avatar friendly Says:

    sis…. bulan ni ja PR FRIENDLY81BLOG dan WEBMILENIABLOG naik mendadak…… kah kah kah…… terutama sekali webmileniablog tuh, post baru 12 dah PR 2…. huhuhuhuuuu…..

    [Reply]

    Maya reply on October 10th, 2008 4:35 pm:

    tahniah.. tahniah.. tak lama lagi aisyah dapat adiklah tu
    ahahaha…
    alhamdulillah tu kan kalau ada…

    [Reply]

  3. avatar friendly Says:

    insyaallah…… heheheeeee….

    [Reply]

  4. avatar angriani Says:

    Salam Maya…jemput datang ke umah ari sabtu ni ya…kul 7 malam…nanti sis kasi alamat…wajib hadir tau…ekekekekekeke :d

    [Reply]

    Maya reply on October 13th, 2008 5:03 pm:

    ok no hal… boleh skali bincang pasal program anak yatim tu…

    [Reply]

  5. avatar MR,PH Says:

    tahniah anak2 tawau..semoga anak2 tawau berjaya semuanya amin…

    [Reply]

  6. avatar MR,PH Says:

    selamat hari raya maaf zahir dan batin

    [Reply]

RSS feed for comments on this post. TrackBack URL

Leave a comment