
KISAH anak BAL versi bersekolah di SM Abaka ini mungkin agak panjang kerana apa yang aku ingin blogkan kali ini adalah satu kenangan yang pastinya aku ingin ungkapkan dengan seindah kenanganku di sana. Gambar di atas adalah satu tanda jalan di simpang tiga jalan menuju ke satu tempat bernama Table, satu tempat yang memberi kenangan zaman persekolahan.
Pembaca kisah Aku Anak BAL yang pernah aku blogkan sebelum ini pastinya kenal lokasi simpang ini. Ini adalah simpang dari Bombalai menuju ke deretan kedai Tai Yung, Pak Sukardi, Bengkel Korito. Jalan yang aku lalui ini, di belakangku adalah simpang menuju ke simpang ke Sekolah Menengah Abaka lama.
TABLE adalah satu pekan lama yang suatu ketika dulu yang menempatkan sekolah rendah dan menengah, pusat pentadbiran BAL Ladang Table dan mempunyai kepadatan penduduk yang ramai. Di sekeliling Table terletaknya Kampung Pisang, Kampung Korito, Kampung Selatan, Kampung Sri Menanti dan Kampung Tiger. Unik-unik semua nama kampung dalam jajahan pentadbiran BAL Ladang Table.
Perjalananku ke Table sebenarnya tidak dirancang sama sekali bersama team jelajah Discover Tawau. Semestinyalah dalam perjalanan yang tidak dirancang seumpama ini, ada banyak benda yang tidak diduga akan dihadapi dan itulah cabaran yang kami suka. Memandangkan oencarian misi kami gagal di Taman Bukit Tawau, aku spontan mengajak Abang Azlan Lauddin Martin, Kamarul dan Azlan Junior untuk melawat sekolah aku, Sekolah Menengah Abaka di Table.
Dalam perjalanan, aku maklumkan bahawa aku bersekolah di SM Abaka sejak 1989-1992 setelah menamatkan pelajaran di SRK (M) Bombalai. Banyak yang aku gambarkan kepada mereka dan kerana exitednya kisah aku itu, mereka mahu melihat apa yang ada di sekolah itu.

Inilah gambar pertama yang aku ambil, pemandangan dari depan gelanggang basketball dan kelasku semasa di Tingkatan 1. Aku tunjukkan di gelanggang itulah kami pernah solat Zohor dan Asar diimamkan Ustaz Fatah dalam keadaan panas terik tengah hari. Aku masih ingat, sesiapa yang komplen panas atau enggan solat di situ Ustaz Fatah kata, ini baru panas di dunia, di akhirat kelak panasnya berganda-ganda dan lebih teruk lagi panas untuk mereka yang enggan solat. Pelajar sekarang ada mo solat dalam situasi sebegitu? Nehi!

Struktur bangunan Tingkatan 1 ku ini masih utuh berdiri, tiada perubahan kecuali mungkin dicat semula dan rimbunan bunga dan pokok pinang itu sangat cantik… Tingkatan 1 aku tidak tidak ramai kawan di sini kecuali kawan satu kampung dan kawan satu kelas.

