Khas Untuk Tawau Wedding Services

SEBENTAR tadi aku telah membuat mesej jemputan fb kepada rakan-rakan pengusaha perkhidmatan kerja-kerja majlis perkahwinan.  Mesej tersebut aku kirim untuk memberitahu akan usaha terbaruku untuk menjadikan page blog Tawau Wedding Services sebagai one stop centre bakal pengantin yang sering ke blog ini.  Dengan adanya page tersebut, dapatlah aku membantu bakal pengantin yang sesat ini mendapatkan maklumat yang tepat dan the right person to deal.

Apa yang aku lakukan di page Tawau Wedding Services?

  1. Memuatkan perkhidmatan rakan-rakan secara PERCUMA.
  2. Maklumat yang aku perlukan hanyalah namecard anda.
  3. Namecard tadi akan aku muatkan mengikut kategori perkhidmatan.
  4. Pengunjung blog (bakal pengantin) tidak berkomunikasi dengan aku sebaliknya akan terus menghubungi rakan-rakan berpandukan maklumat di dalam namecard.
Sekiranya anda masih keliru, anda boleh menghubungi aku.
Salinan mesej fb kepada rakan-rakanku.

assalamualaikum.

Pengunjung blog saya, puadede.com, sering bertanyakan tentang perkhidmatan kecantikan dan perkahwinan hinggakan saya tidak tahu untuk menjawabnya kerana maklumat yang mereka minta tidak saya ketahui. Jadi untuk itu saya wujudkan page khas “tawau wedding services” di blog saya yang memuatkan segala perkhidmatan yang berkaitan dengannya agar bakal pelanggan anda ini dapat maklumat perhubungan dengan mudah dan tepat.

Di sini saya ingin memberitahu, sekiranya anda berminat untuk turut dimuatkan perkhidmatan anda di blog itu, kirimkan saya salinan .jpg namecard perniagaan anda. Ianya percuma, no hidden charge.

Sekian, terima kasih.

Related Posts with Thumbnails

Komen Rakan FB

comments

Powered by Facebook Comments

Advertisement

2 Responses to “Khas Untuk Tawau Wedding Services”

  1. anjang koe

    Jul 20. 2012

    assalamualaikum adik maya..nape x pasang jga iklan bazaar ramadhan mama kat sini..?.

    Reply

    Maya reply on July 20th, 2012 12:52 PM:

    itu lain bab bah

    Reply

Leave a Reply

CommentLuv badge