Kisah anak ladang BAL Tawau

Kisah anak Ladang BAL sengaja aku wujudkan dalam blog ini untuk mengenang kembali kisah masa silamku yang pastinya akan turut dibaca oleh ramai anak ladang BAL di mana pun mereka berada. Kisah ini aku anggap unik kerana apa yang terkandung didalamnya adalah kisah manis pahit anak ladang BAL Tawau yang lahir dari perit jerih orang tua yang bekerja buruh di ladang BAL Tawau.

Ini adalah kisah aku, kisah anak ladang BAL. kisah yang mungkin agak berbeza tapi keunikan itulah yang akan memberi rasa yang sama, rasa bangga menjadi anak ladang BAL.

Colonial Development Corporation (CDC) telah mengasaskan Borneo Abaca Limited (BAL) pada 24 Mac 1949 dan sekitar 1950-1980, sejarah Tawau mencatatkan kedatangan beramai-ramai tenaga buruh dari Indonesia terutamanya dari Sulawesi, Indonesia untuk mengisi keperluan kerja di ladang BAL. Pokok abaka, getah, koko, kopi dan kelapa sawit diusahakan secara ladang di BAL dan kami anak-anak ladang BAL mempunyai pengalaman terlibat dalam mengusahakan hasil pertanian penting di Tawau itu. Dengan kata lain, anak-anak BAL mempunyai sumbangan dalam membantu ekonomi Tawau sejak dulu lagi meskipun sedikit, tapi itulah peranan kami.

Bilakah anak ladang BAL ini menyumbang tenaga untuk hasil pertanian Tawau?

1- Musim cuti sekolah.

Cuti sekolah memberi suasana yang berbeza dengan hari-hari biasa kami di BAL. Abang dan kakak aku yang pada masa itu dalam tingkatan (dalam usia 13 tahun ke atas) akan mendaftar sebagai pekerja sambilan untuk satu misi kerja yang cukup menghiburkan. Kerjanya adalah mengumpul seberapa banyak biji getah (gred bagus dari ladang getah terpilih).

Mengumpul biji getah.
Aku yang masih bersekolah darjah juga akan turut keluar membantu abang dan kakak aku pada waktu petang (jam 1-3 petang) memungut biji getah. Kenapa aku katakanya sebagai aktiviti menghiburkan adalah kerana seluruh kampung akan berada di satu kawasan ladang getah untuk beramai-ramai mencari biji getah.

Bayangkan satu kampung menyerang satu kawasan ladang getah yang mempunyai anggaran 100 pokok, sekelip mata saja selesai. Selepas itu, keesokan harinya pula, mandor (pekerja yang dilantik BAL) akan menentukan lagi kawasan ladang getah yang akan dikumpul biji getahnya dan begitulah berlaku selama seminggu.

Mengisi plastik semaian getah.
Selesai sahaja proses memungut getah (aku tidak tahu berapa banyak biji getah dalam karung terkumpul) kakak dan abang aku akan bangun pagi setiap hari berbanding aku. Mereka akan bekerja di tapak tunas iaitu dengan mengambil upah mengisi tanah ke dalam plastik tunas (kaler hitam). Aku pernah berkeras untuk mengikut abang dan kakak aku, walaupun sampai di tapak semaian itu, aku sendiri akur aku tidak mampu membuat kerja-kerja itu. Mengisi tanah dalam plastik rupanya bukan kerja mudah, menolak kereta sorong dengan muatan tanah dari jarak tertentu telah membuat aku tertidur keletihan dan aku akun dengan kerja-kerja itu.

Balik mangkuk dan toreh getah.
Memandangkan aku bukanlah jenis kanak-kanak yang suka duduk diam di rumah (suka main tanah di bawah kolong) bapa aku akhirnya membawa aku ke ladang getah untuk membantu mereka menoreh getah. Mula-mula, aku dipertanggungjawabkan untuk memungut “lang” (lang adalah getah sekerap yang cukup “wangi”) dan tugas ini tidaklah sukar kerana hanya memungut lang, gosok-gosok sekitar mangkuk getah itu dan terbalikkannya.

Tapi ada satu kejadian yang membuat aku tidak mahu memungut “lang”. Satu pagi, sedang aku jauh meninggalkan bapa aku yang menoreh getak, kira-kira dalam jarak 300 meter, aku memungut lang seperti biasa, sambil menyanyi-nyanyi (lagu budak darjah)iba-tiba aku tersentak dengan satu bunyi asing di sebalik semak. Bila aku mendekati semak itu, tiba-tiba keluar satu lembaga menakutkan… itulah kali pertama aku takut + terkejut hilang semangat hingga hampir pitam sebelum pengsan, tapi aku kuatkan semangat.  Dalam kepala aku, aku perlu lari…ya aku perlu lari meninggalkan lembaga itu kerana ia sudah mula bergerak ke arahku.

Aku terus lari berlari tanpa arah sambil berteriak…
“Pak ada ular mau makan aku…”
Hahaha ular itu tak makan akulah, aku gunakan ular mahu makan aku untuk menggambarkan betapa takutnya aku ketika itu, ala macam dalam TV cerita otramen, rasaksa ular mahu makan otramen

Selepas kejadian itu, bapa aku ajar aku menoreh getah, potong bawah digelarkan… bapa aku hanya potong atas guna pisau khas yang tajam dan mencucuk bahagian atas pokok getah (macam aksi clubing, cucuk-cucuk langit). Agak lega kerana kerja memotong bawah itu membuatkan jarak aku dengan bapa aku hanya selang 1-2 pokok sahaja.

2- Bukan musim cuti sekolah

Menoreh getah
Selepas abang dan kakak aku melanjutkan pelajaran, aku meneruskan kerja balik mangkuk dan menoreh getah meskipun bukan musim cuti sekolah. Semasa aku bersekolah sesi petang, waktu pagi akan diisi dengan membantu bapa aku walaupun aku tahu itu bukanlah tanggungjawab aku sebagai pelajar ketika itu. Ketika sekolah pagi, petangnya diisi dengan aktiviti berkebun di belakang rumah, tanam sayur, ubi, pisang untuk keperluan seharian. Walaupun letih bersekolah jalan kaki, tapi atas kesedaran untuk meringankan bebanan orang tua, aku akur dengan tugasan itu dan aku bukannya bersendirian, tapi rasanya semua anak BAL melakukan itu dengan niat dan kesedaran yang sama.

Yang tidak dapat dilupakan apabila ada rakan sekelas menyindir di sekolah, bau tangan aku bau getah basi (lang tu getah basilah)… Untuk cover line, aku akan jawab inilah bau losyen baru kakak aku, hahahaha!

