Mahukah anda digelar si pengotor? Sesiapapun yang memiliki pemikiran normal pasti tidak mahu mendapat gelaran sebegitu. Apa tidaknya, kotor itu tidak bersih, tidak pandai mengurus kebersihan samada dalaman atau luaran dan dalam ajaran agama kita pun keutamaan menjaga kebersihan amat dititikberatkan. Kalau kita kotor, kita mudah mendapat penyakit, kalau kita kotor fikiran kusut apatah lagi mahu berdepan dengan orang lain, pasti ada perasaan malu.
Tegakah anda menjadikan Tawau ini digelar bandar sampah?
Itulah persoalannya. Hebat sangatkah meniru sikap pengotor orang lain hinggakan terikut-ikut untuk membuang sampah? Selepas berakhirnya Festival Kebudayaan Antarabangsa Tawau 2012 aku sempat merakamkan gambar-gambar di bawah ini.

.
Apa dalam pemikiran anda? Salahkan MPT sebab tidak sediakan tong sampah? Atau salahkan penjual makanan minuman yang tidak sediakan tong sampah? Bak kata orang, sebelum menunding jari menyalahkan orang lain teliti dulu kesilapan diri dan keluarga kita. Kenapa keluarga pula terlibat sama? Sebab didikan awal itu bermula di rumah, ibu bapa tidak bersih maka anak-anak pun automatik mempunyai sikap yang sama.
Betapa malunya kita sebagai warga Tawau jika terpampang di media: Orang Tawau Pengotor, Orang Tawau Tiada Sivik, Tawau Itu Bumi Sampah!
Oh ya, ada satu entry lama aku mengenai isu sampah KLIK SINI
Komen Rakan FB
Powered by Facebook Comments






Mus
Feb 17. 2012
kebersihan tanggungjawab bersama..
kalau orang pengotor di rumah.. di luar jangan kira lah.. makinlah teruk
Mus recently posted..AirAsia Big Sale 2012 (Travel Period: 11 September 2012 – 31 January 2013)
Reply
Sam Mikli
Feb 19. 2012
Assalam alaikum
Tuan Maya dan seluruh felo puadede
Jepun bersih bandarayanya kerana kod etika Bushido (didikan). Singapura bersih bandarayanya kerana undang-undang yang ketat disamping denda yang “lumayan.” Jika dibandingkan dengan Tawau yang majoriti masyarakatnya umat Nabi Muhammad SAW; tepuk hati tanya akal.
Saya percaya, “sang pengotor” rata-ratanya Orang Kita. Beragama Islam. Tahu halal haram. Tetapi apakah mereka tahu hubungan yang secara dictum-nya hablumminallah-hablumminannas?
Jika ada di kalangan mereka yang membuang sampah secara melata dan membuta tuli, kemudian ditemuramah secara terhormat dengan soalan cepu emas; Mengapa anda suka membuang sampah secara salah? Oh bapa saya membuang puntung rokok di lubang jendela. Atau; Oh ibu saya membuang sampah dapur di pelacahan. Ibu-bapa borek anak tentunya rintik. Kuasa pengaruh psikologi secara psiko-analisis lebih kuat di rumah jika dibandingkan dengan di sekolah atau institusi pendidikan/pengajian. Tanyalah Dr. Sigmun Freud kalau tidak percaya.
Inikah hasilnya yang kita raih setelah kerajaan yang memerintah berbelanja berpuluh juta untuk pembangunan pelajaran dan pendidikan? Secara teorinya, selepas 20 tahun Malaysia merdeka, rakyatnya sudah semestinya terdidik dan ter-ajar walaupun tidak terpelajar sepenuhnya. Di mana silapnya?
Teringat dengan kata-kata bekas mufti Perlis. Dr. Mohd Asrie Zainal Abidin. Lebih kurang begini; yang bukan Islam ditanya di akhirat oleh Allah SWT: Kenapa kamu tidak memeluk Islam yang suci? Yang bukan Muslim menjawab: Ya Allah, hamba-Mu (yang beragama Islam) telah menutup cahaya Islam kepada kami. Sehingga kami sesat.
Secara korelasi, saya boleh galurkan secara mudah: Islam tidak mengajar umatnya menjadi pengotor. Apatah lagi berjudi, zina, arak. Tetapi sungguh malang. Rata-rata pelakunya ialah umat Islam.
Secara dengan sendirinya, orang yang bukan Islam membuat tanggapan secara persepsi. Islam menyeruh umatnya menjadi pengotor. Oleh hal yang demikian, orang bukan Islam sudah tidak yakin dengan Islam. Islam itu suci total. Tetapi tidak penganutnya walaupun kuat dan rajin solat.
Orang kafir yang banyak saya gauli dalam masyarakat plural rata-ratanya pembersih dan menghormati alam sekitar. Dalam Islam pun kita diseru dan disuruh menghormati alam sekitar termasuklah apa-apa yang memberi manfaat kepada kehidupan kita. Pergilah melancong atau menjelajah ke negara-negara kafir seperti Perancis, German, negara-negara Scandinavia dan lain-lain, kebersihannya gemilang, cemerlang, terbilang.
Adieu dari jauh…
Sam Mikli recently posted..Anwar dan "Sesuatu untuk sesuatu"nya
Reply
Baka Aaronn
Feb 27. 2012
Memang kutur pun ko sana maya! gila! Puii! minta puji ja ni blog
Reply
Maya reply on February 28th, 2012 12:27 AM:
Terima kasih
Reply
Sam Mikli
Mar 02. 2012
Buat Baka Aaronn
Pada saya blog ini bukan untuk minta dipuji.
Blog ini iklhas untuk menghebahkan realiti yang berlaku di daerah Tawau.
Namun komen anda menunjukkan yang anda bukanlah warga daerah Tawau. Oleh kerana anda bukan warga Tawau maka komen anda bersifat ke-ANTI-an. Pada firasat saya kebencian dan kejijikan anda kepada blog Puadede, Tuan punya blog, dan Tawau secara amnya – pada kebarangkalian – disebabkan sentimen PERKAUMAN aka racist.
Saya tidak tahu sama ada anda Muslim atau sebaliknya. Tetapi perkataan “Aaronn” pada nama anda mengingatkan saya kepada nama-nama orang Yahudi.
Siapa tahu daerah Baka Aaron lebih bersampah daripada daerah saya, Tawau. Tiada guna sesebuah bandar itu bersih dari sampah sarap kalau ia kotor dengan:
1. Sarang lendir persundalan dunia yakni pusat maksiat pelacuran.
2. Pusat kaki botol, perjudian.
3. Hab menghalalkan amalan riba dan cekik darah melalui tatasusila ekonomi.
4. Tempat pembuangan “Sampah Bernyawa” yakni bayi.
5. Dan segala macam kekotoran dan kejijikan yang tiada tolok bandingnya.
Monte Carlo, adalah bandar yang bersih daripada sampah sarap. Jika dibandingkan dengan bandar Tawau, ibarat langit dan bumi. Tetapi malang. Monte Carlo mengandungi 5 kekotoran yang saya sebutkan di atas. Selain Monte Carlo ialah Pulau Sentosa, Singapura.
Apapun saya yakin daerah Tawau pada suatu masa nanti akan berubah. Bersih, nyaman, tenteram dan aman dan damai.
Menuding jari tanpa menghulurkan bantuan tidak akan mendatangkan faedah sama sekali!
Adieu dari jauh…
Reply