Kisah kereta sapu dan Semporna

Sebenarnya isu kereta sapu sudah bangas (basi) diperkatakan di media hari ini kerana ianya sudah wujud sekian lamanya di negara ini. Bagi aku, isu ini umpama sebuah ‘hadiah’ kepada sebuah pembangunan yang tidak saksama apatah lagi bagi daerah-daerah kecil di sini seperti Kunak, Lahad Datu & Semporna yang tersisih dari pusat dan ‘terjual’ oleh ‘undang-undang boneka’.

Aku sebenarnya mahu memperkatakan isu ini kerana aku berasa simpati dengan nasib seorang rakan aku yang buat pertama kalinya mengunjungi salah sebuah daerah di atas iaitu Semporna. Dia ni aku simpulkan sebagai seorang mangsa pada sebuah keadaan yang luar biasa di negara sendiri. Kenapa aku katakan luar biasa, adalah kerana pada kebiasaannya, daerah yang maju sektor pelancongannya akan turut dilengkapi dengan kemudahan yang lengkap dan diselia rapi keadaan sekitarnya 100 peratus. Kisahnya begini…

Semporna semamangnya terkenal sebagai syurga laut bagi penyelam-penyelam dari dalam dan luar negara yang bilangannya bertambah tahun demi tahun. Aku sendiri mengkagumi kepesatan dan kemajuan pembangunan daerah Semporna kerana ianya lengkap untuk dikunjungi oleh sesiapa sahaja, baik dari aspek penginapan, makanan, internet dan kelengkapan asas yang lain. Pokoknya, kalau nak layanan 1st class, anda boleh dapatkan di sana. (Perhatian: Ayat promote ini tidak ditaja oleh mana-mana pihak)

Cuma satu sahaja yang tidak best di Semporna, segala pergerakan perjalanan dikendalikan oleh kereta sapu. Seorang rakan saya yang ke Semporna beberapa bulan lalu telah mengirim email kepada saya yang menyatakan dia amat terkejut melihat Semporna tanpa sebuah (dia sebut seekor) teksi pun.

Katanya, setelah keluar dari bas mini dari Tawau, dia terpinga-pinga dan tercari-cari di manakah destinasi Floating, tempat dia akan bermalam malam itu. Dengan hanya berpandukan sms yang diberi rakan-rakan lain, dia memberanikan diri melangkah untuk mencari Floating. Floating ialah sebuah resort yang terkenal di Semporna dan kalau diikutkan pada panduan map di www.dragoninnfloating.com.my hanya memerlukan 10 minit berjalan kaki dari stesen bas. (hohoho.. aku promote lagi)

Tapi dia tersesat dan saat itulah dia terfikir untuk mendapatkan perkhidmatan teksi… “Di mana stesen teksi?” Orang ketawakan dia… “Di sini jangan cari teksi, memang tidak ada teksi, kamu naik saja itu kerong-kerong…” Ha! kerong-kerong? (Kerong-kerong ialah bahasa local yang bermaksud kereta sapu) Dalam kepalanya, savekah? Tak dijualkah aku? Apa aku nak buat bila aku kena culik? (hahaha, engkau dah besar panjang, sapa nak culik, dah jadi laki orang pun).

Result from the story:

Kepada pihak yang berkenaan, kalaupun tak dapat fix masalah kereta sapu di Semporna tu, usahakan alternatif lain untuk menjaga pelancong sebab pelancong mampu merangsang pembangunan negara. Contoh paling simple, letak map besar-besar di stesen bas tu, atau di mana saja tempat yang menjadi perhatian orang ramai. Kalau boleh, wajibkan semua tempat pelancongan di sana mempunyai web yang dilengkapi maklumat perjalanan yang tepat yang mudah difahami.

Kepada sesiapa yang mahu ke Semporna, aku nak tanam dalam memori otak kalian bahawa Semporna daerah yang aman dan selamat untuk dikunjungi, tiada lagi Abu Sayyaf, kualiti dan kuantiti kawalan maritim dan askar-askar laut daratnya begitu dititikberatkan.

Related Posts with Thumbnails

Komen Rakan FB

comments

Powered by Facebook Comments

Advertisement

15 Responses to “Kisah kereta sapu dan Semporna”

  1. friendly

    Jun 04. 2008

    ala ciannya kawan ko tu sis… buat pengetahuan sis lagi, pemandu kereta sapu ni kebanyakkannya tak mempunyai lesen memandu….
    aku heran la, pekan yang popular cam tu, polis traffik pun takda….
    satu lagi…. pstttt… ni rahsia yer… polis2 kat sana tu tak bleh harap sangat tau….
    sis pegi kat kampung air tu, berapa ramai pendatang tanpa izin menginap kat sana….
    (toleh kanan, toleh kiri… ada pengintip ker kat sini….) :)

    Reply

    annonymous reply on January 18th, 2010 6:21 AM:

    wahahahha…ko cakap cam org yang xda akal….lawak baca komen ko ni…wahahah…mmg lawak….bila pasal polis jak…wahahah…nampak semua keburukannya..pedahal…bila korg susah…wahahahha…lagi satu…adakah pasal pendatang pun..polis gak kena….bukan pihak imegrisen ka yang hendle benda ni????lu pikir la sendiri….pepatah melayu kata…cakap siang pandang,cakap malam dengar-dengar….