Kisah anak ladang BAL ini akan aku sambung lagi kisahnya dalam pendekatan kisah yang berlainan di lain masa. Harapanku, bila ada anak BAL yang membaca blog ini, dapat berkongsi bersama kisah kita. Ya, memang perit zaman kita kanak-kanak dulu, tapi inilah kita hari ini, kita yang membesar dan mengenal dunia dari celah-celah pengalaman manis sebagai anak ladang BAL. Kita perlu berbangga kerana mempunyai pengalamana hidup seperti masa lalu kita.

Related Posts with Thumbnails

Komen Rakan FB

comments

Powered by Facebook Comments

Advertisement

63 Responses to “Kisah anak ladang BAL Tawau”

  1. lisa ali

    Nov 30. 2010

    salam kak maya..

    mak abah jugak bekas anak BAL. Jarang mereka ceritakan bagaimana keperitan dorang dulu-dulu, especially abah. Mak pulak pernah la cerita bagaimana dia ngan atok bekerja di Teger (Tiger) tapi ndak banyak dia cerita. Yang ku tau, time2 cuti sekolah, mak akan bantu atok buang baja.

    Perkongsian sebegini mmg bagus kak. Bisa menyedarkan aku dan mereka yang ndak pernah hidup di BAL. Betapa susahnya orang tua ku tuk tingkatkan taraf hidup kami anak beranak. Terima kasih kak.

    Untuk pengetahuan kak Maya, sampai sekarang sifat suka bercucuk tanam mak abah ada dalam diri mereka. Tanah buangan di sebelah rumah kami ndak disia-siakan. Terung, lada, betik dan pandan mmg tanaman wajib mereka.

    Kalo kami ke kuburan Tiger kak, kalo ada pekerja kebun limpas, abah akan menoleh. Kekadang aku tengok abah termenung depan kubur arwah nenek dan atok. Mungkin terpikir perjalanan hidupnya dengan arwah maknya dan mbek nya(atok). Al-Fatihah..

    Teruskan la menulis kak pasal anak2 BAL. At least, ia bisa beriku gambaran pada kehidupan mak abah dulu..

    Reply

    Maya reply on November 30th, 2010 10:55 AM:

    waalaikumsalam…aduh respon begini yg aku ndak sanggup terima ni, buat tersentak dan tersentuh, tiba2 mengalir air mata…apa pun terima kasih lisa, insyaallah sis akan teruskan kisah ini.

    Reply

  2. Richard

    Dec 08. 2010

    Maya – ko dulu di BAL di mana? :) Sama kita ni org BAL

    Reply

    Maya reply on December 8th, 2010 4:31 PM:

    BAL Ladang Imam… Kg Mutiara

    Reply

  3. mail

    Dec 22. 2010

    Aku membesar di Bal ladang tiger.sampai sekarang aku masih tak jumpa suasana macam aku d bal dulu.tp semua itu hanya tinggal kenangan.Dulu selalu mkn koko bab kat tiger ladang koko siap bawa kicap.siap th koko mana yg sedap tp selalunya kokokawen la yg jd pilihan.selalu mandi d sungai injin atau sungai dalam tp sungai tu tak dalam pun.banyak lg la tp tak sempat d ceritakan.

    Reply

  4. MUSTANG BIN HJ SULAIMAN

    Jan 02. 2011

    untuk pengetahuan semua, Borneo Abaca Limited yg dulu d kenali sebagai BAl,saya lah yg ma c bertahan d sini sehinggalah sekarang, Bapak saya lah yang menguruskan kemasukan pendatang2 waktu dulu2, sehingga sekarang ade udah yg dapat warganegara Malaysia,

    Reply

    Maya reply on January 2nd, 2011 10:46 PM:

    kalau mustang kerabat Hj Sulaiman di Table, ya aku akui dan beliau anda seangkatan dengan arwah pakcik saya.

    Reply

  5. BlueGene

    Jan 03. 2011

    Assalam alaikum

    Tuan Maya

    Seandainya saya mempunyai “Mesin Masa” saya ingin merentas ke era Tuan Maya masih bernama Anak Ladang BAL. Kalau boleh, saya ingin merakamkan kecerian di tengah-tengah ladang di dalam akrilik atas kanvas. Boleh diabdikan di muzium kesenian Perancis.

    Arwah bapa saya, ibu saya juga kerja ladang. Ladang kopra (kelapa laut). Wah hari-hari juga makan kelapa muda dengan gula merah. Itu dulu. Sekarang tidak lagi. Rasanya mahu kembali semula ke zaman ladang. Jika ada “mesin masa.”

    Tuan Maya, kenapa tidak dibukukan sahaja kisah-kisah ini. Ia penting untuk sejarah sosiologi Tawau era diawal pembangunannya. Siapa tahu, kisah yang dibukukan ini akan menjadi sesuatu yang amat bermakna terutamanya mereka-mereka yang dulunya peladang atau anak peladang. Hasil royalti jualannya boleh disumbangkan ke dalam Tabung Khas Pendidikan dan Pelajaran Anak Peladang.

    Adieu…

    Reply

    Maya reply on January 3rd, 2011 7:20 PM:

    Tuan, sila rujuk dan miliki Abaka:kemelut kesengsaraan dan ranjau 983-62-8932-1
    kisah kami di sana cukup detail dan menyentuh perasaan.

    Reply

  6. BlueGene

    Jan 03. 2011

    Assalam alaikum

    Tuan Maya

    Saya akan mencarinya. Sebaik-baiknya di Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. Mungkin boleh jumpa judu-judul buku yang seangkatan dengannya.

    Oh ya. Saya masih ingat lagi. Sewaktu dulu semasa membuang masa di Perpustakaan Daerah Tawau, saya ada terjumpa dengan senaskah buku yang di tulis oleh Dr. D Wolf (antara doktor terawal di Tawau). Kisahnya sebagai doktor cukup perit. Dia merawat tangan, mata, kaki, betis dan anggota badan lain yang cedera semasa bekerja di ladang. Salah satunya di Ladang BAL.

    Doktor Jerman itu kebanyakan pesakitnya ialah sebangsa kita, Bugis. Dan tidak memilih bulu semasa merawat pesakit. Sama ada keturunan Indonesia atau sebaliknya. Di dalam bukunya itu disertakan sekali gambar-gambar anggota tubuh badan pekerja ladang yang terkena duri kelapa sawit dan sebagainya. Statistik pun ada juga.

    Auf Wiedersehen frau Maya

    Vielen Dank!

    P/S: Tidak salah-kan berbahasa Jerman sekali sekala:)

    Reply

    Maya reply on January 4th, 2011 2:44 AM:

    nanti saya akan rujuk buku itu di library… thx for ur info Tuan.
    emmm apa maksudnya tu?

    Reply

  7. BlueGene

    Jan 04. 2011

    Assalam alaikum

    Auf Wiedersehen perkataan formal untuk Bye… atau bye-bye.

    frau ialah Ms / Cik.

    Vielen Dank ialah terima kasih banyak-banyak.

