1

Kisah Y Blog Lahad Datu Semporna Tawau

Kursus Y Blog Rakan Mudah sudah berlalu beberapa hari. Memang terkandung di dalamnya cerita gembira kerana inilah kenikmatan yang sewajarnya aku miliki sebagai blogger yang pada awalnya hanya syok sendiri namun saat ini aku sudah boleh melihat apa yang aku perjuangkan dalam penulisan blog ini.

Kalau diamati satu persatu blog ini, di mataku tidak ada yang istimewa melainkan hanya karangan yang bersahaja, hinggalah satu saat seorang teman yang baru juga dikenali mengatakan apa yang aku tulis dan perjuangkan amat jarang dilakukan dan perlu diteruskan demi Tawau.

Sebentar tadi, aku juga telah melihat diri aku sebelumnya, pada luahan seorang teman akrab, juga blogger, yang turut memandang enteng pada apa yang terkandung di blognya.

“ko ndak sedar ba content blogmu sbb ko sekadar menulis dr hati… tapi kami sbg org yg membacanya, sedar blogmu bukan sekadar cakap2…
mo ku ulas lagi pasal “jeleknya” blogmu di matamu tapi penilaian org luar berbeza dr matamu?” … kataku.

Y Blog merangsang pelapis blogger.
Masih terlalu awal untuk mengatakan  melalui kursus Y Blog Rakan Muda Lahad Datu Semporna Tawau bakal mewujudkan blogger acuan Tawau Bloggers Unity, tapi aku sedikit yakin bahawa atas apa yang telah aku sampaikan, rakan-rakanku sampaikan, akan muncul beberapa blogger yang akan memulakan aktiviti blogging di tempat masing-masing. Ini pastinya akan meneruskan tradisi berblog berasaskan 5W1H tanpa mengenepikan etika berblog yang sihat.
Soalan HOT semasa Y Blog.
Sebenarnya ada banyak soalan yang bermain di kepala peserta namun antara kesemuanya itu aku tertarik dengan soalan:

Kalau gambar kita dicuri sama siapa kita perlu lapor?

Aku biarkan seketika adik yang menyoal itu berdiri dengan harapan dia berfikir tentang soalannya. Aku mulanya tersenyum, namun sayup-sayup kedengaran seorang rakannya menjawab lapor di balai polislah. Ya, memang hal-hal yang berkaitan plagiat ini perlu dilaporkan ke balai polis dengan memberi keterangan lengkap 5W1H kejadian itu.

Hal ini aku berani katakan kerana aku juga pernah mengajukan soalan seumpama ini dengan pihak perundangan, blogger yang pernah diplagiat malah dengan pegawai Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berkaitan prosedurnya.

Apa kata penganjur Y Blog Rakan Muda?
Menurut Penolong Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Persekutuan Bahagian Tawau, Himran Entoh, aktiviti yang diadakan minggu lalu di tiga pusat kegiuatan Rakan Muda itu mendapat sambutan yang baik kerana blog adalah medium komunikasi remaja hari ini.

“Peserta yang telah mengikuti kursus itu memberi respon yang baik kerana kursus itu telah membuka peluang komunikasi di kalangan remaja untuk meluah rasa, mengutarakan pendapat, mempraktikkan kreativiti mereka berpandukan etika berblog yang sihat,” katanya ketika merasmikan majlis penutupan kursus itu di sini, kelmarin.

Katanya wujudnya penulis blog di kalangan remaja ini akan dapat mencapai matlamat perkongsian maklumat yang kelak bakal menjadi rujukan remaja lain kuhsusnya dalam menyebarkan maklumat dan perkembangan kegiatan Rakan Muda.

“Kesemua peserta yang telah menamatkan kursus ini juga berpeluang untuk memenangi tiga hadiah utama Pertandingan Y Blog Rakan Muda selain memberi pengikhtirafan rasmi menjadikan blog peserta itu sebagai blog rasmi pusat kegiatan Rakan Muda di daerah mereka,” katanya
(Rujuk akhbar tempatan keluaran 2 Jun 2011)

Apa pula kata Pengerusi TBU?
Adry Sabry berkata penglibatan TBU dalam Kursus Y Blog Rakan Muda itu adalah kesinambungan pada perjuangan TBU yang mahu membudayakan blog sebagai satu amalan sihat untuk membentuk sistem penyebaran maklumat yang berkesan.

“Sepanjang kami mengendalikan kursus ini, kami menekankan pentingnya berblog mengikut etika penulisan blog kerana kami tahu blog bukan lagi suatu medium serong yang pernah menjadi omongan kosong tetapi blog adalah nadi penggerak minda masakini,” katanya.
(Rujuk akhbar tempatan keluaran 2 Jun 2011)

Comments

Powered by Facebook Comments

Filed in: 2011, Blog Tags: , , , ,

Related Posts

Bookmark and Promote!

One Response to "Kisah Y Blog Lahad Datu Semporna Tawau"

  1. Hana says:

    eh?yg baju putih tue kak florance kan? pegawai belia dan sukan..aku praktikal d sana dulu..tapi sekejap jak..huhu..windu kak florance…..
    d pusat rakan muda nie aku penh p..aku pun ahli gak..eheh..tapi ndak aktif..huhu

    Reply

Leave a Reply

Submit Comment

CommentLuv badge

© 2012 Puadede.Com. All rights reserved. XHTML / CSS Valid.
Proudly designed by Theme Junkie.