Kisah Regatta Lepa-Lepa Semporna 2011

REGATTA LEPA-LEPA … Persiapan dimulakan sejak tahun lalu, ianya berlangsung selama dua hari dan semalam adalah majlis penutupannya . Apalah yang tinggal untuk dikenang mengenai Regatta Lepa-Lepa Semporna 2011 melainkan kelainan yang ditonjolkan pada tahun ini berbanding sebelumnya. Yang setiap tahun menjadi krew, menjadi supplier khemah, speaker, pencetak buku atur cara pasti merasakan kelainannya, namun bagi si pelancong yang mungkin hanya sekali dalam seumur hidup mereka… apa yang boleh dikisahkan melainkan apa yang mereka saksikan pada hari kejadian event ini.

Ini adalah kisah Festival Regatta Lepa-Lepa Semporna 2011 yang aku pungut dari beberapa rentetan peristiwa yang aku alami sepanjang 2 hari aku di sana. Kisah ini tidak mempunyai tujuan apa2 melainkan sekadar pengkosian kisah dari seorang blogger kepada pembacanya. Yang baik kita syukuri, mana yang kurang baik, sama2 baiki dan ambil panduan untuk masa akan datang.

Samalah seperti aku, pertama kali dalam seumur hidup berkesempatan melihat dan merasai apa itu Festival Regatta Lepa-Lepa, merasai dengan deria apa keunikan yang dipersembahkan kepada pengunjungnya. Di mata aku, Regatta Lepa-Lepa Semporna 2011 itu adalah pesta perahu tradisi bajau yang diberi nama lepa. Kesemua lepa dihiasi dengan sambulayang, ada ukiran kayu di kepala perahu, ada paluan kulintangan ting tong ting tong serta penegasan utamanya adalah sang gadis di hadapan dek perahu yang berpakaian tradisi. Gadis itu seolah2 menggayakan tarian igal-igal / daling-daling dengan gerakan jari yang dihiasi perhiasan seumpama kuku yang panjang.

Sedangkan khemah VVIP punya kerusi empuk, beralas bersih untuk diduduki tapi pengunjung malah pelancong asing hanya duduk berhimpit-himpit di meja menjual ikan.

Itu kisah utama Regatta Lepa-Lepa di Semporna yang menjadi kemestian untuk disaksikan pengunjungnya. Unik dan menarik, itu yang aku rasakan namun aku sebagai pengunjung apatah lagi bagi pelancong asing pasti turut mengeluh apabila kami mengalami keadaan yang kurang menyenangkan, mengganggu keberadaan kami di tapak jeti berlangsungnya pertunjukkan lepa-lepa itu.

PANAS… memang itulah kata2 yang sewajarnya terbit dalam perbualan sesiapa sahaja yang mengunjungi Semporna, meskipun berlainan bunyinya tapi maksudnya tetap sama iaitu merujuk pada cuaca yang panas. Pondok berbau hanyir (aku rasa tempat itu tempat menjual ikan) untuk pengunjung bernaung dari panas terik begitu padat yang tidak mencukupi untuk pengunjung bernaung sambil menyaksikan pertunjukkan lepa-lepa.  Sedangkan khemah VVIP punya kerusi empuk, beralas bersih untuk diduduki tapi pengunjung malah pelancong asing hanya duduk berhimpit-himpit di meja menjual ikan.

Memang best cuaca2 panas ni sebab air 50 sen laris jualannya.  Aku perhatikan sepanjang jalan Jambatan Causway tidak ada satu pun penjual air, tup tup aku lihat ada sederet khemah di hadapan kiri Hotel Seafest menjual air. Hairan dan ajaib, kenapa hanya ada satu penjual sahaja yang ada di situ, kenapa penjual yang bersesak2 di jalan luar itu tidak ditempatkan di situ. Kalau faktor ianya mencacatkan pemandangan kelas VVIP, rasanya apa yang aku saksikan, jenis jualan di situ sama juga dengan jenis jualan mereka yang berada di luar.  Oh mungkin juga untuk mengatasi masalah sampah, yalah kan kalau banyak penjual, maka banyaklah sampah dibuang…

Apa yang aku perhatikan sepanjang keberadaan aku di Semporna semasa Regatta Lepa-Lepa berlangsung, Semporna sudah sempurna.