    Oh ya, kalau Tuan ke Perpustakaan Tawau untuk mencari buku itu, tanya sahaja dengan kaunter tingkat bawah. Kalau cari di rak-rak buku tingkat atas, rasanya sukar. Buku-buku di rak tidak disusun secara tepat mengikut genre. Bercampur aduk. Kata kunci buku itu “Buku yang ditulis oleh Dr. D Wolf.”

    Judul buku itu saya sudah agak lupa. Dr. D Wolf, di Tawau kliniknya dikenali sebagi Dr. D Wolf Clinic semasa era lewat 60 an hingga akhir 80an. Lebih awal dari klinik Dr. Siau.

    Moga Tuan dapat jumpa buku itu:)

    Adieu…

    Reply

  8. Benson Tuyunso

    Jan 11. 2011

    Akum….memang dlm hidup ni jika mencari kelebihan dlm hidup apatalagi merubah taraf hidup keluarga adalah satu perjuangan yang pelbagai rintangan d cabaran yang akan menjadi kisah dan teladan kepada masyarakat. Genarasi sekarang ni yang dibanjiri dengan kemudahan ict dll.tidak lg merasai keperithan hidup seperti yang kita alami ni.TQ

    Reply

  9. Man 80

    Mar 08. 2011

    Asalamualaikum, saya membesar di Kampung Arongan, Ladang Table BAL.dari 1981 hingga 1992 Arwah ayah saya bekerja sebagai Pengawal Keselamtan Ladang. Ayah saya bertugas menjaga keselamatan ladang termasuk menghapuskan ancaman haiwan perosak seperti tupai. Setiap hari saya tengok ayah saya pergi kerja bawak senapang balik rehat tengahari, dapat saya lihat ayah saya bawa kelonsong peluru yang diisi dengan ekor tupai. Samapai arwah ayah saya mendapat gelaran salah seorang watak koboi yang terkenal pada tahun 80 an…

    Reply

  10. ady

    Mar 08. 2011

    terbaekk dr ladang..salute anak2 ladang..!!

    Reply

  11. saya

    Mar 21. 2011

    assalamualaikum..
    saya terbaca komen2 kamu di atas.
    huuu. terharu. tersentuh. saya jugak anak2 BAL.
    bermula dgn allahyarham atuk saya. kami tinggal d kg.indah. serasanya kamu tahu kan?
    bercerita tentang jerit perih org dulu2, sgt2 sedih.
    dgn bergaji yg tidak seberapa, mak dan bapa saya berjaya membesarkan kami 3 org adik beradik. dan alhamdulillah. semua berjaya. semua berkat gaji sebagai buruh kasar di BAL. T.T

    Reply

  12. kanjo

    Mar 24. 2011

    jangan lupa juga di ladang2 kawasan kunak dan sekitarnya (diawal penerokaan dan sehingga kini) terkenal dgn giramnya, bena 4ribu, bena workshop, tingkayu, mostyn, seri kunak, sapang, sipit dll…

    mengenangkan juga rumah yg keja diestate…kaki limanya bersambung…bole berlari dari rumah hujung sana ke hujung sini…

    sampai sekarang ni, orang yg sudah pencen pun akan masih dipanggil namanya ketika bekerja di ladang dulu…contohnya mandor…….., penjaga gate…….., driver lori…..

    anak2 estate kena banyakkan penerbitan buku2 pengalaman dorunk semasa tinggal di ladang2 tu…

    Reply

  13. Palanisamy

    May 03. 2011

    Hello,
    Firstly, my apologies if this comment looks to be insulting….it is NOT meant to be. I will try to write my best Malay here. Please forgive me if there are mistakes or out of the context interpretation.

    Nama saya Palanisamy, berketurunan India. Hairan kan? bagaimana seorang berketurunan India masuk dan menulis dalam blog ini. Untuk pengetahuan anda sekalian, saya juga berasal dari BAL. lahir pada 17hb March 1971 di Kampung Arongan, kemudian berpindah ke Kampung Pisang (Table). Saya bersekolah di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Abaka dari tahun 1978 hingga 1983. Masa tu masih ada SRJK lagi walaupun bahasa pengantarnya Bahasa Melayu. Saya juga belajar Jawi dan Agama Islam. Wajib mengucap dua kalimah syahadah walaupun saya bukan orang Islam. But it was all worth it…not a single regret in my life till today. I enjoyed & appreciate it.

    Saya tak pasti jika kampung dan sekolah saya masih ada. Ayah saya seorang mandur tetapi beliau meninggal dunia pada tahun 1974. Selepas itu ibu saya sahaja yang menyara kami sekeluarga. Kerja di ladang koko dan kelapa sawit, mengisi tanah dalam beg hitam tu semua pernah saya buat juga. Kepayahan hidup tak perlu dinyatakan disini. Air mata saya mengenang semasa saya menaip kisah ini…antara terharu dan sebak dan kegembiraan dapat berkongsi pengalaman hidup dengan penduduk BAL. Kemudian, ibu saya membuat keputusan untuk balik ke semenanjung. Sejak itu, kami terus menetap di Kedah. Saya melanjutkan pelajaran ke USM Pulau Pinang dan terus maju dalam hidup. Sekarang ni saya seorang Regional Manager untuk Intel (ya, Intel yang buat microprocessor untuk komputer). Bila saya lihat balik kehidupan masa silam dan membaca kisah anda…ternyata BAL bukan tempat yang calang-calang. Anak peladang miskin memang boleh maju dalam hidup dan saya percaya kita semua…walaupun mungkin tidak pernah bersua, berkongsi satu pengalaman yang tidak akan dilupakan.

    Jika anda boleh membantu…saya ingin berhubung dengan kawan-kawan sekolah saya. Nama mereka ialah seperti berikut (ejaan mungkin salah sebab saya taip ikut bunyi sebutan):

    Batch tahun 1978-1983 – SRJK Abaka, Table BAL
    1) Chai Su Keong
    2) Chong (bapa beliau seorang doktor di hospital Table)
    3) Warnidah
    4) Laupa
    5) Hassan
    6) Iskandar
    7) Shamsudin

    Tidak susah untuk mereka mengenali saya sebab hanya saya seorang budak berketurunan India di sekolah SRJK Abaka masa itu. Semua orang panggil saya “Samy” aje. Cikgu Besar pada masa itu bernama En. Ambo Hj. Rashida. Wow…hairan betul, saya masih ingat nama beliau selepas 28 tahun. also…satu-satunya bahasa bajau yang saya ingat ialah “mandre” (makan)…hope I pronounce it well :-)

    Sekian…terima kasih kerana sudi membaca. Comments are most welcome. You can email me at jspal17@gmail.com.