Ini kelas 1 Hijau ku
Apa istimewanya mempunyai pengalaman bersekolah di SM Abaka?
Terlalu banyak andai mahu diungkapkan satu demi satu tapi antara kita sudah pasti terkenang suasana kelas yang serba daif dengan alat bantu mengajar yang ala kadar, ada makmal pun yang juga ala kadar sesi ekperimen yang akan diajar. Ditambah lagi dalam suasana kekurangan itu, pasti ada yang terkenang betapa peritnya kita bersekolah dengan kemampuan keluarga yang susah lebih-lebih lagi mereka yang mempunyai ramai adik-beradik. Apalah kemampuan kita untuk bermewah-mewah sebagai pelajar sedangkan gaji orang tua kita RM150 hingga RM300 sebulan.
Masa dalam Tingkatan 2, kelas 2 Ungu digelar kelas kandang kambing, kerusinya tidak pernah cukup, setiap orang akan tanda kerusi meja dengan liquid paper goncang2. Bila kelas bising, pasti ada yang volunteer menjenguk untuk berjaga-jaga guru sudah sampai atau belum. Almaklum sajalah, kelibat guru pasti dilihat sebab terpaksa berjalan merentasi padang. Kalau hujan… kelas kami yang parah, hujan akan masuk dan kalau banjir, terpaksa angkat kaki takut lipan naik.
Tapi itu semua bukan alas an untuk mencipta kejayaan. Telah dilakar dalam sejarah pelajar SM Abaka bahawa sekolah itulah yang telah melahirkan ramai pelajar terbaik dari segi akademik, kepimpinan, sukan dan banyak lagi. Kerjaya mereka hari ini bukan calang-calang, ada yang tidak terjangkau oleh fikiran kita bahawasanya SM Abaka itulah yang telah membentuk kita menjadi insan berguna hari ini.
Tenaga pengajar SM Abaka, Ustaz Abdul Fatah, Cikgu Seroji Apang, Abu Bakar, Serajudin, Baharuddin, Mohammad, Murphy, Norain, Surtina, Sutinah (sekadar beberapa nama guru yang terlintas di otak fikiranku)… mereka inilah antara guru yang pernah mendidik ku. Ada yang pernah aku temui macam Cikgu Bahar yang aktif dengan pasukan bolasepak Gingga, Cikgu Mohammad yang jadi sebahagian keluargaku kerana berkahwin dengan keluarga, Cikgu Abu Bakar yang aku baiki komputernya ketika mengerjakan projek membaiki komputer di sekolahnya di Pulau Bum-Bum…

Ketika berdiri di tangga kelasku ini berbaur perasaan.
Kisah bersekolah di SM Abaka.
Zaman aku bersekolah dulu rasanya tidak banyak yang berlainan, tetap sama seperti zaman sebelum dan selepasku. Bagi mereka yang tinggal berdekatan dengan SM Abaka, mereka yang tinggal di Arongan, Kg Pisang, Kg Selatan mereka akan jalan kaki sahaja untuk ke sekolah. Dalam perjalanan pasti beriadah dulu dengan makan buah koko samada yang sudah masak ataupun belum. Koko yang belum masak biasanya akan dicecah dengan garam.. sweet n sour rasanya…
Bagi aku yang tinggal di Kg Mutiara, kami akan naik van sekolah yang dibayar bulanan oleh orang tua… RM30 atau RM35 sebulan. Nama driver van sekolah aku masih ingat lagi, Mohammad Nor @ matnor… yang kini masih berkhidmat sebagai pemandu van sekolah dan Alhamdulillah dia masih mengenaliku. Balik dari memotong getah di waktu pagi aku akan terburu-buru bersiap untuk ke sekolah, takut ditinggalkan van yang setiap hari akan mengambil kami sekitar jam 10 pagi-10.30 pagi.

Bilik guru dan pondok rehat kini sudah tiada.
Sambil menunggu pelajar sekolah rendah balik, aktiviti rutin adalah duduk di pondok depan bilik guru sambil menyiapkan kerja sekolah yang belum siap atau baca buku. Aktiviti gosip2 tu biasalah… Ada rakan aku di zaman sekolah menengah ini sudah bercinta-cinta monyet, hebatnya satu sekolah tahu termasuk cikgu.
Penampilan pelajar di zamanku.
Kemas, bersih rasa tidak seronok ke sekolah bila pakaian kusut. Memandangkan bekalan elektrik dimatikan waktu malam, kesempatan untuk seterika baju selalu terlepas. Pakaian cuma satu pasang, dicuci waktu balik sekolah jam waktu maghrib, keringnya lewat malam, selalunya akan tertidur keletihan. Alternatifnya, guna seterika arang yang selalunya akan mencederakan baju… kalau tidak berlubang kerana percikan arang, ianya hangus kerana terlalu panas. Ada satu trend pakaian di zamanku… skirt gantung, atas stoking… Siapa yang melaluinya tau apa yang aku maksudkan trend pakaian gantung. Baju dinila biru2 dan tidak kurang juga sampai ketiak berbau macam telur masak. Aduhai hehe…

