Kisah November 2010

Bulan November 2010 aku telah menulis sebanyak 31 entry blog yang membuat aku boleh berpuas hati dengannya. Apa tidaknya, setelah blog ini mengalami hibernasi, aku mampu bangkit menulis purata satu entry setiap hari. Malah lebih dari itu, aku berpuas hati berkongsi pelbagai kisah dengan rakan bloggers yang ku kenali dan tidak kenali, termasuklah pengunjung keyword-keyword panas dari mesin cari.

Awal bulan November, aku bertindak untuk mengubah themes blog ini kepada konsep minimalis (Magzine 1.0 oleh Pupung Budi Purnama) yang membuat aku lebih bersemangat, tiada yang menyerabutkan mata, mudah diakses dan untuk itu, aku telah menerima respon positif pengunjung blog ini. Aku tahu ramai bloggers lain sedang berhibernasi di hujung tahun begini, almaklumlah sekarang ini musim cuti sekolah, selamat berhibernasi rakanku… Untuk itu, aku menghidangkan pengunjung blog ku dengan keunikan makanan di Tawau agar pengunjung luar yang ke Tawau dapat panduan jenis makan tempatan yang ada di Tawau ini.

Demikian jugalah kisahnya yang mengaitkan musim cuti sekolah sebagai musim kenduri-kendara, majlis khatam, majlis persandingan. Aku telah memperkenalkan Butik Andaman Hati Ke Hati bagi memenuhi keperluan majlis yang penuh makna kepada setiap ahli keluarga. Alhamdulillah, dari statistik kunjungan, entry butik itu dikunjungi sekurang-kurangnya 2 pengunjung setiap hari.

Pada bulan November juga aku telah melengkapkan misi resepi Bugis di blog ini iaitu dengan menulis tentang bagaimana mahu memasak buras bugis, tumbu bugis dan ayak masak lengkuas Bugis atau juga dikenali ayam masak likku. Resepi ini aku kongsikan bersama ahli facebook tawaurian sebelum menjelangnya hari raya aidiladha. Kepuasan yang aku dapat daripadanya amat luar biasa sehingga ada yang mengirim email kepadaku bertanyakan harga tempahan makanan itu.

Menyentuh kisah demam facebook, blog aku rupanya dikunjungi pelawat yang datangnya dari keyword “facebook orang tawau” meskipun aku tidak pernah mengisahkan hal itu sebelumnya. Untuk bertanggungjawab pada ketepatan keyword itu, aku telah menulis tentang facebook orang tawau yang mengisahkan tentang siapa paling top dalam Facebook orang Tawau. Meskipun demikian, aku masih berasa tidak puas hati dengan tindakan sebilangan facebooker Tawau yang tidak memanfaatkan maklumat yang ada, sebaliknya memperlekehkan usaha-usaha perkongsian untuk tujuan kebaikan.

Lastly, aku mahu minta maaf kepada sesiapa sahaja yang mengikuti perkembangan blog ini sama ada pernah tampil memberi komen mahupun menjadi silent reader. Siapa pun diri anda, saya hargai anda sebagai seorang rakan dan sekiranya anda tidak selesa untuk memberi komen secara terang-terangan, anda boleh email atau mesej aku di FB, dengan syarat, janganlah nak menyamar-nyamar just show urself as you are.

Tajuk entry November 2010.

  1. Kisah anak ladang BAL Tawau
  2. Beli hosting laju, domain murah di datakl.com
  3. Latihan Industri di Tawau
  4. Lebih baik putus cinta dari putus kawan
  5. Facebook orang Tawau
  6. PGA Tawau tidak dera nelayan Indonesia
  7. Widget Dont Copy Paste Me
  8. Tanggungjawab penulis blog
  9. Puadede dan duit Nuffnang
  10. Pantat itu punggung, tetek itu botol susu.
  11. Ikut Suka Aku
  12. Resepi Bugis Ayam Masak Lengkuas
  13. Resepi Tumbu Bugis
  14. Cara bungkus dan ikat Buras Bugis.
  15. Menu sarapan orang Tawau
  16. Sabah negeri termiskin di Malaysia
  17. Berterima kasih pada diri sendiri
  18. Butik Andaman Hati ke Hati.
  19. Pengaruh Bugis dalam bahasa pertuturan di Tawau
  20. Restoran Taufik Kekal Terbaik
  21. Kisah hujan di Stompin Sabah 2010
  22. Misi ke Stompin Sabah 2010
  23. Siapa menang di Galas dan Batu Sapi?
  24. Boleh lupa tapi jangan tak ingat
  25. Nasi Kuning Kantin Hafizah Tawau
  26. Jalan Wing Lok Tawau
  27. TM, pasang streamyx di Lorong Mak Yong
  28. Apa itu blogwalking
  29. Cop mohor puadede.com
  30. Kebakaran besar di Tawau 1953
  31. Tukar baju cepat
Related Posts with Thumbnails

Komen Rakan FB

comments

Powered by Facebook Comments

Advertisement

No comments.

Leave a Reply

CommentLuv badge