    Reply

    Maya reply on May 3rd, 2011 11:20 PM:

    Tuan Samy,

    Terima kasih kerana sudi berkongsi kisah di blog saya. Saya setuju, keperitan di BAL mengajar kita untuk menebusnya dan menjadi warga yang lebih baik dari sebelumnya. Semoga kisah2 tuan akan dapat dibaca dan diambil pengajaran kepada anak2 BAL yang masih bergelumang dengan perjuangan hidup. Tahniah Tuan.

    Mungkin kalau saya tidak silap, nama Laupa itu saya kenali, adakah dia Laupa Junus? Kalau ya, dia pernah sepejabat dengan saya di KK dan kini bertugas di Utusan Malaysia, KL. Kisah2 sejarah Tawau Tuan Samy boleh jejaki kami di facebook.com/discovertawau , mahu berkomuniti bersama warga Tawau di facebook.com/tawaurian .

    Mandre bukan bahasa Bajau, tapi itu bahasa Bugis yang bermaksud makan

    Reply

  14. Mus.Mase.

    May 04. 2011

    Salam…
    Thanks Sis for the info…
    That was what we “Anak² Ladang” used to do…

    Orang tua saya mula bermastautin di Kg Burut…
    Pastu pindah ke Ladang Mostyn…
    Dak lama pindah ke Bombalai (tempat yg plg lama kami tinggal)…
    Lepas Latok Q meninggal, kami menumpang d umah adek kpd nenek Q…
    Pastu kami berpindah ke Kg Pinang (Ldg Teger) psl bapak Q cuma Dreba bas Tawau Transport & pihak ladang bermurah hati utk menyediakan rumah bagi beliau Q bagi kemudahan penduduk Kg Tiger & kg pinang berulang-alik ke bandar Tawau.

    Memang tidak dapat dinafikan, Anak² Ladang BAL akan mengharungi keadaan hidup spt yg dicatatkan. Keadaan yang memang susah hendak digambarkan dengan kata² tapi cukup manis untuk dikenang.

    Tahniah atas tulisan di atas. Semoga Maya akan terus berjaya & terus manghasilkan tulisan² kreatif serta informatif.

    :-)

    Reply

  15. agoes

    May 04. 2011

    pembetulan: di Tiger nda da kubur. Yang ada ialah di Table.

    by the way……

    kami dulu tinggal di Kg. Permai. Pada tahun 70-an Kg Permai di bawah Estet Teble. Kemudian ia ditukarkan di bawah Tiger Estate apabila tanaman kelapa sawit ditukarkan ke tanaman koko.

    sebagaimana anak BAL, masa kecik2 dulu kerja di ladang masa cuti sekolah. ya, memang syiok. kerja pungut biji kelapa sawit yang ditinggalkan oleh pengait, ya pengait, kelapa sawit.

    selain pungut bijik, pernah jugak kerja cuci pokok. kerja nya membersihkan rumput di sekitar pangkal pokok kelapa sawit dalam tiga kaki radius.

    pernah juga juga susun pelepah. kerja pungut biji kelapa sawit dan susun pelepah selalunya pada musim buah kelapa sawit di mana pengait yangkerja pajak tu bubut mengait dan kurang masa untuk pungut bijik & susun pelepah.

    pernah juga tabur baja dan gendong pom racun rumpai. paling mencabar kalau kena lereng yang curam. nda boleh culas, mesti juga kena sampai hujung barisan pokok. kalau culas, kadang-kadang mandor ada bertapuk di sebalik pokok. lagi pun sudah diagak, satu beg baja atau satu pom untuk berapa pokok.

    apabila ditukar ke tanaman koko, pernah kerja jolok buah, pruning ranting baru, belah koko, pancang kayu bunga dan bersihkan kayu bunga.

    di ladang berselebalan, bukan ladang BAL, iaitu di Kebun Rimau dan Ladang Abai di kaki Bukit Tiger, pernah kerja merintis kebun baru, lining untuk lubang anak koko, mengawinkan anak koko dan membersihkan kayu yang ditebang.

    jawatan paling tinggi ialah sebagai mester….hehehe…orang panggil mester…sebagai penyelia ladang di Ladang Burut. waktu itu ia di bawah Ladang Merotai.

    sebagai mester, kerja ku menyelia tanaman baru getah. kebun baru. panas bukan kepalang. sesekali kali menyelia pekerja di seksysen tanaman kelapa sawit. makcik-makcik susah hati kalau aku ada sebab aku selia rapat kerja mereka. dorang bilang, mau kencing di sebalik pokok pun susah, takut-takut kalau aku ada perhati dekat situ….hehehehe

    masa aku jadi mester tu, aku sedang tunggu keputusan SPM. guna sijil SRP. masa temuduga ditanya, sanggup kerja di bawah panas dan hujan?. Sanggup, jawabku. bila keputusan SPM keluar, aku mengadan Tuan Chua Cheng Ean, manager ladang merotai. dia gumbira aku dapat keputusna bagus dalam spm.

    orang tuan chua ni paling garang. tapi dalam laporan harian ku, selalu dia kasi komen Very Good!

    eh, panjang lagi kisah ku sebagai anak BAL….telampau banyak pengalaman, sampai nda tau di mana mau mula….memang nda tau jugak di mana mau berenti….nantilah aku sambung lagi

    bah, Anoi, tabik sama lu kerana buat blog tentang kisah anak BAL…..aku bangga, aku anak plantation!

    :)

    Reply

  16. Palanisamy

    May 04. 2011

    Hi Maya,
    Terima kasih kerana membalas comment saya. Tak payah panggil saya Tuan..panggil aje Samy atau Palani.

    Tentang Laupa, saya tak ingat nama bapa beliau tapi jika beliau dari BAL, mungkin beliaulah orangnya. Boleh tak dapat email beliau? OK..saya akan join warga Tawau di FB.

    Ya..mandre itu bahasa Bugis, saya tersalah taip tetapi tak lupa maknanya :-)

    terima kasih sekali lagi.

    Reply

    Maya reply on May 4th, 2011 11:12 PM:

    ermmm rasanya Tuan boleh rujuk ke :

    Utusan Melayu (Malaysia) Berhad
    46M, Jalan Lima Off Jalan Chan Sow Lin
    55200 Kuala Lumpur
    Telefon: 03-92217055

    p/s: sudah menjadi satu kebiasaan, membahasakan “Tuan” kepada orang lain sebagai tanda hormat (bukan kerana untuk berlebih2 tapi sebagai menghargai orang itu)

    Reply

  17. Maya

    May 04. 2011

    Chief Agoes: Aku lebih duluan tabik sama Chief… tanpa peluang yang Chief berikan di Mercu dulu, aku tidak tau apa akan jadi sama aku hari ini. 14-15 thn lalu, (masa mula diinterview) aku paling terkejut bila tau Chief juga anak BAL dan hari ini barulah aku pasti bahawa Chief juga jauh lebih berpengalaman dalam bergelar anak BAL, siap jadi mester tu.

