Kisah pemungut sampah di Tawau

Masa kecil aku dulu, pusat pelupusan sampah ini amat sinonim dengan rakan-rakan sekolah aku. Kata mereka, di sanalah mereka memperolehi pelbagai jenis mainan, makanan atau minuman dan aku pun hanya menyaksikan sahaja keriangan mereka bermain dengan permainan-permainan itu.

Dalam hati, aku akan berusaha sedaya upayaku untuk bersama mereka pergi ke kawasan itu agar aku tidak ketinggalan, agar aku juga punya permainan seperti mereka dan bermain riang seperti mereka. Namun hasratku itu terhenti apabila mak dan bapa aku melarang keras aku ke sana… aku memberontak dan marah tapi aku tidak terlalu nekad seperti rakan-rakanku yang lain, melanggar apa yang terlarang.

Ini antara permainan idaman zaman kecilku

Hinggalah Ahad lalu, saat yang aku nanti-nantikan untuk melihat sendiri keadaan pelupusan sampah itu akhirnya tercapai apabila Tawau Bloggers Unity (TBU) bersepakat mahu mencari bahan penulisan di sana.. Walaupun bukan mainan yang aku kejar-kejarkan, atau lebihan makanan expired yang aku akan rebut-rebutkan, namun aku berpuas hati kerana hajat zaman kecilku dulu tercapai dan “kejayaan” itulah yang aku boleh kongsikan di sini. Sejujurnya, aku berasa sebak bila melihat keadaan di kawasan yang sejauh mata memandang yang cuma ada sampah sarap dan aku sembunyikan itu sebaiknya daripada diketahui rakan-rakanku.

Seluas mata memandang, sampah ini menjadi rezeki mereka

Kenapa aku begitu tersentuh? Kerana aku melihat kanak-kanak yang mungkin sebaya aku dulu (masa aku meronta-ronta mahu ke sini) yang sedang mengorek sampah tanpa menghiraukan apa bahaya yang akan tiba. Reason keduanya, aku melihat diri aku pada kanak-kanak itu yang tersemat dihati benak mereka berada di tempat itu untuk mencari “barang berharga” yang tidak dapat dimiliki kerana kemampuan keluarga terbatas. Ketiganya, aku sebak kerana aku berterima kasih kepada mak bapa aku yang melarang keras aku ke tempat ini kerana mereka tahu aku tidak perlu mempunyai memori menjalani zaman kanak-kanak aku di situ.

Dan kerana tiga sebab ini jugalah aku dapat mendalami perasaan dan kesusahan penghuni kawasan pelupusan sampah ini, malah seorang diantara mereka yang aku temui mengenaliku dan tidak segan silu menyapaku dengan mesra. Kisah seorang makcik yang namanya enggan disiarkan itu juga mengenali bapaku dan tersenyum mesra untuk berkongsi cerita.

Di pondok usang inilah tempat makcik ini tinggal

Dengan panggilan anak, dia memberitahu kerja yang dilakukannya di situ adalah semata-mata mahu menampung hidup tuanya. Setiap hari katanya dia akan menyelongkar sampah untuk mengumpul botol, tin dan besi buangan untuk dijual kepada ejen. Meskipun harganya sekilo 30sen, namun dia boleh menampung kehidupannya yang hanya memerlukan bekalan beras, kopi, gula dan rokok.

javascript:;

Tempat memasak di luar pondok

“Makcik ini nak, tidak mahu menyusahkan anak-anak, apalagi mereka itu juga susah dan berkeluarga. Makcik ini tidak laku kalau mahu lakukan kerja-kerja lain, umur pun sudah pencen, siapa yang mahu ambil kerja. Syukurlah di sini makcik boleh cari makan, tidak susahkan siapa-siapa,” itulah pengakuannya yang lagi meruntum benak sedihku. Kasihan makcik ini, terpaksa melalui masa tuanya dalam keadaan yang begitu daif sekali. Aku lihat pondok usangnya, yang ada hanya bantal, bekas lilin, sedikit pakaian buruk dan lantainya yang kotor. Dalam fikiranku, bagaimanakah kejadiannya apabila makcik ini bila diserang penyakit… lebih-lebih lagi dia sudah bekerja di situ lebih 10 tahun!