SM Abaka dulu dan kini.
Terlalu banyak yang berubah. Berbaur perasaan menjejakinya, gembira mengenang kenangan bersekolah di SM Abaka, sedih melihat keadaan kelas dan sekolah, teruja mahu melihat kelas, terasa mahu kembali ke zaman persekolahan di SM Abaka.
Bilik guru sudah tiada, pondok menunggu van sekolah juga tiada, deretan bangunan 3 Putih – 3 Merah juga tiada… nun jauh di hujung padang, juga tiada lagi bangunan sekolah Tingkatan 2 ku.

Tapi bila melihat padang terus terlintas kenangan di padang itulah tercatat sejarah sukan sekolah, atlit Mardiana Bakar, Zulfikar Awang Anak adik -beradik mencipta nama. Di padang itu jugalah larangan untuk melintasinya di keluarkan pihak sekolah kerana selalu kerasukan.
Apa yang tidak berubah?
Selain bangunan sekolah yang ada di atas, aku menyedari masih ada yang tidak berubah. Ingat kenangan bagaimana Ustaz Abdul Fatah dan Cikgu Serajudin berusaha mahu kita semua mengerjakan solat Jumaat? Ada yang terus ke masjid kan. Masjid penuh dengan kita2 dan sepanjang khutbah, kita jeling2 kasut masing2, takut hilang kerana itulah satu2nya kasut kita… Perangai nakal, licik, ada saja yang buat Ustaz Fatah pening. Kenapa? Sebab ada saja idea untuk escape solat Jumaat dan antaranya ialah bersembunyi di dalam kedai. Kedai siapa kamurang selalu betapuk?

Terima kasih cikgu SM Abaka. Terima kasih rakan seperjuanganku yang turut berkongsi rasa bergelar pelajar SM Abaka.
Dhila, Juridah Dalle, Hasmi Dhani, Sarina Musa, Rosiani Abdul, Sari Banung, Jainatun Sukardi, Linawati, Aziz Yappa, Mude Daming, Nasruddin, Mohd Ridwan, Salina Buyung, Mokhtar Karim, Rosmah Nusu, Firman (arwah- innalillah-al-fatihah), Diana Ngumar, Resmi dan banyak lagi nama yang makin susut diingatanku.. maaf.
Di sini ada lagu untuk kalian… lagu sekolah kita:
Dilereng nan menghijau
Disitulah bermula
Kecemerlangan dan kejayaan
Menuju ke arah kemajuan
Kami berusaha
Demi masa hadapan
Untuk sekolah yang kami cinta
Semoga kekal abadi
chorus
SM Abaka (2x)
Tempat menimba ilmu
Kami pelajar sanggup berkorban
Berpegang kepada “We Lead”
Setelah kami berjaya
Mencapai cita murni
Kami tetap abadikan
Abaka di sudut hati.
Komen Rakan FB
Powered by Facebook Comments