    Terima kasih Chief Agoes kerana mendidik aku menjadi penulis, journalist, sport journalist.

    Reply

  18. Agoes

    May 04. 2011

    Laupa Junus……pernah sekejap di Harian Mercu

    Reply

  19. Palanisamy

    May 19. 2011

    Terima kasih banyak-banyak Cik Maya…saya dah dapat contact Laupa Junus. Ya, memang beliaulah kawan yang saya maksudkan. Beliau kini Ketua Pengarang Sains & Teknologi di Utusan Melayu KL.

    THANKS A LOT :-)

    Reply

  20. ROY

    May 28. 2011

    asskum dn salam 1 malaysia..saya juga anak BAL…..memang seronok hidup zaman pentadbiran BAL….bapa saya dulu kerja di BAL-Kg Burut(Kg melati)…sapa yang pernah kerja sana dari tahun 1987 hingga 1997 mesti kenal ngan bapa sya..master acho …bapa saya ni kira terkenal juga sekitar ladang burut hingga merotai kecil..sebab bapa saya ni jenis tidak temberang..bawahannya semua di anggap keluarganya…dari pengendong pom sampai penombak buah..semua mesra ngan bapa saya….dia ada panggilan glamor..master rock..hahahaha….apapun kenangan memang banyak…kalo dibukukan..bole jadi novel bersiri plak..hehehe….bagi sya..kenangan paling syok adalah time2 dekat gaji la….gaji master ni bukan besar..kadang2 besar lagi gaji penombak buah…jadi kalo setakat bawa duit kesekolah..jgan harap la..hanya bekal nasi+telur mata sapi+kicap jadi jamuan disekolah….jadi kalo gaji ja ni harapan dapat duit..biar 50 sen sekalipun..sudah gembira…bole la beli kertas layang2 bikin layng2..hehehe…ataupun beli tora-tora atau dendang….hehehe tu pun kitar 1 ringt lebih…paling syok juga kalo bapa dapat giliran ‘bertarikan’..mesti lodet ke sekolah ..belanja kawan makan mee 20 sen…fuh….syok….apapun…kenangan di ladang BAL memang sukar dilupakan….semoga semua anak pengendng pom,ceker,pekebun baru,penombk buah,penoreh getah,orang koko,pelodeng,mandor,pemandu lori,pemandu persong,deresa,cikgu,sekeriko(security),kerani,master,asstn maneger,maneger…dan banyak lagi…diharap berjaya dengan karier masing2…paling penting jangan lupa asal usul kita sebagai ‘anak BAL’….dimana bumi dpijak..disitu kita junjung…kepada anak2 BAL..yang sudah berjaya dn berilmu…balik la ke Tawau berkhidmat dengan masyarakat kita sendiri…..bangunkan bumi asal kita pijak dahulu……

    Reply

  21. ken

    Jun 02. 2011

    Sy batch sm Abaka 1977-1980 waktu principal mr eduardo n srjk bombalai 1 si away mr hoes. Ada siapa yg boleh Kemal kwn2 yg Sudan miss spy chandran suppiah, palaniapan n ramai lag tidak ingot nama

    Reply

  22. Achai

    Jun 13. 2011

    salam BAL….

    best nya dapat jumpa kembali ngan anak2 bal di sini…dulu aku blum tahu lagi apa maksud BAL…pikir BAL tu Bawa Aku Lari….lihat jak lori hijau yg ada tulis BAL trus ramai2 sebut “bawa aku lari” sambil mengejar lori dan begantung d belakang lori..nakal ndak nakal…hahahaha….

    dari apa yg aku baca ni…tiada sorang pun yg berasal dari BAL Ladang imam (kuhara division)……aku tggal KG jambatan Putih (komplak baru dkat kandang budak)… di sini aku cuma nak share crita pasal kandang budak ….

    Mesti ramai diantara kita yg membesar dan selalu berak di kandang budak…hehehe…sebut jak mo d hantar p kandang budak mesti gembira punya…subuh2 dah bangun awal n dihantar p kandang budak..di sana boleh jumpa kawan2 n bermain…tapi masalahnya mesti mau tidur dlu baru boleh main…huhuhu….paling ebat klau d kandang budak boleh main tarzan2…guna tali ayunan tu…sampai pernah jatuh n kepala benjol…..hehehe…walaupun benjol tetap mahu main jg..perna satu hari tu gara2 terlalu nakal dilarang bermain,….denda nya di suruh tidur n dilarang buka mata…huhuhuhu……klau buka mata dilarang sdah tinggal dikandang budak…klau ingat balik ugutan tipu2 makcik2 memang lucu…ehehehe

    Reply

  23. sabran dapid

    Jun 24. 2011

    klu menoreh getah(memotong dlm bahasa org kpg muttiara)kami la kasian yg biasa mengerjakan benda ni….jam 5.30pg sdh bergerak pg pajak,habis balik mangkok lebih kurang jam 9.30pg blik rmh rehat skejap la kasian jam 10.30pg bergerak pg sekolah dgn berjalan kaki dr kpg mutiara pg abaka lbh kurang 6km lau x silap tapi happy la sb ramai2 kn….klu renung kembali mcm mau menitis air mata cari duit punya pasal……

    Reply

  24. azrien

    Jun 24. 2011

    salam,
    teruskan menulis kisah suka dan duka ANAK2 BAL….
    kisah ni mengingatkan aq memori yang sukar aqlupakan sampai sekarang,terutamasekali ketika aq memungut”LANG”.
    Ketika 2 aq terpaksa bangun seawal 5pg untukmelakukan kerja2 harian di ladang dengan berjalan kaki untuk sampaike ladang.
    Aq lakukan semua itu bagi menampung keperluan kami sekeluarga.
    Apa pun sekalung tahniah kerana dapat menulis kisah kehidupan anak2 BAL.

    Reply

  25. jumaini laming

    Jun 24. 2011

    salam..klu org arongan ingt aku dngn nama c echek @ cjum pnyanyi band c mester luding@ zai..msa drjh 1,bwa duit p sklh 20 cen jak..dh kira bnyk msa tu.p sklh jln kaki subuh2 ikut mamakku mo p krja.smpai dkt opis brpisah.aku p sklh,mamak p naik lori p (bellok)…hehe slang bugis.cuti sklh ikut p bellok bntu mamak pungut koko.best woo wlau pnat,bnyak nyamuk..tp bekal nasi ngan telur dadar..smua lupa.habis nasi mkn koko ngan kicap..tu la gigi jd hitam d dpan…aku pun dh lalui isi tanah dlm plastik hitam.berebut sapa pling bnyak.sorong gerobak,kena pecah beling..tolong bapa dn abgku c sakka pungut klapa sawit..naik lori ngan smua org dewasa… Tnghari lapar..nasi abis..biji klapa sawit yg msih muda,abgku bakar.kmi makan cicah gula…aduh..memori bnyak nak d siratkn d cni..tp..air mata ini x mgizinkan..thanks kak maya…klau bleh d ulang smula..aku tetap mo tnggal d arongan,table….