Aku hulurkan sebatang rokok kepadanya apabila melihat kotak rokoknya hanya tinggal beberapa batang sahaja lagi. Enak rokokmu ni nak, rokok mahal… aku terdiam tapi dalam kepala ligat berperang denan emosi sebakku. Dipelawanya aku minum, namun aku menolak mengatakan aku baru sahaja lepas minum. Sejujurnya aku menolak kerana aku tidak tahu sumber minuman yang dihidangkan kepadaku.

Aku minta permisi untuk meneruskan perbualan aku dengan seorang pakcik di situ. Menurut pakcik Mohd Ali, dia yang telah diberhentikan kerja memilih untuk menjadi pemungut sampah kerana dia mudah mencari rezeki di situ. Kerjanya juga mudah, cuma perlu rajin dan sabar.

“Dalam sebulan, dapatlah jual dalam anggaran RM500 hingga RM600, dapatlah pakcik menyara hidup yang sederhana 4 orang anak. Apa mahu malu kan, kerja ini sama juga kerja buruh yang lain, yang pakcik utamakan ianya halal untuk anak-anak,” katanya. Aku berhenti lalu menjauhkan diri daripada pakcik ini kerana saat itu aku sudah loya dengan “haruman” yang begitu menyiksakan. Aku muntah 2-3 kali dan mata yang memandangku ketika itu menghadiahkan aku senyuman… mungkin itu senyuman sindiran atau pun mungkin itu juga senyuman kasihan… hanya Allah yang mengetahuinya.

.

Melihat rakan-rakanku yang lain sedang asyik mengambil gambar jentolak beroperasi menyorong sampah, dengan aksi burung bangau yang tidak senang hati mencari ulat-ulat sampah… aku ligat menyalakan rokok untuk menghilangkan “haruman” yang ada. Tiba-tiba sebuah lori yang sarat dengan sampah menuju ke longgokan sampah yang ada… seorang pakcik lagi menghampiriku.

Selepas berbual mengenai tujuan kehadiran kami di situ, dia pun memberitahu bahawa lori itu adalah lori yang membawa sisa kilang ayam. Memang benar, aku dapat melihat dari kejauhan lori itu memuntahkan bulu-bulu ayam dan juga ayam. Darwis Sentrai juga memaklumkan kepadaku bahawa pemungut sampah itu pernah mendapat sampah yang betul-betul berharga dan bernilai seperti rantai gelan atau cincin emas, dompet berisi duit, kasut-kasut dan sebagainya. Tidak lama lepas itu, sebuah lagi lori sarat dengan sampah turut memuntahkan isi perutnya.

.

Aku lihat sekumpulan kanak-kanak berlari menghampiri bahan buangan lori itu yang sesekali bermain sesama mereka. Ligatnya mereka bekerja, mengasing apa yang mereka dapat di situ… tanpa aku sedari, kanak-kanak itu hilang dan kami pun berjalan menuju ke gate keluar. Sekiranya anda mahu mengikuti kisah perbualan aku dengan kanak-kanak itu, anda bolehlah ke laman web TBU.

Menghidu tuala yang telah aku tuangkan minyak kapak akhirnya berjaya menenangkanku, berjaya menghentikan seketika “pemberontakkan” perut dan tekakku… aku senyum dan mula berjalan meninggalkan kawasan pelupusan sampah itu. Aku memang masih boleh berasa loya dan muntah secara automatik bila aku terkenangkan kisah ini. Di hari pertama sahaja selepas ke tempat ini, aku semalaman kosong perut kerana telah memuntahkan segala apa yang aku makan.

Aku bersyukur kerana telah ke kawasan ini kerana di sini terlalu banyak aku peroleh, terlalu banyak pengajaran yang aku dapat dan yang pasti, pengalaman ini telah menjawab kenapa aku dilarang ke kawasan itu di zaman kanak-kanakku. Bila mengisahkan cerita ini kepada mak dan bapaku, mereka tersenyum bangga dan cuma berkata, cakap orang tua jangan diingkar.

