Kisah pakcik teksi Tawau

Ramai yang tension sejak 5 Jun lalu kerana di situlah titik bermulanya pada kenaikan banyak harga barang hari ini. Di TV, saban masa mereka akan kupas isu kenaikan minyak, dan yang lebih drastik lagi, perubahan yang tidak aku jangka sama sekali, kakitangan kerajaan akan gaji dua kali dalam sebulan. Hehehe, bertambah lajulah duit mengalir.

Sebenarnya aku nak kongsi satu cerita mengenai isu minyak dan pakcik teksi di Tawau ini…

Semalam aku naik teksi dan aku kena cas lebih, rasa bersalah nak buat aduan sebab dalam perjalanan tu, pakcik teksi bawa cerita pasal kesusahan mereka untuk survive. Katanya, kerajaan larang naikkan tambang, tapi mereka di Tawau ni dapat harga Petrol tidak bersubsidi. Aku tanya, Persatuan teksi tidak keluarkan fleet card kah? Dia tanya apa kad itu? Aku jawab dengan kad tu, boleh dapat harga subsidi minyak. Setau dia, kalau kenderaan awam guna diesel saja yang dapat.

Aku tanya lagi, jadi apa gunanya persatuan teksi yang pakcik ikut? Dengan nada mengeluh dia jawab persatuan teksi di Tawau ni, asalkan ada nama sahaja, kurang berfungsi, walaupun bilangan persatuannya banyak. Dahlah di Tawau ni terlalu banyak teksi, (dia kata 1,000+ buah), penumpang pun kurang.

Tiba di tempat yang nak aku tuju (sekitar town saja sebenarnya), aku bagi duit RM10, dia bagi balik RM6, maknanya dah naik RM1. Dengan selamba saja aku kata kat pakcik tu, pakcik aku halalkan saja RM1 tu, tapi kalau orang lain, dorang boleh buat aduan tau. Dia senyum, tapi aku faham maksudnya… hehe.

Related Posts with Thumbnails

Komen Rakan FB

comments

Powered by Facebook Comments

Advertisement

66 Responses to “Kisah pakcik teksi Tawau”

  1. lilou

    Jun 19. 2008

    apa da masuk crita akhbar maesti kat sini……

    Reply

  2. lilou

    Jun 19. 2008

    waaaahhhh…dakkan 1+1 search kat internet pun bnyk jawapan yg mengarut…..hhahahahhaha………tak logic sungguh…..

    Reply

  3. lilou

    Jun 19. 2008

    mau g tngok euro dlu…..

    Reply

  4. Budi

    Jun 19. 2008

    aku dak terkesan?? hehehe ko silap.. aku dalam post ku d atas sendiri cakap aku jalan kaki dan naik bas. tadi pun p kl aku naik LRT.. biasanya aku drive.. ramai famili ku d tawau tu jadi driver teksi.. aku kesian jgk dorang tu.. kalau d semenanjung ni teksi pakai NGV.. d tawau tu still pakai petrol..

    Reply

  5. lilou

    Jun 19. 2008

    susah jgak mau debat klu mau guna internet ni….patutlah zakir naik dak mau berdebat kat internet….rupanya susah mau explain ngan mau paham…..hahaahahaa…chow…..

    Reply

  6. Budi

    Jun 19. 2008

    laa ko ni lilou.. kalau la aku tau 1+1 tu sama dgn 2 buat apa aku research d Internet sbb aku sudah tau jawapannya..

    Reply

  7. Budi

    Jun 19. 2008

    ok la rakan rakan.. aku buang pangkat..x mo ber argue sudah.. aku pun boring ni subuh tu la melayan jak topik ni..hehehhe. mintak maap kalau ada kata kata yg menyinggung perasaan.. peace… jumpa d gathering tawau next week

    Reply

  8. tukang update

    Jun 19. 2008

    oklah…..ndak payah gaduh2…..

    anyway….kami manada d jemput gath tu….kami ni bukan ahli blog di sini….ndakda blog lagi ni…

    Reply

  9. Maya

    Jun 19. 2008

    Tiada blog silalah buat blog. Tatau buat blog, aku bisa ajar bah.

    Reply

  10. usop sonto

    Jun 19. 2008

    tu sbb dia kena turun…

    terutama jika suara org Sabah yg meminta… sbb mereka perlukan MP dari Sabah… yg telah memenangkan mereka…

    dlm 3 minggu ni je pak lah, najib dan syed hamid dtg ke sabah… nape yer???

    sbb takut ada yg kena sakit melompat2…

    Reply

  11. cil

    Jun 20. 2008

    huhuhu……… sungguh ganazzzzzzzzzzzz…..

    Reply

  12. MAITAWAU

    Jun 21. 2008

    THEN AKU MO BUAT BLOG POLITIK NI,,PAS TU AJAK BUDAK-BUDAK MAIN PITIK PITIK”EH PICIT-PICIT LAA..HAHAHAH

    Reply

  13. zul

    Jun 22. 2008

    Lama dah tak ku jenguk blog ni.. rupanya sampai abang budi yg kubanggakan terkena serpihan keberangan/keemosionalan Y.B Usop Sonto…

    Y.B Usop Sonto, menjawab persoalan adakah logik kerajaan kita membuat perbandingan harga antara negara kita dengan negara bukan pengeluar minyak,jiran kita singapura dan thailand sebenarnya bukanlah menjadi isu utama yg harus harus diperdebatkan. Persoalan yg ingin dibangkitkan disini ialah adakah pengagihan hasil ataupun subsidi ini sampai kepada pihak yg sepatutnya? Adakah logik subsidi tersebut kita beri kepada rakyat asing/jiran yg diperolehi melalui kegiatan penyeludupan dan siapakah sebenarnya yg sepatut menerima subsidi berkenaan, pemilik2 kilang, org kaya, penjawat tinggi,dsbg? Engkau ingat bila kerajaan dah kurangkan subsidi, bulat2 krjn simpan masuk poket. Come on lah, aku kah yg tak banyak membaca atau ko ni yg telebih baca sampai terlepas banyak fakta.