    Reply

  26. Ramlah Laremi

    Jun 25. 2011

    “keperitan itulah yang telah mengajarku erti kehidupan”..tapi ndak sempat plak jumpa pokok getah bah..
    Hanya kutip biji kelapa sawit dan pikul koko..
    tapi cerita di atas sudah cukup mengimbau kembali kenangan zaman kanak2 dan remaja di BAL..

    Reply

  27. Queenbee

    Jun 25. 2011

    Tak banyak beza dengan penghidupan masa kecil kakak di Ladang BAL Kunak. Bezanya cuma di Ladang BAL kunak tak ada pokok getah, cuma ada lanut kemudian kelapa sawit dan koko.

    Syabas dek, kamu berhasil mengenangkan kembali nostalgia kakak.

    Reply

  28. ashby

    Jun 27. 2011

    pertama tinggal d burut, bersekolah hingga darjah 4, kemudian berpindah d kg mawar, sehinggan bersekolah hingga tingkatan 2, lepas tu berpindah ke bombalai sehingga form 5,d bombalailah lama menetap,kalau nak ingatkan kenangan sewaktu d Bal dahulu memang tak dapat d lupakan, banyak kenangan yg indah2, dan tuk pengetahuan semua, kebanyakan anak2 kelahiran bal telah berjaya, dalam bidang masing2, dan anak2 bal juga berjaya dlm pelajaran dan sukan…

    Reply

  29. norbani yusuf

    Aug 13. 2011

    as salam…wlaupun aq x pna rsa mcm mna pungut bji getah..pngut bji sawit….tp aq pna rasa betapa indah hidup d bal….aq lahir d kg melati burut,bapak q krja d kilang klapa swit…t’haru la baca kisah ank ladang bal ni…membangkit kan nostalgia zaman knak2….t’utama’y time2 mo rya ni….heheeeeeee

    Reply

  30. Hasmidah Binti Dandang

    Aug 13. 2011

    Assalamualaikum & Salam sejahtera,
    Saya Hasmidah ank kepada pakcik DANDANG. Ckarang beliau telah meninggal. Hanya ibu ja yg tggal. Ada Sapa2 yg ingat lg ? dulu2 arwah bapa di pggil Mandur/driver Dandang. Arwah jgk pernah Jual Ikan. Rindu sgt masa tinggal di Table. Mcm nak nangis jak baca blog di atas. wpun sy xpena lalui kenangan kerja di Bal atau bantu beliau tp sy dapat rasakan & pernah lihat abg2 & kakak sy buat semua tu. Bila mareka pi bantu beliau, sy akn di hantar ke pusat jagaan kanak2( kadang Budak) ada jua lucunya ingat kenagan dulu2 ni. sampai pernah sy terjumpa makci yg jaga sy dulu. Makci tu ckp sy pi kandang budak sllu bw bekal sayur daun ubi & kuat nagis hihihi.

    Dulu2 rumah, tempat org lepak.Almaklumla sy banyak abg. tempat escape bdk sekolah pun di umah.tempat org main gitar & main domeng. Sy ingat lg,Arwah ni jenis yg suka tolong org, kadang ada ja org datang umah ketuk pintu tak kira mlm atau subuh2 “mandur minta tolong hantar bini sy dia mau bersalin” “tolong hantar pi Tanjong esok di batu mau balik kg” hihi sbb dulu2 jarang org ada kareta.Kadang tu ada ja Arwah bapa bw org pi umah. org dr mana pun tak tahu hehe. Rumah dulu wpun kecil tp boleh jgk muat kami 10 beradik. Yang lucu tu bila ada tamu datang cepat2 masuk bilik angkat bantal & tilam,sbb bilik hanya ada 2 ja dulu. Biar suda tidur di suruh jgk bangun.Kecian betol huhu. Lepas tu mgintip sapa datng di langsir bilik haha.

    Time gajian paling best hehe beliau yg gaji kita lak yg sibuk pi office ikut. beli kue terang bulan ustaz kolil & tgok2 rombengan.Bila bulan Ramadan lak yg syok bertukar juadah berbuka..Rumah time tu dekat2 sebelah ja. Mahu x mahu kena juga bg jiran sbb apa yg kita masak di hidu bau’nya dgn jiran sebelah haha..Pi sembahyang Terawih di masjid lak jalan kaki. dulu2 steady ja jalan kaki. ikut (jalan kecil @ jalan potong) jalan di Bal ja tu ada istilah jalan kecil&jalan potong hihi.

    Terlalu banyak nk di citer boleh jd 1 buku ni hu..adui :'( sedih sgt dan Rindu sgt2 kg Arongan.

    Nway thanx Cik Maya.
    Saya Bangga jd anak Peladang !!!

    Reply

  31. herry

    Aug 13. 2011

    kenagan yg x dapat aku lupakan bila pagi2 nak g balik mangkok t’pakasa naki pekup…uhuhuhuhuh

    Reply

  32. SUMARNI BINTI JOHN BILUSAYANG

    Aug 13. 2011

    salam…. aku pun anak BAL jugak. anak jati kg.indah. akulah anak bongsu arwah pacik john bilusayang. bekas ketua kg kg. indah.. banyak kenangan manisku dari kecil. ikut arwah bapakku pergi angkat susu getah, angkat kelapa sawit guna lori dihantar ke kilang d burut. getah plak di bombalai. aku dah biasa bau susu n kelapa sawit tu. skrng pegi sana x meriah dah. tiap kali raya klu nak g kubur d table, singgahlh kejap. dah takda umah kami di kg indah. droboh dah. sedih tengok semuatu.

    memang tinggal kenangan manis tapi pahit untuk mengingat semuatu.. kepada semua anak BAL.. turunkanlah cerita kenangan kita dari zaman ke zaman. agar tidak luput ditelan masa..

    selamat hari raya aidilfitri maaf zahir n batin 2011

    Reply

  33. SUMARNI BINTI JOHN BILUSAYANG

    Aug 13. 2011

    KEPADA SESIAPA YANG MENGENALI KELUARGA ARWAH PAK JOHN BILUSAYANG DAN ANAK2..

    ENCIK RUDIYANSAH BILOSAYANG, PUAN ROSNY JOHN, PUAN SARMI BILUSAIYANG DAN SAYA ANAK BONGSU, SUMARNI JOHN BILUSAYANG….

    DIJEMPUT UNTUK MENGHADIRI MAJLIS PERKAHWINAN SAYA PADA 3 SEPTEMBER 2011 (SABTU) BERTEMPAT DI 2005, LORONG 3C, KG:MUHIBBAH BAL 3, JALAN KUHARA, TAWAU (SIMPANG SM TEKNIK TAWAU) BERMULA JAM 11 PG HINGGA 11 MLM..