 

Related Posts with Thumbnails

Komen Rakan FB

comments

Powered by Facebook Comments

Advertisement

12 Responses to “Kisah pemungut sampah di Tawau”

  1. arman

    Apr 06. 2011

    sedih..sebak..syukur dgn apa yg kita ada sekarang..good post maya

    Reply

  2. Sam Mikli

    Apr 06. 2011

    Assalam alaikum

    Tuan Maya dan Tuan-Tuan Terhormat

    “Makcik ini nak, tidak mahu menyusahkan anak-anak, apalagi mereka itu juga susah dan berkeluarga. Makcik ini tidak laku kalau mahu lakukan kerja-kerja lain, umur pun sudah pencen, siapa yang mahu ambil kerja. Syukurlah di sini makcik boleh cari makan, tidak susahkan siapa-siapa,”

    Sekiranya saya dapat berjumpa dengan makcik ini akan saya kalungkan kalungan bunga ke lehernya. Sepenuhnya dari orkid kerana keunggulan keperibadiannya. Dari nada kata-kata makcik ini, dapat diketahui bahawa dia sedikit kecewa dengan anak-anaknya yang telah berkeluarga.

    Sebagai anak kandung, sudah semestinya tahu membalas jasa ibu-bapa walau susah perit bagaimana sekalipun. Anak yang menanggung ibu-bapa dikandung hayatnya, walaupun hidup susah dan tidak berharta, di akhirat nanti Allah SWT memberikan ganjaran yang tiada tara dan tandingan.

    Adieu…

    Reply

  3. Shenn

    Apr 07. 2011

    HIDUP~ HIDUP ~.Tersentuh hati baca, kadang-kadang sebak jugak tgk durang ni.Kerana nak HIDUP, durang tahan tggl di situ. Huhu~. Sangat SIMPATI kat budak-budak tu.

    Reply

  4. noor azilah omar

    Apr 29. 2011

    kasian kat doranggggggggggggg

    Reply

  5. buddy

    Jul 15. 2012

    thanks…1 cerita yg menarik.buat ingatan….

    Reply

  6. Anonymous

    Jul 16. 2012

    Menarik,tersentuh bila mbaca tp part yg muntah dpn2 dorg tu hurmm ntah la..

    Reply

    Maya reply on July 16th, 2012 2:28 AM:

    muntah yang tidak boleh ditahan lagi… bukanlah di depan dorg bah… sempat cari port 10 langkah begitu dari dorg.

    btw, thanks for coming.

    Reply

  7. kams

    Jul 22. 2012

    peringatan & pengajaran sangat bermakna utk dri & semua kisah d atas tu..
    bersyukurlah apa yang kita ada.. itu nikmat Allah.itu rezeki dari Allah.
    jangan bandingkan diri kita dengan yg lebih tinggi taraf,status kehidupan dgn kita. ada lg yg susah d sana.. hidup smentra.. d masyar nnti berdepan soal jawab dengan Maha Pencipta alam ini..

    Reply

    Maya reply on July 22nd, 2012 2:02 AM:

    sebarkanlah untuk pengajaran bersama.. selagi kita masih mampu ingat dan memperingati

    Reply

Trackbacks/Pingbacks

  1. The Purpose Of Living - 06/04/2011

    […] berkaitan : Kisah si pemungut sampah nuffnang_bid = […]

  2. Tawau Bloggers Unity » Blog Archive » Sampah Itu Rezeki Kami Siri Akhir - 09/04/2011

    […] pula adalah petikan ayat dari blog Maya Wahida yang mengisahkan pengalamannya bertemu dengan seorang makcik tua di situ. Tanpa disangkanya, dia […]

  3. Rencana pemungut Sampah Tawau | Puadede.Com - 09/04/2012

    […] Kisahnya CommentsPowered by Facebook Comments Filed in: Photo […]

Leave a Reply

CommentLuv badge