12

Kg. Brintian Baru ada web sendiri.

.

.

Siapa kata orang kampung yang duduk di ulu-ulu tidak maju? Siapa lagi yang berani mahu mengatakan orang Sabah masih duduk di atas pokok dan orang Tawau ini kurang maju mindanya.  Kalau berani, aku ingin mengajak anda ke sebuah laman web sebuah kampung yang nun jauh terpelosok di bahagian Kalabakan, tetapi jauh lebih maju pemikiran mereka berbanding orang bandar.

Kampung Brintian Baru dalam laman webnya KGBRINTIAN dapat aku katakan maju pemikiran mereka kerana tindakan Ketua Kampungnya, Ahdie Bin Dodds, yang positif dalam menampilkan imej kampung dan agenda permasalahannya di laman web.  Seperti yang kita ketahui, internet adalah medan komunikasi yang tiada batasan lokasi, masa mahupun jantina dan pemimpin kampung menggunakannya untuk mengatasi masalah penyebaran maklumat untuk penduduk kampungnya. 

Meskipun laman web ini dibina di hosting blog free namun sikap profesional pengendali laman web ini terserlah dengan penyampaian mesej yang berkesan.  Mungkin jika diberi kesempatan, Tawau Bloggers dapat bekerjasama dalam memantapkan lagi laman web kampung tersebut, Insyaallah.

Berapa banyak kampung di Tawau yang mempunyai laman webnya sendiri?  Kampung yang aku duduki sekarang pun, Kg Tanjung Batu Laut, tidak mempunyai laman web.  Kenapa? Banyak alasan boleh diwujudkan antaranya, Jawatankuasa Kampung memandang remeh kepada keupayaan sebaran maklumat menggunakan internet, mungkin pemikiran lama dan tradisi masih ada di otak pemimpin kampung. Usahkan pemimpin kampung, pemimpin yang besar-besar pun takut nak ada web sendiri dengan alasan, mungkin orang akan senang nak maki mereka kerana tidak jalankan tugas kepimpinan. 

Tapi, satu kebanggan juga bagi pemimpin di Tawau apabila Ahli Dewan Undangan Negeri DAP bagi kawasan Sri Tanjung, Jimmy Wong, turut mewujudkan laman blognya sendiri untuk menyatakan permasalahan pembangunan yang dihadapi di kawasannya.

Comments

Powered by Facebook Comments

Filed in: 2008, Blog Tags: 

Recent Posts

Bookmark and Promote!

12 Responses to "Kg. Brintian Baru ada web sendiri."

  1. romzi says:

    orang kampungpun sudah maju :)

    Reply

  2. Wis says:

    betullah tue,,jika sejarah dimulakan seorang guru biasa….maka kampung biasa pun melakar sejarah..apa kata cik eyda..EBAK…EBAK,,,,,

    Reply

  3. angriani says:

    hehehehehehe
    bagusnya ni kampung
    ada blog
    sapa yg buat maya
    bukan calang2 org kampung ni
    guna 3g, broadband, digicard, atau tmnet nie?

    kalau kg mu maya :-p

    jgn marah ya

    jom goyang2

    Reply

  4. angriani says:

    error typing…
    kalau = kalah

    hehehehehehehehe :p

    Reply

  5. Budi says:

    bagus la.. benda benda ni la yg aku puji..

    Reply

  6. lilou says:

    gila la….
    tapi dia punya bground music jgak la dak bleh lawan…..

    Reply

  7. Maya says:

    Memang hebat bah ni kampung. Yalah.. tengok juga tu ketua kampungnya siapa… apa backgroundnnya… rasanya ketua kampung yang sebegini patut dilantik. Aku harap lepas ini ada lebih banyak web sebegini muncul di Tawau.

    Reply

  8. suhaidi says:

    Terima kasih byk-byk di atas sokongan anda..
    kami sekadar memenuhi kehendak dan cabaran dunia info dewasa ini,membawa para generasi mendatang terutama anak-anak sabah jangan terus terpinggir di arus perdana negara.
    kenapa tidak link saja webblog kg ini di laman anda..tq

    Reply

  9. suhaidi says:

    Tak ada masalah bagi kami..berkerjasama lagi baik.
    Anda boleh melawati laman webblog personal saya..
    http://kudeed.tblog.com/

    Reply

  10. roslan says:

    saya berpendapat sikit hari lagi kampung berantian akan runtuh kwasan nya akan menjadi sungai dan orang-orang kampung di situ akan tinggal dalam perahu,kegiatan syarikat yang tidak berpandangan jauh mengaut hasil pasir berdekatan kawasan kampung semakin menjadi-jadi.pasir yang di hisap oleh mesin tersebut berada di bawah tanah kampung tersebut.orang kampung tengo-tengo sahaja.kesian orang kampung tak berdaya menegur kegiatan ini.jalan-jalan kampung hancur di sebabkan lori-lori mengangkut pasir.kesian orang kampung.tapi klo pkr menang pru 13 mungkin semua ii akan berubah.inssalla

    Reply

Leave a Reply

Submit Comment

CommentLuv badge

© 2012 Puadede.Com. All rights reserved. XHTML / CSS Valid.
Proudly designed by Theme Junkie.