61

Kisah anak ladang BAL Tawau

Kisah anak Ladang BAL sengaja aku wujudkan dalam blog ini untuk mengenang kembali kisah masa silamku yang pastinya akan turut dibaca oleh ramai anak ladang BAL di mana pun mereka berada. Kisah ini aku anggap unik kerana apa yang terkandung didalamnya adalah kisah manis pahit anak ladang BAL Tawau yang lahir dari perit jerih orang tua yang bekerja buruh di ladang BAL Tawau.

Ini adalah kisah aku, kisah anak ladang BAL. kisah yang mungkin agak berbeza tapi keunikan itulah yang akan memberi rasa yang sama, rasa bangga menjadi anak ladang BAL.

Colonial Development Corporation (CDC) telah mengasaskan Borneo Abaca Limited (BAL) pada 24 Mac 1949 dan sekitar 1950-1980, sejarah Tawau mencatatkan kedatangan beramai-ramai tenaga buruh dari Indonesia terutamanya dari Sulawesi, Indonesia untuk mengisi keperluan kerja di ladang BAL. Pokok abaka, getah, koko, kopi dan kelapa sawit diusahakan secara ladang di BAL dan kami anak-anak ladang BAL mempunyai pengalaman terlibat dalam mengusahakan hasil pertanian penting di Tawau itu. Dengan kata lain, anak-anak BAL mempunyai sumbangan dalam membantu ekonomi Tawau sejak dulu lagi meskipun sedikit, tapi itulah peranan kami.

Bilakah anak ladang BAL ini menyumbang tenaga untuk hasil pertanian Tawau?

1- Musim cuti sekolah.

Cuti sekolah memberi suasana yang berbeza dengan hari-hari biasa kami di BAL. Abang dan kakak aku yang pada masa itu dalam tingkatan (dalam usia 13 tahun ke atas) akan mendaftar sebagai pekerja sambilan untuk satu misi kerja yang cukup menghiburkan. Kerjanya adalah mengumpul seberapa banyak biji getah (gred bagus dari ladang getah terpilih).

Mengumpul biji getah.
Aku yang masih bersekolah darjah juga akan turut keluar membantu abang dan kakak aku pada waktu petang (jam 1-3 petang) memungut biji getah. Kenapa aku katakanya sebagai aktiviti menghiburkan adalah kerana seluruh kampung akan berada di satu kawasan ladang getah untuk beramai-ramai mencari biji getah.

Bayangkan satu kampung menyerang satu kawasan ladang getah yang mempunyai anggaran 100 pokok, sekelip mata saja selesai. Selepas itu, keesokan harinya pula, mandor (pekerja yang dilantik BAL) akan menentukan lagi kawasan ladang getah yang akan dikumpul biji getahnya dan begitulah berlaku selama seminggu.

Mengisi plastik semaian getah.
Selesai sahaja proses memungut getah (aku tidak tahu berapa banyak biji getah dalam karung terkumpul) kakak dan abang aku akan bangun pagi setiap hari berbanding aku. Mereka akan bekerja di tapak tunas iaitu dengan mengambil upah mengisi tanah ke dalam plastik tunas (kaler hitam). Aku pernah berkeras untuk mengikut abang dan kakak aku, walaupun sampai di tapak semaian itu, aku sendiri akur aku tidak mampu membuat kerja-kerja itu. Mengisi tanah dalam plastik rupanya bukan kerja mudah, menolak kereta sorong dengan muatan tanah dari jarak tertentu telah membuat aku tertidur keletihan dan aku akun dengan kerja-kerja itu.

Balik mangkuk dan toreh getah.
Memandangkan aku bukanlah jenis kanak-kanak yang suka duduk diam di rumah (suka main tanah di bawah kolong) bapa aku akhirnya membawa aku ke ladang getah untuk membantu mereka menoreh getah. Mula-mula, aku dipertanggungjawabkan untuk memungut “lang” (lang adalah getah sekerap yang cukup “wangi”) dan tugas ini tidaklah sukar kerana hanya memungut lang, gosok-gosok sekitar mangkuk getah itu dan terbalikkannya.