Pungut sampah di perairan laut

 

SAMPAH dan Semporna satu isu panas pernah diketengahkan di dada akhbar malah aku juga pernah mahu tampil membantu membersihkan imej Semporna lewat satu entryku yang lalu (Ikutinya di SINI) Apa yang aku perhatikan sepanjang keberadaan aku di Semporna semasa Regatta Lepa-Lepa berlangsung, Semporna sudah sempurna.  Bukan hanya siang hari mereka bekerja tetapi hingga lewat subuh mereka menyapu di setiap sudut bandar.  Lebih dari itu, semasa pertunjukan lepa-lepa diadakan, ada pekerja pemungut sampah di kawasan laut menggunakan perahu yang bergerak memungut sampah di kawasan yang dikhaskan untuk mereka.

Bukan hanya siang hari mereka bekerja tetapi hingga lewat subuh mereka menyapu di setiap sudut bandar.

Pengalaman BIKIN PANAS.

BIKIN PANAS… Ini pula merujuk kepada perasaan sesiapa sahaja yang menyaksikan perarakan lepa-lepa tapi fizikalnya pendek. Memang tidak ada ruang untuk mereka yang pendek kerana barisan depan di sepanjang jeti penuh dengan mereka yang tidak mahu bertolak-ansur. Mujur aku dapat menyelit di sebalik orang-orang yang tinggi, turun ke bahagian dek kayu dengan perasaan yang risau. Siapa tidak risau, dek itu pasti akan runtuh jika 10 orang saiz aku memijaknya… mujurlah 10 orang saiz aku bertolak ansur.

BIKIN PANAS… Pengalaman ketika menyaksikan pertandingan Tarian Moden dan Tarian Tradisi sempena Kempen Belia Anti Dadah anjuran Pergerakan Pergerakan Umno Semporna cukup membuat aku terutama rakan aku mengeluh.  Apa tidaknya, kami tiba awal sebelum pertandingan bermula, suasana santai dan damai untuk menyaksikan pertandingan itu dirosakkan dengan kegagalan penganjur mengawal crawd.

Penonton tidak terkawal

BIKIN PANAS… orang santai2 duduk tiba2 diserbu oleh ratusan penonton yang terkinja-kinja bagai menyaksikan konsert dan berdiri menghalang tumpuan mata yang mahu menonton.  Aku yang memegang kamera ketika itu mengambil tindakan untuk maju ke mendekati pentas sedangkan kawanku yang memegang vcam tersepit dicelah2 bauan ketiak hamis penonton yang terkinja-kinja itu.

Juri sudah tidak senang duduk, kelihatan seorang kakak (aku rasa dia ni cikgu sebab tegas dan nyaring suaranya memarahi kanak2) bangun dan memukul dengan lembut belakang kanak2 menggunakan SELIPAR JEPUN.

Lebih dari itu, aku seolah dianggap krew yang berada di situ untuk menghalang crawd bersesak di hadapan pentas. Toleh kiri toleh kanan, tidak ada seorang krew keselamatan (RELA / Polis) pun berada di situ.  Aku dengan rela hati menyuruh (dengan muka garang) penonton yang berasak2 itu mundur dan duduk. Juri sudah tidak senang duduk, kelihatan seorang kakak (aku rasa dia ni cikgu sebab tegas dan nyaring suaranya memarahi kanak2) bangun dan memukul dengan lembut belakang kanak2 menggunakan SELIPAR JEPUN. Rupanya warning itu berkesan seketika sahaja… aku tidak cukup oksigen, aku undur mendapatkan rakanku yang sudah membebel2… Katanya, tadi ada orang dibaling botol plastik minuman gara-gara aksi kurang sopan… lalu kami lepak sahaja di Gerai Nasi Ayam Antarabangsa sambil menunggu ucapan perasmian.

Adik Nurul yang berbakat besar bersama Mohd Azis

BIKIN PANAS… Rupanya di sinilah port sang pengawal keselamatan mengambil kesempatan dalam kesempitan. Makan dengan santai, bersenda gurau sedangkan crawd di dalam padang sudah berkecamuk. Kesihan MC mengawal keadaan tanpa bantuan.

Beberapa kali aku bertanya, apakah aturcara sepanjang Regatta Lepa-Lepa Semporna 2011… jawapan krew yang aku temui adalah samada mereka juga tidak tahu atau mereka menjawab dengan tidak pasti. Kenapa tidak buat saja satu billboard yang terpampang besar di tengah-tengah bandar aturcara atau susunan aktiviti sepanjang Regatta Lepa-Lepa Semporna 2011. Itu salah satu kelemahan yang membuat aku tidak puas hati.