    DIHARAP DENGAN KEHADIRAN ANDA SEMUA MENGUBAT KERINDUAN ZAMAN KITA DAHULU.. MEMPERERATKAN LAGI SILATURRAHIM YG TELAH LAMA TERBINA OLEH IBU BAPA KITA..

    Reply

  34. wie wie

    Aug 13. 2011

    adeh….table..kg arongan ..tetap d hati…kalo korg mau tau aku satu2nya anak jawa d kg arongan selain ust.cholil yg rumahnya dekat sekolah Abaka..masa kecik2 dulu..kami kurang begaul dgn budak2 arongan bukan kerana kami sombong..budak2 takut dengan bapakku yg rupanya garang..sampai budak2 arongan gelar beliau ”pengait”.kebetulan time tu kecoh pasal pengait…tapi tiada pun org arongan yg hilang kepala..hahahahhaah…gosip2..apa pun kalo mau d tulis memang ndak habis2…banyak yg mau d ceritakan….

    Reply

  35. munk

    Aug 14. 2011

    salam…aq pun b’asal dari ladang BAL,sejak dlahirkn shingga aq naik ke tingkatan 1 barulh aq bpindah ke bombalai..BAL atau lebih dkenali sbg Table,tlalu byk mninggalkn kenangn manis&pahit buat aq skeluarga..

    Reply

  36. Nasir

    Aug 14. 2011

    Borneo Abaca Limited (BAL Plantation Sdn Bhd) huhhh…..banyak kenangan dan memori yg timbul bila terbaca semua coretan anak-anak BAL di dalam ruangan ini. Sedih, pilu, gembira dan terharu sekali. Aku juga anak BAL, lahir di Kg Pertama Bombalai. Bersekolah di SRJK Bombalai Inggeris atau Bombalai (1). Bekerja di BAL masa cuti sekolah dulu memangnya sesuatu yang di tunggu2 oleh setiap anak2 BAL untuk mencari wang buat membeli barang2 sekolah sebagai persiapan buka sekolah masa penggal pertama tiap2 tahun. Isi tanah dlm plastik, Petik Kopi, Proneng, Petik Koko dan kerja pungut sampah tiap2 hari sabtu di sekitar perumahan Kg. Pertama Bombalai itu la kerja ku masa di BAL dulu hehe….. Balik dari extra class di sekolah Abaka singgah d somel (Sawmill) mandi manda dan klu ada rezeki ada plak org yg buat hajat di sana, blh la tumpang makan sekali. Bapaku kerja sebagai pemandu di Workshop Bombalai. Siapa yang selalu jalan kaki masa pergi dan balik sekolah di Abaka dulu mesti ingat siapa bapa saya, selalu tumpangkan pelajar2 klu terjumpa di tgh jln. InsyaAllah, klu di panjangkan umur kita akan bertemu lagi di ruangan ini. Terima kasih kepada Kak Maya kerana memberi peluang kepada anak2 BAL mencoret kenangan di dlm blog ini. BAL Plantation tetap dihati sampai bila2…….

    Reply

  37. hafis yubbu

    Aug 14. 2011

    salam ,, saya bukan anak bal ,, tapi ada kenangan tinggal dgn nenek di bal iaitu di kg mawar.. tidak dapat dilupakan sekolah di dalam gudang tapi padang kg indah ada 3 kelas dari darjah 1 hingga 3,, selalu la pula kena banjir..,

    Reply

  38. hanier bedu

    Aug 14. 2011

    salam 1 BAL untuk semua.saya dilahirkan di kpg mutiara imam estate tapi dibesarkan di ladang tiger bersekolah tahun 1972 – 1979 di ladang tiger, SMJK ABACA tahun 1978 – 1980. Seorang anak asli BAL yang punyai banyak kenangan suka-duka semasa tinggal disana yang mana rasanya tidak mungkin dapat ku lupakan begitu sahaja. Saat cuti sekolah kami akan bekerja di ladang buat mencari duit belanja buku2 sekolah. Pernah bekerja sebagai mistere di ladang Table cuma 3 bulan sahaja. namun kenangan semasa tinggal di BAL masih terpahat rapi dalam sanubari..alhamdulillah kini ramai anak2 BAL yang telah berjaya
    terima kaseh semua

    Reply

  39. Marhaban Mahmuddin

    Aug 15. 2011

    Assalamualaikum….tallengong memeng budak2 tawo kalo ndak perna masuk p cni. sgalanya bermula d cni… steady ko lago. idup budak Bal….

    Reply

  40. azlan yoyo bakar

    Aug 16. 2011

    assalammualaikum….banyak kenangan n memori ku d table…terutama bdk kg arongan…Marhaban,steady ko lago….mari kita kasi bangun sahur.

    Reply

  41. Samsul Sindring@endek

    Aug 16. 2011

    Assalamualaikum warga2 bal terutamanya budak2 arongan….saya ne pun bekas anak table,tinggal kat kampung arongan..rumahku paling hujung…tentu ada yang kenal dengan bapa tapa…bapaku merupakan tukang kayu kat table time 2..time nak masuk puasa dan nak raya situlah bapaku sibuk keliling kampung untuk membaca doa…banyak kenangan manis n pahit masa kat table….lu klu p sekolah jalan kaki beramai…time balik pula ikut jalan kecil@jalan potong..setiap kali dlm pulang mesti membedal buah koko yang mengkal di cicah ngan garam n lada…sampai kena panggil oleh cikgu eskolali….byk g kenangan2 kat table..bleh di buat satu buku cerita kat table..

    Reply

  42. sabturia lorong

    Aug 16. 2011

    Hai..saya jg pnh hidup sbg ank ladang BAL apa yg d ceritakan d atas smuanya kehidupan yg pernah kita lalui. Di besarkan d kg arongan, apa yg ingin sy kongsikan dulu nk dpt duit belanja mmg susah aktiviti yg boleh mmberikan kuntungan agak lumayan mencari labi2 di air terjun table dan jual dgn uncle cina d mangkong..hasilnya ckp mmberangsangkan. Mmm tp tkt jgk sbb air terjun tu makan org iyalah ada saja tragedi org mati lemas. Apapun semua dlm ingatan.

    Reply

  43. sabturia lorong

    Aug 16. 2011

    Azlan,klu marhaban aku kenal time puasa selalu ketuk tin kemudian nynyi sahur sahur kadang ketuk dinding rumah aku mcm mau roboh.