Mus
May 29. 2012
tidak pernah tahu mengenai kawasan ini..
namanya agak unik..
teringin juga ke sana
Mus recently posted..‘Kedai Makan Jawa’ Seri Ramadhan Di Limbawang Bypass Pilihan Ramai
Reply
Maya reply on May 31st, 2012 6:09 AM:
ada ruang masa dan kesempatan, silakan… memang unik lagi bermakna tempat ni
Reply
Mohd Nur Maming
Jun 18. 2012
Kandungan cerita yg sangat menarik, menggembirakan kerana terlahir anak watan yg berjaya,sedih kerana ramai rakan seperjuangan telah meninggalkan kita. Apapun cerita nostalgik masih utuh dan setia barada di sana. Aku bekas pelajar smk abaka dari tahun 1972 hingga 1974 sangat rindu dengan suasana dan kenangan di sekolahku ini. Tahun 1980 hingga 1999, saya memulakan kerjaya saya sebagai pendidik di sm abaka (1980-1990 dan sk abaka (1990-1999). Terima kasih Puadede.com kerana mewujudkan web ini. Sebenarnya masih terlalu banyak cerita pahit-manis yg pernah ditempuhi……..cubalah dapatkan cerita2 lama dari orang2 antik (lama)…..aku merinduimu kawan.
Reply
Maya reply on June 18th, 2012 11:54 PM:
Terima kasih cikgu. Memang banyak yang perlu diketengahkan pada khazanah dan legasi Abaka.. saya sendiri selalu mencari dan menggali dari kisah yang ada di sekeliling. Apa yg saya ketengahkan adalah pengalaman hidup saya di Abaka… kalau cikgu sudi, saya tidak keberatan untuk sama2 berkongsi cerita dan kisah.
Reply
Mohd Nur Maming reply on October 13th, 2012 12:33 PM:
Insya Allah,Sudi pada bila2 masa sahaja. Pejabat saya di Tingkat 4, Wisma persekutuan Tawau. Saya pasti Maya tidak akan tersesat. Kalau tidak menjadi kesalahan, saya cadangkan supaya apa juga artikel berkaitan kenangan silam atau yang terkini tentang SMK Abaka, juga dimasukkan ke web Alumni SMK Abaka yang baru tahun ini diwujudka n.
Reply
AZIZ
Jun 29. 2012
ALHAMDULILLAH, KENANGAN BERSEKOLAH DI SM ABAKA DARI TAHUN 1989-1991 AMAT INDAH. DARI TINGKATAN 1 HINGGA 3, KEKAL KELAS UNGGU…KAWAN-KAWAN YANG LAIN IALAH RAMAN MUHAMMAD, KASMAN LAUKI, AZIZAH BACHO NEPA, AISYAH DLL. harap kita dapat berjumpa…TERIMA KASIH BUAT SEMUA GURU YANG BANYAK MENCURAKAN ILMU HINGGA KITA BOLEH BERJAYA…
Reply
Maya reply on June 30th, 2012 12:28 AM:
Cikgu Aziz, terima kasih lawat dan baca blog aku. Dari zaman darjah lagi kita sama2, ko antara permata yang berjaya digilap di BAL… Tahniah, teruskan berbakti.
Reply
AZIZ reply on September 20th, 2012 3:38 PM:
ALHAMDULILLAH, BERKAT DIDIKAN GURU-GURU YANG HEBAT SEJAK DI SRK (M) BOMBALAI, SMK ABAKA, SMK TAWAU…TAHNIAH PUADEDE, MOGA TERUS MAJU JAYA…
Reply
ain_noh
Jul 15. 2012
~best sekolah ni walaupun aku x pena skolah kat sini..tapi aku selalu ikut ayah @ cik noh pegi amek budak skolah kat sini~
Reply
Leonilo Mirasol
Dec 07. 2012
Simpang 3 dlm gambar tudiatas merupakan tempat sya selalu menunggu bas jam 6.00 pagi ke sekolah dan turun dari bas sebelah petang kekadang jam 8.00 atau 9.00 mlm apabila ada kelas tambahan. Oh ya, sya adalah bekas murid/pelajar Abaka dari darjah satu ke Tingkatan 3. Oleh kerana tiada tingkatan 4 pada masa itu maka kami di “posting” ke beberapa sekolah menengah di bandar. Maka bermulalah kisah sya dengan simpang tiga tu. Terima kasih kerana mengimbau kembali zaman nostalgia tersbut.
Reply