    Bukalah minda tu sedikit, janganlah terlalu prejudis hinggakan apa shj tindakan ataupun langkah yg diambil kerajaan semuanya mendtgkan mudharat kepada masyarakat. Aku ni bukanlah pro-kerajaan ataupun anti-pembangkang, tetapi antara rakyat yg turut merasai kesan kenaikan harga minyak dipasaran. Tetapi kita perlu sedar dan janganlah menjadi rakyat yg cepat melatah apabila dijentik, Dr. Mahathir sendiri pun turut mengakui bahawa kenaikan tersebut sudah tidak dpt dielakkan. Isu pemberian subsidi ini sebenarnya sama sahaja dengan pemberian dadah kepada penagih… bila terputus bekalan macam2lah mo dibuat, mencuri, membunuh.., sama gak dgn rakyat malaysia, subsidi ni membuatkan rakyat terlena dibuai mimpi dan khayalan yg akhirnya membuatkan rakyat malaysia sentiasa membazir dgn sumber yg ada.. contohnya abg budi, sblm naik minyak drive kreta, bila naik minyak naik lrt. Kenapa kita kita prlu membazirkan peruntukan/kemudahan yg sedia ada..At least langkah krjn ni dpt menjadikan kita sebagai rakyat yg berhemah, tahu merancang prbljn dan tahu keperluan sbenar masing2. Membazirkan tu kan salah satu sifat Syaitan. selain tu pengurangan subsidi ni akan memulangkan paku didulang yg diketuk oleh pihak2 tertentu yg mengatakan RMK9 ni tidak adil, walhal mereka ni yg sebenarnya yg lebih banyak menikmati pemberian subsidi… yalah.. kan ada subsidi jadi tak perlu tanggung kos lebih, makin besar margin makin besarlah subsidi yg diperolehi.Iya meh…

    Berkenaan koridor sana koridor sini… koridor tu sebenarnya untuk apa, … MSC tu untuk apa, merugikan negara ker, jadi koridor raya siti situ sana sini ni tak dak pek dah la… Aiyo… pembangunan tu untuk sapa ooo sebenarnya, untuk anak cucu kitalah, takkanlah semua pdptn negara kita nak guna untuk menampung kenaikan minyak skrg ni.. Kita kena maklum gak kos untuk mencari gali minyak juga telah naik ke thp 200%.Klu asyik nak beri subsidi.. mana nak dpt modal untuk cari gali minyak lagi… takkan nak bg kat syrkt minyak luar pulak. lagilah rugi…klu nak subsidi minyak jer mmcm mana nak buat pembangunan.. nanti kamu jugak yg cakap krjn tu pandai cakap jak… menguruskan negara bukan seperti percaturan menguruskan sebuah pasukan bola sepak..walaupun sumber minyak sebenarnya bukannya akan habis menjelang 2012 sebab penemuan telaga emas hitam baru di sabah.. tapi berthn sampai bila… klu esok lusa minyak dah abis,, apa kita nak tinggalkan kat anak cucu kita… asap kereta jak..optimis lah sedikit,janganlah berfikir dengan terlalu sinikal, ingatlah keadaan skrg bukan mcm dulu. Mcm2 perkara yg kita tidak jangkakan banyak berlaku. Aku tidak pandai untuk menerangkan dengan lebih lanjut mengenai punca sbnr kerajaan menaikkan harga minyak ini.. Oleh itu aku sertakan link mengenai kenyatan yg dibuat oleh Ketua Pegawai Eksekutif Petronas, Tan Sri Mohd.Hassan Marican. untuk tatapan korang .. org yang lebih layak menjawab soalan Y.B usop Sonto… aku ni kesian bukan Y.B… apa lagi yg berpangkat dato’. Kurang lagi tuh membaca..:)

    http://miester.wordpress.com/2007/07/03/petronas-dari-mohd-hassan-marican/

    http://www.utusan.com.my/utusan/arkib.asp?y=2007&dt=0701&pub=utusan_malaysia&sec=rencana&pg=re_01.htm&arc=hive

    -gua tengah piker dan membanyakkan membaca.. nak ambil private stpm tahun nih..-

    Reply

  14. lilou

    Jul 08. 2008

    baru pulak aku terperasan video dekat atas ni…..gempak jgak aku tngok video tu….

    Reply

  15. puteri isya

    Aug 12. 2008

    dann..aku sokong apa ko ckp tu.pasal aku pun mcm gtu..aku tanya dulu berapa tmbangnya baru aku naik..ko tau la kan..kitak bukn org kaya..

    Reply

  16. tawaurain

    Nov 04. 2009

    Salah kiraan tambang tu. Kiraan sebenar lau ikut tahun 2008 buka pintu jak dah RM3. tambah2 ikut 1 kilometer RM 1.00. tengok berapa km ko ikut dia. dia betul la tu. Masalahnya pembawaan kita di Tawau RM4 tuj dah kira mahal. kehkehkeh

    Reply

Leave a Reply

CommentLuv badge