    Reply

  44. emy

    Aug 18. 2011

    Kg Pinang BAL ladang tiger…sngat besar erti kehidupan yg aku lalui d sana…bnyak memori yg memang takkan ku lupakan smpai bila2…

    time cuti2 sekolah..aku pernah juga bekerja khas tuk bdak2 sekolah…keja hambur baja..cuci pokok org teger ckp proneng..jolok koko..kalu time subuh2 mo p ofis tu yg lucu..kena naik persong org tua kita ckp bngun pagi2 ikut juga mcm mak bapa kita p kerja…pastu ceking kehadiran oleh mandor2….kalu semua da siap..naik lori tau persong lg d bawa p belok2…smpai belok..mkn2 lg dr bekalan yg d bawa masing2…d sanala kegembiraan yg tak terhingga d rasa bila mkn beramai2 then bekongsi2 mknan…..hujung bulan smpai time gajian…hepinya dpt gaji dr hasil usaha sendiri kan….

    adeehh….kalu mau d ceritakan semua memang tak tertulis rasanya….9smbil menaip ni pun senyum2 teringat zaman2 tu..)

    the best in ma life time membesar d BAL ladang Tiger…..!!!

    Reply

  45. Samad

    Aug 22. 2011

    salamualaikum semua warga BAL..
    aku terharu baca komen2 di sini..
    jari menjadi kaku mau menulis cerita..
    ndapala.. aku kenalkan diriku..
    aku jugak seorang anak BAL..
    aku dilahirkan di Kg Cinta Mata. sedih btul sbb kampung tu ndada penghuni suda.. bapaku Mahmud. orang lama di kampung cinta mata. orang lebih kenal dia dgn panggilan bapa sapar. sbb abgku yang sulung bernama sapar.
    rindu btul ngan kg halamanku.. tempatku bermain dulu d waktu kecl… klu bilang ke ladang koko, tiap2 ari pegi.. bantu2 orang tua.. best walaupun berat.. naik motor yamaha DT lagi..
    bapaku ada bas.. kalau ada siapa2 yg pernah tgk.. DANAU TOBA.. itula bas bapaku..
    skarang ne aku da kerja d kl. ada masa mau balik p sana tp sayang kampungku ndada suda.. balik kg arongan ja la… rumah kakakku.. barisan pertama..

    nnt ada masa kita share2 lgi ya… rindunya…

    KG CINTA MATA TETAP D HATI…

    Reply

  46. Samad

    Aug 22. 2011

    Hasmidah Bte Dandang..

    rasanya sy kenal nama kamu.. kamu kawan kakak saya kan?? nama kakak saya Samsidah bte Mahmud.. orang kampung cinta mata.. dia minta no telefon kamu..

    -samad-
    0102194419

    Reply

  47. yakil

    Aug 24. 2011

    pehh betul2 nostalgia… mau keluar air mata ingat balik kehidupan di BAL, saya juga membesar di BAL ladang Burut. tinggal di Kg. Bukit, bila sudah darjah empat pindah pula di Merotai Kecil, tapi masih sekolah di Burut…. hari2 naik lori kelapa sawit pigi sekolah.
    Kini sudah 18 tahun menetap di KL dan berkerjaya disini, keluarga pun sudah ramai ndak ada, ada balik sulawesi, beliau pun sudah tidak disana, tinggal sepupu masih kerja drebar lori disana (sudah mau pencen)

    Reply

  48. Norhayati Kadiran

    Aug 25. 2011

    Assalamualaikum w.tw…

    Terlebih dahulu jutaan terima kasih dan syabas kerana menerbitkan BLOG ANAK BAL ni…Alhamdulillah walaupun kita anak BAL ni dah jauh dr pandangan..tapi dengan terbitnya BLOG ANAK BAL ni bolehlah kita dekatkan hati kita dan silaturrahim dapat bersemi semula dengan berkongsi ‘SWEET MEMORIES’ kita hidup di BAL…

    THANKS N CONGRATES…
    JAZAKALLAH…

    Reply

  49. andi baso petta tuwo

    Sep 03. 2011

    Assalamualaikum..rasanya takdadapat menjejakkan kaki semula ke desa subur..apatahlagi di sekolah lama sk desa subur..seperti hendak bercucuran air mata..mengenang nostalgia..sekolah lama..guru2..suasana..ada yg sudah pergi menghadap ilahi..bahkan keperitan melalui saat sukar zaman persekolahan memahat memori pahit dan manis..dan melekat dalam dairi hidup sejak tahun 1988 hingga sekarang..tapi insyaAllah..akan saya bulatkan azam juga utk ke sana demi menyingkap kenangan dan menyahut panggilan tanah…terima kasih dan sekalung tahniah kepada pembina laman ini..semoga sentiasa mendapat keberkatan dan meningkatkan lg rangkaian kerja dari semasa ke semasa..

    Reply

  50. Lambachek

    Sep 07. 2011

    asslamualaikum……..terima kasi pada blog ini, dapat jugak saya baca pengalamn orang yang prnah berada dan di besarkan kat ladang BAL. teringat zaman2 kecil dulu semasa saya berada di ladang BAL. saya berasal dari ladang tiger.saya dilahir kan dan membesar di dasana sehingga saya abis peperiksaan SPM.banyak pengalan keti ka di sana semasa saya berkerja cuti semester sekola. walaupun gaji harian (RM7) sehari. tapi saya happy dapat membantu org tua saya. bermacam keja saya buat seprti hambur baja, cabut duit2, proneng, jolok koko, dan paling teruk keja kat kebun baru….pehhh panastu. walaupun panas tapi cukup bulan, ambil gaji. tak terasa semua penat yg saya buat. bestt la…tapi BAL tak seperti dahulu tiggal kenangan. bila balik kg rasa saya pulak orang baru… heeee saya di lahirkan di sinila.. tempat yg pertama saya pergi ialah sungai injin. ini tempat time mati air. semua akan turun ke tempat ni. ada yg cuci kain, ada yg mandi dan ada jugak yg berkesempatan mengambil pucuk paku,kangkong dan pucuk ubi. tapi sekarang dah kena pagar. hilang suda serinya.tak seperti dulu. kat BAL yang paling best time orang kawin. orng ramai gotong royang buat serapo. malam hari pulak, main domino la…sampailan malam keesokan persandinagan. malam tu ada pertandigan domino. hadia bolelah tahan. bergantung pada kemampuan kedua mempelai, kadang tuala,baju ada jugak redio tau. banyak lagi la pengalan bila berada di BAL dulu…..tadi dah taip panjang panjang, line pulak putus… tu yg jadi pendek ni…kalau nak diikutkan leh jadi satu buaku.

    Reply

Trackbacks/Pingbacks

  1. SK Desa Subur Tawau | Puadede.Com - 03/01/2011

    […] yang bersekolah di SK Desa Subur, aku juga seperti kamu, aku juga pelajar anak ladang. Rujuk INI untuk mengetahui kisahku sebagai anak ladang. #gallery-1 { margin: auto; } #gallery-1 […]

Leave a Reply

CommentLuv badge