Masalah kesesakan yang tidak terkawal. Aku tahu ada satu lokasi khas untuk sesiapa sahaja parking kerana kawasan itu luas… tapi mungkin tidak ramai yang mengetahui tapak parking kereta itu, masing2 tunjuk kelincahan dan kepandaian untuk parking tepi-tepi jalan.  Aku rasa kalau JPJ buka buku saman hari itu, kaya JPJ dengan hasil kelalaian pemandu di sini.

Kakak trafik yang bertugas

 

End of all.. aku repect Majlis Daerah Semporna yang telah bekerja dengan gigihnya menganjurkan Festival Regatta Lepa-Lepa Semporna 2011. Aku berharap pada tahun depan festival ini akan berlangsung dengan kelainan yang lebih sistematik dan dapat dimanfaatkan semua pihak. Kepada rakan Tawau Bloggers, Insyaallah panjang umur, tahun depan kita bergerak dalam suasana yang lebih teratur dan selesa… jadikan pengalaman pertama ini sebagai panduan berguna tahun hadapan.

Related Posts with Thumbnails

Komen Rakan FB

comments

Powered by Facebook Comments

Advertisement

4 Responses to “Kisah Regatta Lepa-Lepa Semporna 2011”

  1. Gen2Merah

    Apr 25. 2011

    wah, pengalaman yang penuh suka dan duka. tak sangka, perayan yang dilaung2kan penuh gilang gemilang ini rupanya terselit sedikit kecacatan yg merimaskan. harap pihak Pejabat daerah semporna mahupun pihak penganjur dapat alert dengan luahan ikhlas ini demi penambahbaikan pada masa akan dtg2.

    Reply

  2. al-Hindi

    Apr 29. 2011

    ‘Reggata Lepa-lepa’ adalah lambang budaya yang amat tinggi suku kaum bajau Semporna, budaya ini banyak menampilkan diri bangsa bajau Semporna melalui lepa yang dianggap sejenis perahu kayu yang berukir telah membuka halaman baru kepada era mogern ini, yang mana lepa mengikut sejarah perjalanan kegunaan dianggap kenderaan laut yang utama oleh suku kaum Bajau Semporna ketika itu…dalam ilmu pelayaran, oleh itu sebab lepa menjadi kenderaan uang mudah menghubungkan antara satu tempat ke tempat yang lain contohnya dari kampung ke kampung yang jaraknya agak jauh, begitu digunakan mengangkut barang-barang dagang dan juga digunakan penyebaran agama Islam setelah bangsa Arab ke bumi Borneo khasnya sebelah timur Borneo dan selatan Sulu serta ke Sulawesi….dalam zaman berubah kedudukan dan peranan lepa sudah berlalu zaman keagungannya, kini era modern ini, lepa-lepa tidak mudah lupakan begitu sahaja, kita bersyukur kepada TYT Tun Sakarani Dandai telah berjaya mengangkat budaya lepa-lepa ini dianggap satu pesta cukup bermakna kepada generasi kini memahami kehebatan kenderaan laut yang serba boleh iaitu ‘Lepa-lepa- ataupun lepa’kini telah menjadi pesta cukup ditunggu-tunggu dari masyarakat Semporna dan masyarakat luar…….yang mana dijadkan tahuan kelander negeri Sabah pada April dalam setahun….’Lepa adalah menunjukkan lambang utama keagungan dan kehebatan Bajau Semporna dalam ilmu pelayaran’

    Reply

  3. Jebat Malaya

    May 08. 2011

    Maaf yaa…,Itu bukan budaya asli malaysia…. ianya berasal dari filipina bos!!! Gua tengok banyak budaya asing dari filipina & indonesia diamalkan di sini. Sbg cth. penjaja rokok dan sayur yg bertenggek disamping pasar dan di bandar, itu budaya perniagaan di filipina. Gerai2 makan ditawau pun berkonsepkan dr negara indonesia. Kadang2 terfikir gak samada saya berada di sabah ke di indonesia atau filipina!!!

    Reply

Trackbacks/Pingbacks

  1. Tawau Bloggers Unity » Blog Archive » Regatta Lepa-Lepa 2011 - 24/04/2011

    […] Maya Wahida AKPC_IDS += "1708,";Popularity: 1% [?] Tags: lepa 2011, lepa semporna, Lepa-Lepa 2011, lepa-lepa semporna, regata lepa 2011, Regatta 2011, regatta lepa […]

Leave a Reply

CommentLuv badge