Kisah Anak BAL Edisi Hospital Table

Masih belum usai lagi kisah anak BAL, yang aku harap dapat memberi aspirasi kepada diri sendiri, juga kepada pembaca di luar sana untuk lebih menghargai kehidupan hari ini berbanding pedih pahitnya kehidupan lalu yang pernah dilalui di BAL. Bagi aku, kisah ini bukan bertujuan untuk menghebahkan joroknya kehidupan lalu kita tapi aku mahu berkongsi citrarasa yang ada di sebalik kisah anak BAL kerana aku bangga menjadi anak BAL.

BAL mempunyai banyak divisyen pentadbiran yang didalamnya ada banyak kampung yang letaknya di dalam estet getah dan koko.  Kampungku, Kampung Mutiara, terletak dalam pentadbiran BAL Ladang Imam.  Kampung lain yang terletak di dalam BAL Ladang Imam ialah Kampung Indah, Kampung Batu Putih dan Jambatan Putih.

Apa nasib anak BAL bila sakit?

Pengangkutan disediakan untuk mengangkut pesakit mendapatkan rawatan di pusat pentadbiran BAL Ladang Imam iaitu di Kampung Indah.  Pengangkutan yang kami naik itu bukan kereta berkerusi empuk tapi ia adalah sebuah lori pikap yang diubahsuai, di bahagian belakangnya ada kerusi kayu dan beratapkan terpal. Bayangkan kalau bisul di bahagian punggung, berdirilah jawabnya. Jadual untuk mendapatkan rawatan di klinik di Kampung Indah berbeza setiap kampung, aku sudah lupa kampung kami hari apa :)

Klinik BAL di Kampung Indah.

Sejak kecil, aku selalu ada bisul, mak aku cakap baru berapa bulan aku dilahirkan, itulah penyakit pertamaku… bisul. Dan bekas bisul itulah yang menjadi tanda lahirku hingga sekarang.  Selain bisul, aku selalu kena gatal-gatal, selalunya bila lepas hujan, lepas makan kepiting (ketam), udang, ikan tertentu. Bila kena alergik, bengkak di badan tidak menentu, kadang di leher, di kepala, di hidung (jadi shrek), di bibir (jadi julia robert versi hantu), kalau di ketiak jadi apa? (hantu penggaru ketiaklah). So aku perlukan bekalan ubat setiap minggu dan aku punya banyak pengalaman disuntik deresa Idris atau deresa David. Semoga kedua-dua deresa ini dikurniakan kesihatan yang baik dan panjang umur.

Hospital Table.
Dalam kes tertentu, aku akan dirujukkan ke Hospital Table, sebuah hospital yang mempunyai fasiliti perubatan yang lengkap di BAL.  Di sinilah semua pesakit yang tidak dapat diubati di Klinik dirujukkan dari klinik setiap devisyen BAL, BAL Ladang Bombalai, BAL Ladang Burut, BAL Ladang Merotai, BAL Ladang Tiger (ada lagi yang tertinggalkah ni?). Kalau dalam konsep sekarang, klinik di setiap divisyen tu macam konsep Klinik 1Malaysia.

Baru-baru ini aku juga berkesempatan ke Hospital Table dan aku rasakan betapa nostalgianya tempat ini.  Struktur bangunannya tidak berubah, pejabat pengurusannya, tempat pesakit menerima rawatan, tempat ambil ubat… semuanya masih di kedudukan asal.  Bila berjalan masuk, kelihatan wad pesakit lelaki dan wanita juga masih tersergam kukuh, warnanya juga masih sama.

Aku masih ingat, bapaku pernah ditempatkan di wad ini kerana malaria.  Pengalaman pertama melawatnya, aku duduk dikatil dekat dengannya, dia senyum-senyum suruh aku buka kabinetnya. Bila buka, (tadaaaa) WOW! banyaknya roti (roti memang pebret aku), oren botol (susah mau jumpa sudah oren botol) biskut nona dan Meggie.  Itu semua adalah buah tangan dari orang kampung dan kawan-kawan yang datang melawatnya.  Sesiapa yang pernah mengalami pengalaman yang sama denganku, pasti mengetahui betapa gembiranya dengan buah tangan yang sebegitu.

Hospital Table hari ini.

Hospital Table tidak lagi menempatkan pesakit di wad pesakit sebaliknya merujukkan pesakit ke Hospital Besar Tawau.  Kenderaan Ambulance yang canggih dilengkapi alatan kecemasan disediakan untuk pelbagai jenis kecemasan pesakitnya. Kakitangan Hospital Table cukup membanggakan bila ada anak BAL sendiri yang bertugas di sana selepas menamatkan pengajian perubatan.

Hospital Table hari ini juga menempatkan sebuah Muzium Perubatan yang dirasmikan Tuan S. Shivalinggam, GM Golden Hope Plantation pada 4 Januari 2006.  Bangunan Muzium Perubatan Hospital Table yang dibina tahun 1958 ini menempatkan koleksi alatan perubatan milik hospital sejak dulu lagi.  Sesiapa pun boleh mengunjungi muzium ini tanpa bayaran tapi kena inform dengan kakitangan hospital untuk prosedur asas lawatan.

Kisah Muzium Perubatan Hospital Table bersambung di lain hari :)

Related Posts with Thumbnails

Komen Rakan FB

comments

Powered by Facebook Comments

Advertisement

3 Responses to “Kisah Anak BAL Edisi Hospital Table”

  1. ain_noh

    Jul 15. 2012

    kat sini la aku dilahirkan :) tanah tempat tumpah darahku…ceh :) lama da x pegi rumah sakit ni…dulu slu kena inject kat sini…ngeeee:)

    Reply

  2. sueoda

    Oct 19. 2012

    mengenangkan kisah aku belajar di SMK Abaka. Kenangan bersama-sama rakan sekelas dan guru-guru yang mendidik aku sehingga boleh menjadi seorang pendidik.

    Reply

  3. man exfive

    Apr 05. 2013

    adui ingat plak aq ya time kcil2 law skit d bwa pegy d hsptal table, jmpa lagy drase garang bkin takut de

    Reply

Leave a Reply

CommentLuv badge