    Reply

  2. Maya

    Jun 04. 2008

    Polis trafik dorg hanya betugas masa ada event besar2 saja, tidak pun untuk arak YB dorang pigi rasmi majlis atau pigi airport.. hehehe.

    Nak kena ada lesen kah bawa kereta sapu? Nak takut apa? Mungkin ada antara kereta sapu tu bisnes orang dalam dorang…sapa tau.

    Reply

    eve....... reply on January 17th, 2010 7:36 AM:

    hi kawan mkn boleh sembarang mkn tapi ckap jgn sembarang ckap …. tuduh itu tak baik tau….. ingat kita kena bersatu … jika nak menyekesaikan sesuatu tugas fikirlah ngan positif jgn asik lontar aje … polis pun manusia juga ada perasan yun……….. dalam setandan pisang tak semuanya buruk tau…. harap kwan byk fham ya….. sempornakan hanya sebuah perkammpungan aje .. cubalah tunjuk cara untuk memuaskan hati kwan manalah tau pemimpin kat semporna tu cuba mengubahnya tapi jgnlah gunakan ayat yg menyinggung perasaan mrk… be a profesional lah sikit……

    Reply

  3. dann

    Jun 04. 2008

    ..begitulah natijahnya bila hidup tanpa undang2 dan undang2 tidak dilaksanakan..! bebas berdikari dan bebas dari amanah..! huh, tak sanggup..! wo, letih tu… (perhatian : masalah ini cuba panjangkan ke parlimen.., attn : datuk seri shafie afdal) hak3x

    Reply

    mays reply on December 5th, 2008 11:28 PM:

    sgt bersetuju dgn dann….begitu juga dgn yb plg popular dan kaki interframe parlimen ,yb bung…

    kemajuan kwsnya x sbrapa.jgnlh ckp x srupa bikin

    Reply

  4. mays

    Dec 05. 2008

    sabah sangat popular dengan pulaunya yang cantik.namun,pihak berkuasanya kurang bertanggungjawab.gaji dan pencen yang mereka makan adalah daripada rakyat..prihatin la ckit

    Reply

  5. poyon

    Jan 25. 2009

    mmg itulah kejadiannya di semporna. Tp tetap aman

    Reply

    eve....... reply on January 17th, 2010 7:30 AM:

    memang betul…. begitulah keadaan semporna wlaupun sesak dalam keadaan kampung tak tetap harmoni kan kan kan….

    Reply

  6. Aj

    Jan 29. 2009

    kerong2 di semporna ok bah….pernah aku ikut.. best lg siap dia cerita pasal keindahan semporna tp in the same time aku nampak sampah bertaburan… hahahaa

    Aj’s Terkini di blog…B’z- Asia’s #1 Rock Band

    Reply

  7. eve.......

    Jan 17. 2010

    sememangnya pekan semporna berkeadaan gitulah.. Jn salahkan pihak polis ..mrk penuh ngan tanggungjawap … tapi ingatlah semporna hana sepbuah pekan wlaupun mrk hanya gunakan kereta sapu keadann nya cukup harmoni…. Dah jadi kebiasaan sepi pekan gunakan kereta sapu… yg penting harga tambang tetap sama kan kan kan… tak lah cam di negeri lain tambang teksi ngan kereta sapu berbeza…dan bukan saja s seporna ada pendatang haram di mana mana pun ada dan kepada semua pembaca blog ni manusia tak boleh di kawalan sekali arung tapi sedikit demi sedikit itu lah tugas polis.. kena faham jugalah ari ni antar blik kg 555 org esaok daah dtg pula 10 org kan susah …. nah fham fham lah ya..wlau camana pun semporna sememangnya best ngan pelancungannya maupun makanan yg amat murah …..

    Reply

  8. hennry

    Mar 23. 2011

    ba..aku mau p Samporna la..bawa kerong2..jadi dreber….buli kaya ow,aku angkat pelancung saja..org tempatan ndamau..hahhahaaaa….

    Reply

  9. Azlina

    Jun 03. 2011

    Actually semporna memang bagus itu tidak dapat dinafikan suasana tenang, air laut yang cantik. Tapi cuma satu masaalah yg harus diatasi ialah masalah kebersihan. memang benar bandar2 lain pun mempunyai masaalah yg sama. Tapi bila dilihat air laut yg bersih tiba-tiba ada pulak sampah terapung amat menyakitkan mata. Jadi kepada pihak2 yg berkenaan silalah lakukan sesuatu supaya keadaan ini tidak menjadi lebih serious.

    Reply

  10. Irhaz Haqeem

    Sep 08. 2011

    :mrgreen:Aku bangga menjadi anak semporna..walaupun aku jarang balik Semporna. Memang…kereta sapu banyak bagai cendawan yang tumbuh selepas hujan di semporna..tetapi kadar tambang jauh lebih murah berbanding teksi di lain2 tempat…kalau di Sibu, Sarawak…jarak perjalanan tak sampai lima minit pun boleh dikenakan tambang paling murah RM10.00. Tapi cubalah guna kereta sapu di semporna…tak sampai RM5 pun…tulah bestnya duduk Semporna. Nak ke mana2 ofis GOV. senang nak akses…Semporna sentiasa di hatiku…

    Reply

Trackbacks/Pingbacks

  1. Semporna perlu sempurna. | Puadede.Com - 02/12/2010

    [...] Kisah kereta sapu dan Semporna [...]

Leave a Reply

CommentLuv badge