Kisah Ramadhanku

CUMA tinggal tiga hari lagi Ramadhan tahun ini akan berakhir. Sebuah bulan yang bagiku penuh kisah dan dugaan. Aku perlu kisahkan ini di dalam blogku meskipun nantinya suatu hari bila aku membacanya semula aku akan ketawa atau mungkin bersedih. Namun aku percaya, semua yang aku lalui ini ada hikmah di sebaliknya.

Geng sahur Tg Batu Keramat memang best, setiap pukul 3 pagi akan berada di sepanjang lorong Mak Yong untuk membingitkan telinga agar bangun bersahur.  Terima kasih adik-adik yang “hebat” ini, tanpa kalian mungkin saja ramai yang terlepas waktu bersahur.  Apa tidaknya, sepanjang puasa ini, tidur malam sering dibuai indah apatah lagi dengan hujan yang menyejukkan lena kita.

Kisah ramadhanku juga tidak lengkap tanpa hidangan Mee Goreng kerana aku pemakan tegar mee goreng… apa lagi kalau pasangan mee itu ialah telur goreng! Hidangan inilah yang mak aku hidangkan setiap kali aku berbuka puasa di rumah bersama keluarga. Namun, keberadaanku di rumah untuk berbuka bersama keluarga sepanjang ramadhan boleh dikira kerana aku ada aktiviti luar.

Aktivitiku sepanjang ramadhan juga tidak lepas dari kerja-kerja freelance.  Program sungkai di Kalabakan antara tugasan yang memberi banyak pengalaman dan pengajaran buat aku. Bermula dengan niat mahu mencari udang hinggalah tersesat jalan bersama kru RTM Tawau dan silapnya adalah aku, kerana aku tidak mahir menjadi pandu arah lagi.

Itu kisah sungkai, kisah bersahur di luar pun ada. Malam itu agak keletihan kerana ada majlis sungkai bersama Geng Bubut SabahFM dan keluar bersantai bersama sis K.Faridah. Aku ingat, pada malam itu, aku saksikan kejadian kebakaran di Kg Jawa dengan jelas kerana kami berada di Cafe @7 Hotel Promenede … dan orang pertama yang menyedari kejadian itu ialah seorang pelancong. Rehat tidak sampai sejam, terus siapkan makanan sahur untuk geng bubut beraksi di pentas… bukan pentas nyanyian tetapi rumah keluarga daif, bapa cacat, ibu menanggung keluarga yang besar, anak-anak terabai… pokoknya hidup mereka begitu menyentuh perasaan.

.
.

Aku dan internet memang ndak boleh pisah, aku pernah beritahu kawan yang aku sanggup tinggal dalam hutan asalkan ada kemudahan internet n for sure ada tempat makan minum tidurlah kan :) .  Sepanjang ramadhan, aku siapkan kerja onlineku dalam beberapa jam sahaja sebab sekarang musim kering job… so selebihnya bergossip di FB.

Apa yang aku temui di FB sepanjang Ramadhan?

  1. Kisahku yang laaaaaaaaaama, khabarnya mahu ke sini tapi atas sebab tertentu aku tundakan saja hasratnya.
  2. Status adik angkat? Tua sudah baru mau diangkat… itu kataku, dan ya, aku sekarang telah diangkat!
  3. Aku membawa dua isu panas di pedas yang kesannya begitu mendalam buat aku hinggakan aku tega mengorbankan diri keluar dari TBU.
  4. Aku temui kawan, rasakan tohmahan musuh dan juga bersengketa dengan fake account FB user.
Related Posts with Thumbnails

Komen Rakan FB

comments

Powered by Facebook Comments

Advertisement

No comments.

Leave a Reply

CommentLuv badge