Tapi ada satu kejadian yang membuat aku tidak mahu memungut “lang”. Satu pagi, sedang aku jauh meninggalkan bapa aku yang menoreh getak, kira-kira dalam jarak 300 meter, aku memungut lang seperti biasa, sambil menyanyi-nyanyi (lagu budak darjah)iba-tiba aku tersentak dengan satu bunyi asing di sebalik semak. Bila aku mendekati semak itu, tiba-tiba keluar satu lembaga menakutkan… itulah kali pertama aku takut + terkejut hilang semangat hingga hampir pitam sebelum pengsan, tapi aku kuatkan semangat.  Dalam kepala aku, aku perlu lari…ya aku perlu lari meninggalkan lembaga itu kerana ia sudah mula bergerak ke arahku.

Aku terus lari berlari tanpa arah sambil berteriak…
“Pak ada ular mau makan aku…”
Hahaha ular itu tak makan akulah, aku gunakan ular mahu makan aku untuk menggambarkan betapa takutnya aku ketika itu, ala macam dalam TV cerita otramen, rasaksa ular mahu makan otramen

Selepas kejadian itu, bapa aku ajar aku menoreh getah, potong bawah digelarkan… bapa aku hanya potong atas guna pisau khas yang tajam dan mencucuk bahagian atas pokok getah (macam aksi clubing, cucuk-cucuk langit). Agak lega kerana kerja memotong bawah itu membuatkan jarak aku dengan bapa aku hanya selang 1-2 pokok sahaja.

2- Bukan musim cuti sekolah

Menoreh getah
Selepas abang dan kakak aku melanjutkan pelajaran, aku meneruskan kerja balik mangkuk dan menoreh getah meskipun bukan musim cuti sekolah. Semasa aku bersekolah sesi petang, waktu pagi akan diisi dengan membantu bapa aku walaupun aku tahu itu bukanlah tanggungjawab aku sebagai pelajar ketika itu. Ketika sekolah pagi, petangnya diisi dengan aktiviti berkebun di belakang rumah, tanam sayur, ubi, pisang untuk keperluan seharian. Walaupun letih bersekolah jalan kaki, tapi atas kesedaran untuk meringankan bebanan orang tua, aku akur dengan tugasan itu dan aku bukannya bersendirian, tapi rasanya semua anak BAL melakukan itu dengan niat dan kesedaran yang sama.

Yang tidak dapat dilupakan apabila ada rakan sekelas menyindir di sekolah, bau tangan aku bau getah basi (lang tu getah basilah)… Untuk cover line, aku akan jawab inilah bau losyen baru kakak aku, hahahaha!

Kisah anak ladang BAL ini akan aku sambung lagi kisahnya dalam pendekatan kisah yang berlainan di lain masa. Harapanku, bila ada anak BAL yang membaca blog ini, dapat berkongsi bersama kisah kita. Ya, memang perit zaman kita kanak-kanak dulu, tapi inilah kita hari ini, kita yang membesar dan mengenal dunia dari celah-celah pengalaman manis sebagai anak ladang BAL. Kita perlu berbangga kerana mempunyai pengalamana hidup seperti masa lalu kita.

Comments

Powered by Facebook Comments

Filed in: 2010, Peribadi Tags: , , , ,

Recent Posts

Bookmark and Promote!

61 Responses to "Kisah anak ladang BAL Tawau"

  1. wie wie says:

    :razz: kalo kamu org table..mesti kamu tau siapa c ”Tancung” kan…”kali bukan …sama….”..

    Reply

  2. Lambachek says:

    ba…kenal la si tancong tu.lebih2 lg yang pernah sekolah SMK Abaka. dia selalu tungg adiknya kat sana.

    Reply

  3. shofian says:

    aku sangat suka blog ni…sangat suka bila baca semua cerita yang korang ceritakan betul2 mengingatkan nostalgia dulu yang tidak mudah untuk aku lupakan….apa kata pepatah tu tempat jatuh lagi dikenang inikan lagi tempat tembuniku di bal estate di rest house sana….setiap tahun akan aku pergi melawat kampung kita itupun time lawat kubur datuk disana 1 atau 2 syawal…bila berada disana mesti tersingkap semua kenangan satu persatu bertalu talu bermain di kotak fikiran…
    semua yg korang lalui semua juga aku rasai …kalau la dapat balik ke zaman tu mesti bestkan…..
    cadangan saya : apa kata kita arange satu majlis untuk buat reunion mantan2 penduduk Bal Plantation Estate….agar dapat menjejak kasih kawan2 yg entah kemana2 dah……Like…..

    Reply

Leave a Reply

Submit Comment

CommentLuv badge

© 2012 Puadede.Com. All rights reserved. XHTML / CSS Valid.
Proudly designed by Theme Junkie.